Selain nasi
Arab, nasi beriani turut menjadi pilihan kami jika dapurku tidak berasap.
Makanan India boleh didapati dikebanyakan Food Court yang terdapat di mall
sekitar Riyadh. Namun kami berpeluang juga mencuba hidangan dari Indian Summer
Restaurant yang kelihatan agak menarik itu. Restoran begitu bersih dan kami
terpaksa mengambil nombor giliran selama satu jam untuk mendapat tempat duduk
di ruang keluarga di tingkat atas
restoran. Kami mencuba hidangan kegemaran kami iaitu nasi beriani dan tandoori.
Terdapat pelbagai resepi yang mampu memecah air liurku. Aku cuba mengenali beberapa
nama masakan yang begitu asing seperti Murg, ,gosht dan sebagainya. Melalui
google aku menjumpai Yummy Tummy yang memaparkan kaedah menyediakan pelbagai
masakan India secara langkah demi langkah. Dari situ aku mendapat resepi Murgh
Makhani atau Butter Chicken Masala.
Kebanyakannya masakannya menggunakan yogurt yang menghasilkan rasa yang
sangat enak.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
A: ½ kg ayam
½ cawan yogurt asli
2 sudu kecil cili serbuk
1 sudu kecil garam masala
1 sudu
kecil halia(serbuk)
Garam
Campur semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk dan
perap 15- 20 minit.
B: 3 sudu
besar mentega
2
sudu besar minyak
1
sudu kecil jintan manis(kasar)
1
biji bawang besar didadu
1
sudu kecil halia
2 sudu kecil cili serbuk(boleh tambah jika
mahu pedas)
1
sudu the garam masala
1 ½ sudu the gula dan garam
2
biji tomato dikisar
¼
krim (boleh diganti dengan susu segar dan dicampur dengan dua sudu kecil tepung jagung)
Air
Pewarna merah (pilihan)
1 sudu besar Kasuri Methi leaves/fenugreek/daun
halba(jika ada)
Cara Membuatnya:
1.Panaskan 2 sudu minyak masak minyak,goreng ayam yang
diperap
sehingga masak (boleh bakar).Ketepikan.
2.Panaskan
kuali dan masukkan mentega. Masukkan
jintan manis dan
bawang besar, masak sehingga bawang besar kekuningan.
3.Masukkan
halia dan kacau.Masukkan cili,garam masala,garam, gula dan
pewarna merah jika
suka. Kacau hingga sebati (30 saat- 1 minit)
4.Masukkan
tomato yang dikisar dan biarkan selama 5-8 minit atau sehingga
pecah minyak. Tutup periuk.
5.Masukkan
air dan ayam, perlahankan api. Masak sehingga ayam lembut.
Masukkan
cream dan biarkan sehingga pekat.
Garam Masala penting bagi masakan India |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan