Selasa, 16 Jun 2015

Dapurku D'Riyadh (25) - Kuih Keria



Kuih kegemaran kami sekeluarga, pantang terjumpa ubi keledek. Aku akan terkenang subjek Kimia setiap kali menyediakan kuih keria kerana ianya melibatkan proses penghabluran. Bukan senang untuk menyalutkan gula dengan cantik ketika menyediakan kuih keria. Sebab itu memahami proses penghabluran memudahkan kerjaku untuk menyediakannya. Pertama kuantiti gula mesti melebihi kandungan air yang digunakan. Yang kedua selepas gula larut dan pekat kita terus padamkan api dan masukkan kuih keria yang hendak disaluti gula. Suhu yang sejuk mempercepatkan proses penghabluran berlaku. Hihi..selamat belajar sebahagian dari subtopik dalam kimia dan selamat menyediakan kuih keria.

Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2:

1/2 kg ubi keledek
1 cawan tepung gandum
4- 5 sudu besar gula
1-2 sudu air
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:

1. Potong ubi keledek bersama kulitnya kepada potongan
    kecil supaya cepat masak. Masak sehingga empuk.Toskan.
2. Buang kulit dan lenyek ubi sehingga halus.
3.Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
4.Bentukkan kuih keria seperti donat.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Sejukkan.
6. Dengan menggunakan periuk lain yang kering, masukkan air
    dan gula. Biarkan gula larut dan kacau sehingga berbuih.
Lagi sikit air lagi cepat gula larut dan pekat

7.Padamkan api dan masukkan kuih keria tadi. Kacau perlahan-
   lahan sehingga terbentuk gula di atas setiap kuih keria.
Kacau perlahan-lahan

Dah siap kuih keria@ donut Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...