Khamis, 18 Jun 2015

Nota Ramadhan (3) - Kesilapan Ketika Berpuasa dan Peringkat Berpuasa



Adab-adab Ketika Berpuasa

1.Menjaga anggota lahir seperti mulut daripada mengumpat,mencaci dan segala perkataan yang kotor.
2.Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman ketika berbuka dan bersahur.
3.Menjauhi tidur berlebihan di siang harinya
4.Mengawal hati dan fikiran dari memikirkan keinginan yang hina dan kotor
5.Berharap agar segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan itu Allah terima

Perkara yang Membatalkan Puasa
1.Jika berniat hendak berbuka puasa
2.Makan,minum dan melakukan persetubuhan dengan sengaja
3.Memasukkan sesuatu ke dalam salah satu rongga seperti hidung,mulur,dubur dan qubul
4.Muntah dengan sengaja
5.Mengeluarkan air mani dengan sengaja
6.Datang haid ketika berpuasa
7.Bersalin ketika berpuasa
8.Hilang akal sebab gila atau mabuk

Perkara dimaafkan ketika berpuasa
1.Makan , minum atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga kerana terlupa
2.Memasukkan satu benda ke dalam rongga dengan sebab tidak tahu perkara itu boleh membatalkan puasa.
3.Menelan air liur kerana teringin kepada makanan
4.Masuk debu atau tepung yang halus ke dalam rongga
5.Masuk lalat atau nyamuk ke dalam rongga dengan sendirinya

Perkara yang mengurangkan pahala puasa
1.Bercakap dusta, bohong dan sia-sia
2.Mengumpat, mengata- ngata orang di atas perkara-perkara yang dibenci oleh orang itu atau menceritakan hal ehwal orang lain.
3.Mengadu domba
4.Bersumpah bohong
5.Melihat kepada perempuan dengan syahwat
6. Marah,bertengkar, bergaduh dan seumpamanya.
Perkara Yang Makruh ketika berpuasa
1.Berkumur-kumur dan mengosok gigi selepas tengahari
2.Memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan
3.Menghidu wangi-wangi atau sesuatu yan menyelerakan
4.Merasa makanan dengan lidah walaupun tidak ditelan.Dibolehkan merasa makanan di hujung lidah dan meluahkan semula tetapi makruh hukumnya.
5.Menguyah benda keras yang tidak boleh hancur seperti getah dan sebagainya.

Orang yang dimakruhkan berpuasa
1.Orang yang sangat sakit yang boleh membawa mudarat
2.Orang yang sangat tua yang boleh membawa mudarat
3.Perempuan yang mengandung dan bolej membawa mudarat pada dirinya.




Orang yang Tidak diwajibkan berpuasa
1.Orang bukan Islam
2.Orang murtad
3.Orang sakit yang tidak tahan berpuasa,dibolehkan tidak berpuasa tetapi wajib qada selepas sembuh.Jika sakit yang tiada harapan sembuh,tidak wajib qada,tetapi wajib membayar fidyag atau puasa yang ditinggalkan.
4.Orang musafir bukan untuk maksiat tetapi wajib qada setelah menetap di tempatnya.
5.Orang yang tersangat tua,dibolehkan tidak berpuasa dan tidak wajib qada tetapi wajib membayar fidyah atau pausa yang ditinggalkannya.
6.Perempuan yang sedang haid dan nifas tidak wajib puasa tetapi wajib qada atas puasa yang ditinggalkannya.
7.Perempuan yang hamil dan sedang menyusukan anak dibolehkan tidak berpuasa tetapi wajib qada sesudah tidak menyusukan atau tidak hamil. Jika sepanjang tahun maih dalam keadaan hamil atau menysukan anak,tidak wajib qaada tetapi wajib fidyah atass puasa yang ditinggalkannya.
9.Orang yang menyelamatkan nyawa seperti orang lemas,terbakar,rumah runtuh dan sebagainya,boleh tidak puasa tetapi wajib qada atas puasa yang ditinggalkan itu dan membayar fidyah.

Peringkat Puasa
Puasa menuntut kita bersabar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Puasa itu separuh dari kesabaran.”

1.Puasa orang awam
 Berpuasa bagi orang awam ialah tidak makan, tidak minum daan tidak melakukan hubungan suami isteri pada siang hari dengan niat puasanya kerana Allah. Tetapi mulutnya tidak berpuasa kerana masih mengumpat, menyakiti hati orang, menyindir-nyindir orang, memaki hamun orang dan sebagainya. Telinga tidak berpuasa kerana mendengar umpat keji orang dan seronok mendengar perkara-perkara yang sia-sia dan melalaikan. Fikiran masih tidak dijaga,memikirkan perkara yang tidak menepati syariat.Hati tidak berpuasa kerana lalai dari mengingati Allah. JIka mata tidak puasa, telinga tidak puasa,tangan ,kaki, mulut tidak puasa yang dapat hanyalah lapar dan dahaga sahaja.Puasa tidak dapat mengubah akhlak daripada yang jahat kepada yang baik.Ia tidak boleh mengikis mazmumah bahkan preangai-perangainya itu makin bertambah jahat. 
Sabda Rasulullah s.a.w
 "Banyak sekali orang yang berpuasa itu tetapi tidak ada yang diperolehinya dari masanya itu kecuali lapar dan dahaga saja. " (Riwayat Nasai dan Ibnu Majali)

2.Puasa orang soleh
Golongan ini bukan setakat menahan diri dari makan,minum dan berjimak dengan isteri tetapi berusaha menjaga seluruh anggota yang laun turut sama berpuasa. Mereka akan pastikan dan menahan mulut dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah seperti mengumpat,mengadu domba,menyakiti hati orang lain,mencerca,menghina,memaki hamum , marah-marah dan sebagainya.
Mata tidak meliaht sesuatu yang diharamkan,tangan jangan memegang atau melakukan perkara yang dilarang,kaki jangan melangkah ke tempat-tempat maksiat, telinga jangan mendengar sesuatu yang tidak diredhai oleh Allah dan hidung tidak menghidu sesuatu yang dibenci Allah.
Namun hati dan akal fikirannya sahaja yang tidak boleh berpuasa.Iaitu hati dan akal fikirannya masih mahu lagi kepada perkara-perkara yang diharuskan Allah tetapi tidak sampai ke tahap memikirkan perkara yang dilarang dan diharamkan oleh Allah.Masih memikirkan rumah,kereta,pakaian dan sebagainya. Puasa orang soleh dipuji oleh Allah yakni mendapat ganjaran daripada Allah. Puasa orang soleh kena hisab di Akhirat tetapi hisabnya lepas kerana tidak ada perkara haram yang dilakukannya.

3.Puasa orang muqarrobin
 Golongan ini adalah golongan puasa para rasul dan nabi-nabi. Mereka memastikan setiap anggota badan mereka berpuasa dan juga hati mereka juga dikawal supaya jangan mengingat selain daripada Allah hatta mengingati perkara-perkara yang diharuskan sekalipun. Akal dan hatinya hanya memikirkan kebesaran Allah , perkara-perkara yang boleh mendatangkan manfaat serta perkara yang mendampingkan dirinay kepada Allah SWT.


Kekal Sihat Sepanjang Bulan Puasa

1.Bersahur dan melewatkannya
   “Makanan suhur itu berkat, maka jangan sekali-kali kamu meninggalkannya walaupun kamu meneguk seteguk air, sesungguhnya Allah dan MalaikatNya mendoakan mereka-mereka yang bersuhur.”
[HR Ahmad:3/12 & 44, Ibnu Hibban:3476]
2. Bersahur dengan tamar(kurma masak/kering)
   Sabda Rasulullah s.a.w
“Sebaikpbaik makanan suhur mukmin itu adalah tamar”
[HR Abu Daud:2345]
Kurma mengandungi kandungan potassium yang tinggi, potassium mampu mengurangkan paras sodium seterusnya mengurangkan tekanan darah dan menjadikan kita kurang dahaga
3.Tingkatkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti nasi perang,roti mil penuh,oat dan bijirin penuh.
4.Jauhi minuman dan makanan yang mengandungi kafein yang tinggi seperti teh dan kopi.Keduanya akan menyebabkan kita kerap membuang air kecil. Banyakkan minum air kosong dan minumam berkalori seperti coklat atau susu.
5.Teruskan aktiviti ringan seperti berjalan, turun naik tangga, menyapu. Tidak salah beriadah.
6. Berbuka dengan kurma diikuti dengan solat,kemudian baru makanan yang berat. Hadia Nabi s.a.w dari Anas bin Malik yang maksudnya
“Sesungguhnya Nabi S.a.w berbuka dengan beberapa kurma basah(ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah(ruthob) Baginda berbuka dengan beberpa tamar(kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), baginda meneguk seteguk air.”[HR Abu Daud:2356]
7.Banyakkan makanan segar dan kurangkan makanan yang banyak gula,garam,lemak dan makanan yang diproses. Makanan dan minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan memproses insulin untuk segera meneutralkan kadar gula dalam darah.Ini menyebabkan kita mudah beras lesu dan lapar.
8.Elakkan makanan pedas.Ia tidak baik untuk dinding perut dan sistempencernaan keseluruhannya.

Dari Abi Umamah,beliau berkata yang maksudnya:

Wahai Rasulullah!Tunjukkan kepadaku amalan yang boleh membawaku kepada syurga. Nabi bersabda:”Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya.”[HR Annasa’i:2220,LIhat Shahih Sunan Annasa’i:2097]



                                                                                                     zias/riyadh/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...