Minggu ini aku mencuba beberapa resepi berkaitan dengan penggunaan daun pisang. Setelah sekian lama baru aku berpeluang membeli daun pisang yang dijual di Lulu Hypermarket. Kerap kali daun pisang habis dijual begitu juga dengan daun pandan. Daun pisang yang diimport dari India ini mirip kepada daun pisang hutan yang terdapat di Malaysia.Saiznya yang kecil menyukarkan aku untuk membalut kuih yang aku sediakan. Teringat pokok pisang di rumahku di BTHO. Asalnya aku menanam pokok pisang lemak manis untuk kegunaan daunnya sahaja namun pokok-pokok pisang terus tumbuh memenuhi ruang belakang rumahku. Puas makan buah pisang yang terhasil.
Sedih tengok daun pisang ni |
Kuih koci ini aku belajar dari emak mentuaku. Kebetulan aku jumpa beras pulut hitam di kedai Toko Banyuwangi,apa lagi projek pun bermula. Aku tidak menggunakan santan pekat untuk membalut kuih koci atas faktor kesihatan.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar beras pulut hitam
(dikisar kering dan diayak supaya halus)
2 cawan kelapa mesin
Gula Melaka
2 helai daun pandan
Sedikit garam
2 sudu besar tepung gandum
Daun pisang
Sedikit minyak
Cara membuatnya:
1. Masak gula Melaka bersama air dan daun pandan sehingga
pekat. Tapis.
2. Masukkan kelapa ke dalam air gula yang disediakan bersama
3.Masukkan tepung gandum dan kacau lagi sehingga sebati. Sejukkan.
4.Campurkan tepung pulut dan tepung pulut hitam ke dalam bekas
yang sesuai. Tambahkan air sehingga menjadi doh. Uli sekejap.
5.Bentukkan doh kepada bulat kecil dan masukkan inti. Ulangi
sehingga habis.
6.Daun pisang dipotong dan dibersihkan. Sapu minyak di atas
daun pisang. Letakkan doh kuih koci di atasnya. Balutkan dan
kemaskan.
7. Rebus air di dalam periuk kukus (boleh letak daun pandan supaya
wangi)
8. Masak kuih koci di dalam periuk kukus sehingga masak.
Puas dapat makan kuih koci di Riyadh |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan