Rabu, 30 Jun 2021

Rasa Dapur KakJee (385) - Salmon Masak Kicap


BismillahirRahmanirRahim




Resipi ini datang secara tiba-tiba aja. Ada sekeping ikan Salmon, biasanya KakJee bakar sahaja. Bila tengok resipi di Google, lebih kepada masakan Barat. Jarang beli ikan ini, setahun dua atau tiga kali sahaja. Pernah dibuat gulai, memang sedap rasanya.

Terus KakJee terfikir untuk buat masak kicap, sedap pulak aih.
Mudah sahaja untuk disediakan. 

Resipi Salmon Masak Kicap
Bahan:
Sekeping Ikan Salmon
1 inci halia dihiris
1/2 biji bawang Holland dibelah ikut suka
2 ulas bawang putih dihiris
Sedikit kicap masin
Sedikit kicap manis
1 biji cili merah dihiris
1 bijibuah tomato dibelah
1 tangkai daun bawang dihiris
1 tangkai daun sup
Sedikit lada hitam 
Garam
Minyak masak

Cara Membuatnya:
1.Lumurkan garam dan lada hitam ke seluruh permukaan ikan. Biarkan 15
 minit.
2.Masak dengan sedikit minyak. Angkat.




3.Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan halia, kacau hingga agak kekuningan.
4.Masukkan 1/2 cawan air, kicap manis, kicap masin dan garam jika perlu. Biar mendidih.
5.Masukkan pula ikan, cili dan tomato. Biarkan sehingga agak sebati. Masukkan daun bawang dan daun sup. Tutup api.
6.Boleh dihidangkan bersama nasi putih.

Selamat Mencuba.
 

Isnin, 28 Jun 2021

Rasa Dapur KakJee (384) - Kek Coklat Moist

BismillahirRahmanirRahim


Resipi asal adalah Super Moist Chocolate Cake oleh Sugu Pavitra. Kaedah menyediakan kek ini saling tak tumpah seperti resipi pemberian Kak Tina lama dahulu. Sewaktu tinggal di Kuantan, KakJee kerap membeli kek coklat daripada Kak Tina, memang sedap sangat. Bila KakJee diarahkan pindah ke Kuala Lumpur, resipi tersebut menjadi hadiah perpisahan.

Pernah beberapa kali menyediakannya untuk jamuan Hari Raya buat rakan-rakan sekolah. Pastilah mendapat pujian. Memang moist gitu. Namun resipi tersebut hilang. kakJee sudah mencuba pelbagai resipi lain namun hasilnya tidak sama. Mujur termenonton Youtube Sugu Pavitra. 

Dah dua kali KakJee buat, kali pertama secara kukus. Kali kedua KakJee bakar. Hasil kedua-duanya tetap sedap dan disukai semua. Kek ni kurang manis jadi jika mahu sedap letak topping.


Ni yang takde toping.

Resipi Kek Coklat Moist
Bahan2:
Untuk satu adunan (bekas 5x5) atau 22 bekas cup cake
Bahan A
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan minyak masak (guna mentega yang dicairkan)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar (resipi asal guna susu perisa coklat)
1/2 tin susu pekat

Semua bahan di atas dimasukkan ke dalam periuk, dipanaskan dan dikacau sehingga semua bahan larut. Sejukkan.

Bahan B
3/4 cawan  tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikabonat

Semua bahan di atas disatukan dan diayak

Bahan C
4 biji telur

Telur dikisar sehingga berbuih.

Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan A ke dalam sebuah bekas yang sesuai.
2. Tambah sedikit tepung ke dalam bancuhan koko dan kacau.
3. Tambang sedikit telur dan kacau.
4. Ulang hingga habis. Sebaiknya mulakan dan akhirkan dengan tepung.
5. Tuang ke dalam acuan pembakar yang telah disapu mentega atau ke dalam bekas cup cake. 
6. Kukus sehingga masak. Atau bakar pada suhu 180 darjah celsius sehingga masak.
7. Jika guna bekas cup cake, mengambil masa lebih  kurang 15 minit.

Toping Coklat
75 gram whipping cream
85 gram snek coklat Beryl's
1 sudu kecil mentega

1. Campur semua bahan di atas dan biarkan larut secara double boiler.
2. Tuang di atas kek.
3. Latakkan di dalam peti sejuk dalam 15 minit, keluarkan.


Selamat mencuba.
 

Jumaat, 18 Jun 2021

Rasa Dapur KakJee (383) - Tat Telur

BismillahirRahmanirRahim



Resipi tat Telur ini dikongsi oleh anak saudara KakJee, Wan Emy Saliza. Diambil dari Resipi Pilihan rasa. Tak perlu susah-susah buat kulit, guna aja Puff Pastry sejuk beku yang dibeli.

Mudah disediakan dan enak rasanya. Puas hati betul dengan hasilnya. Jom cuba.

Resipi Tat Telur
Bahan2:

1 keping Puff Pasty yang besar

Filling
150 gm gula pasir (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis)
250 ml air panas
4 biji telur
200 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:
1.Larutkan gula dalam air panas. Sejukkan.
2.Pukul telur, sekejap sahaja. Masukkan air gula, susu, esen vanila dan kacau sehingga sebati.Tapis.
3.Sapu mentega di sekeliling acuan. Masukkan kulit pastri ke dalam acuan. Lubangkan bahagian bawahnya dengan garfu.
4.Tuang filling ke dalam acuan tadi. Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak.



 

Rabu, 16 Jun 2021

Rasa Dapur KakJee (382) - Kuih Gunting

BismillahirRahmanirRahim




Kali ini KakJee nak berkongsi resipi istimewa milik sifu penulisan Puan Sri Diah Shaharudin. Beliau berkongsi Juih Gunting Resipi Nek Jah ini di FBnya. 

Mudah disediakan dan ranggup apabila dimakan. Tak sakit gigilah apabila dikunyah. Bagus untuk dimakan bila-bila masa sahaja. KakJee ubah suai sedikit dengan menambah cili serbuk supaya pedas. 

Resipi Kuih Gunting Nek Jah.
Bahan2:
1 kilo tepung gandum
2 sudu makan jintan putih
2 sudu makan jintan manis
2 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
1 paket serbuk kari
4 sudu makan majerin (guna mentega)
1 ikat daun sup/daun bawang
1 sudu besar cili serbuk (pilihan)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
1 cawaan air

Cara Membuatnya:
1.Kisar jintan putih, jintan manis, ikan bilis dan bawang dengan air.
2.Gaul semua bahan dengan tepung gandum.
3.Uli sampai bersatu sebati.
4.Canaikan, buat kepingan sebesar tapak tangan dan masak tanpa minyak. Sejukkan.

5.Gunting ikut saiz yang disukai.


6.Goreng hingga garing.

Selamat mencuba.

Selasa, 8 Jun 2021

De Wan 1958 by Chef Wan Bangi - Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

 

BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah diizinkan Allah SWT untuk meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-30. Semoga Allah melindungi ikatan perkahwinan ini dan kekal di dunia hingga ke syurga. Aamiin.


Pada tarikh 27 Februari 2021, kami memilih De Wan 1958 by Chef Wan Bangi untuk meraikan hari penuh bermakna. Namun kami perlu membuat tempahan terlebih dahulu secara online.  Restoran ini terletak di Bangi Resort Hotel dahulunya dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi.  

Kami memilih tempat ini kerana mahukan privasi, maklumlah kita masih lagi dalam PKPB. Tidak dibenarkan merentas daerah apa lagi negeri. Mujurlah rumah kami berada di dalam daerah yang sama iaitu Hulu Langat jadi tidak timbul masalah merentas daerah.

Di depan restoran

Laluan masuk ke restoran, dihias indah.

Potrait Chef Wan menjadi haisan di dinding.


Susun atur di dalam restoran

Tak marah aih....hihi

Susun atur di setiap meja

Rempeyek yang sedap disediakan sementara menunggu hidangan lain

Berkenan betul dengan cawan comel ni.

Petugas sangat peramah, melayan kami untuk mengambil pesanan sambil berbual hal-hal berkaitan dengan restoran yang baru dibuka di Bangi ini. Sepanjang masa kami ditemani berbual termasuk pengurusnya. Tidak pernah merasa situasi ini di tempat lain.

Chef-chef yang menghidangkan makanan juga amat peramah dan bertegur sapa dengan kami.


Menu memang banyak dan harganya pun boleh tahan. Harga Kayangan.


Ini menu yang kami pilih untuk tiga orang tapi kena bayar tambahan untuk nasi.
Ingatkan tak cukup, jadi kami ambil menu tambahan.

Kerabu Pamelo ni memang sedap diratah begitu sahaja.
Limau bali dengan rasa manis, pedas dan masam yang enak.

Appetizer satay memang tak cukup jadi kami minta tambahan.

Ayam Pencok

Udang Lemak Nenas

Ikan Bakar ni memang best

Bendi Berempah.
Digoreng bersalut tepung, rangup.

Satay tambahan


Sup Kambing (tambahan)

Nasi ada 3 jenis

Semua yang diminta. Banyak la pula, jenuh nak habiskan.

Bubur Som-som sebagai pencuci mulut

Yam Sago pencuci mulut juga.

Alhamdulillah semuanya sedap. Dapatlah saya pelajari resipi baharu serta cara menghidangkan makanan. Maklumlah sudah agak lama tidak makan di restoran. Walaupun harga agak mahal iaitu RM200 ++ untuk tiga orang, namun saya berpuas hati. Okey la tu setahun sekali meraikan hari istimewa. Saya suka tempat ini kerana suasananya begitu selesa.

Sebelum pulang saya beli mangkuk tingkat atau mangkuk sia yang berharga RM60+ buat kenangan. Terima kasih Encik suami yang sudi melayan permintaan kami.


Antara barangan yang boleh dibeli.













































Rasa Dapur KakJee (381) - Lala Masak Cili

BismillahirRahmanirRahim



Masya-Allah cepatnya masa berlalu, sudah masuk bulan Jun. Maaflah  buat mereka yang ternanti-nantikan posting terbaharu daripada KakJee.

Hari ini KakJee nak kongsikan resipi Lala Masak Cili, ada yang panggil Siput Retak Seribu ya. Ini kali kedua suami KakJee beli atas permintaan Saffura, yang mula sukakan siput ini selepas menikmati hidangan steambot di rumah Mak Long Aishah. Tak alergik pula. Jika makan udang, cepat sahaja tangannya gatal.

Kali ini KakJee cuba resipi Che' Nom tapi seperti biasalah KakJee ubah suai ikut apa yang ada kat dapur. Terutama penggunaan sos tiram, kat rumah KakJee memang takde sos tiram. Yang lain tu ikut je apa yang diberi dalam resipi Che'Nom iaitu Lala Masak Pedas.

Resipi Lala Masak Cili
Bahan2:
1 kg lala - dibasuh dan rendam  untuk buang kekotoran, bilas dan toskan
4 biji cili merah*
8 biji cili padi*
1 inci halia*
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putin*
bahan * dikisar halus
2 sudu cili sos
Sedikit sos ikan
1 batang serai diketuk
Minyak masak secukupnya
4 helai daun limau purut
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan kacau sehingga wangi.
2.Masukkan serai, sos cili, sos ikan dan kacau.
3.Masukkan lala, daun limau purut dan sedikit air. Perisakan dengan garam, gula (pilihan) dan air asam (pilihan).
4.Angkat dan hidangkan.

Lala ni sedap juga jika dimasak dengan serai sahaja. (Resipi sepupu Puan Maznah Abdul Malek)
Juga boleh dimasak dengan tumis bawang, cili, serai dan letak sekeping asam gelugur dengan sedikit air (resipi Puan Werdaah Abdul Halim)
Mestilah sedap jika dibuat steambot.

Selamat Mencuba.

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...