Kuih ini biasanya aku buat pada bulan puasa. Daun pisang masih ada begitu juga dengan inti kelapa yang aku gunakan untuk menyediakan kuih koci. Sekadar mahu mengingati resepinya lalu aku pun mencubanya tapi warnanya tidak begitu cantik kerana aku menggunakan kelapa parut biasa. Di Malaysia aku menggunakan kelapa parut putih sahaja yang diasingkan dari bahagian hitam buah kelapa. Warnanya lebih cantik, putih bersih. Jika rajin aku akan membalut inti kelapa dengan tepung pulut yang digaul bersama air (seperti buat kuih buah melaka). Namun kali ini aku tidak membalutnya.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan air
Sedikit garam
Inti kelapa
Daun pisang, dilayurkan atas api
Cara Membuatnya:
1. Inti kelapa di bentukkan bulat-bulat dan ketepikan.
2. Masukkan tepung,santan dan garam ke dalam sebuah periuk.
Kacau supaya sebati.
4. Potong daun pisang dan layurkan di atas api.
5. Letakkan adunan tadi di atas daun pisang dan ratakan.
6. Letakkan dua ketul inti kelapa di ats adunan dan balutkan.
7. Kukus di dalam periuk kukus sehingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan