Rabu, 30 Mac 2016

Dapurku D'Riyadh (151) - Kuih Nona Manis @ Kuih Sagu



Bismillahirrahmanirrahim

Kuih yang aku suka buat di bulan Ramadhan. Semasa mencari resepi ini di dalam laman blog ada yang menamakannya sebagai Kuih Sagu atau Kuih Sagu Mata Ikan. Apa pun aku memang sukakan nama dan kuih ini. Biasanya berwarna pink dan jika di Malaysia aku akan gunakan sirap ros yang mempunyai bau yang sungguh enak. Warnanya juga cantik. Puas aku mencari pewarna pink di Riyadh namun tidak berjumpa begitu juga dengan pembancuh sirap ros. Pernah aku Sirap Ros yang sangat sedap di Tamimi  Market tetapi sudah lama aku tidak nampak lagi. Mungkin ianya wujud semasa bulan Ramadhan sahaja.

Aku gunakan pewarna merah dan memasukkan air mawar yang biasanya digunakan untuk membuat nasi beriani. Aku juga mendapat petua untuk menghasilkan Kuih Nona Manis yang terbaik. Selama ini kuih yang aku sediakan kerap kali terlembut kerana aku memasukkan kuantiti air yang banyak untuk memastikan kesemua sagu betul-betul kembang. Masa yang lama juga perlu diambil untuk mengacaunya, terkadang sampai terhangit. Rupanya kita hanya perlu mengukusnya sahaja untuk memastikan kesemua sagu biji kembang dengan sempurna. Tiada lagi warna putih berselang seli di dalam kuih yang disediakan.Puas hati betul lah.

Resepi Kuih Nona Manis
Bahan2:
1 cawan sagu biji
2 - 2 3/4 cawan air (ikut lembut/keras yang dikehendaki)
3/4 cawan gula
Pewarna merah
Air mawar/esen ros
Kelapa parut 
Sedikit garam

Cara membuatnya:
1.Panaskan air ke dalam sebuah periuk sehingga mendidih.
2.Masukkan pewarna dan air mawar/esen ros.
3.Masukkan sagu biji dan gula.Kacau sehingga sebahagian besar
   sagu menjadi jernih dan pekat.
4.Masukkan adunan ke dalam bekas dan kukus sehingga 
   semua sagu biji bertukar menjadi jernih sepenuhnya (20-
   30 minit)
Masih ada warna putih 

5.Sejukkan.Pastikan benar-benar sejuk baru dipotong.

Semua sagu bertukar jernih

6.Gaul dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam

Kelapa parut sendiri...kasar sikit

Menyejukkan.
Cara lain
1.Sagu direndam bersama pewarna selama 1 jam.Toskan.
2.Masak sagu bersama air dan gula sehingga sebati.Tutup api.
3.Masukkan ke dalam acuan. Kukus sehingga masak. Kaedah ini
   lebih baik kerana teksturnya lembut dan hasilnya tiada warna putih lagi.




Dapurku D'Riyadh (150) - Kuey Teow Kung Fu



Bismillahirrahmanirrahim

Aku pernah makan hidangan ini ketika berada di Alor Setar. Ketika itu kami bermalam di Hotel Seri Malaysia Alor Setar yang terletak berhampiran dengan Stadium Darul Aman. Terasa lapar, kami singgah makan di kawasan gerai yang berada di sekitar kawasan stadium. Tidak pasti untuk makan apa di kedai tersebut, aku hanya menunding jari kepada satu hidangan yang baru diletakkan di meja yang berhampiran dengan kami. Nampak begitu sedap sekali. Tidak pula berhasrat untuk bertanya kerana kelihatan seperti kuey teow Ladna yang menjadi kegemaran aku.

Memang lah sedap rasanya sehingga sepinggan penuh berjaya aku habiskan seorang diri. Setelah sekian lama baru aku tahu akan namanya ketika aku bercerita mengenainya kepada salah seorang anak saudaraku. Baru-baru ini aku ternampak resepi langkah demi langkah untuk menyediakan resepi ini di dalam FB. Seperti biasa aku akan mengubah sedikit resepinya sesuai dengan bahan yang ada dan yang memudahkan kerja aku. Yang pasti rasanya sedap secara semulajadi.

Aku pun berminat sangat untuk mencubanya. Jadi aku mula dengan menyediakan kueyteow mentah terlebih dahulu. Aku juga menyediakan kueyteow goreng untuk diuji rasa oleh Ustazah Shikin. Ini untuk menyakinkan akubahawa homemade kuey teow yang aku hasilkan benar-benar mempunyai rasa kuey teow bukannya aku syiok sendiri.

Ustazah Shikin : Sedap Mak cik, boleh meniaga ni.
Aku                :  Macam mana ustazah ...ada rasa kueyteow tak?
Ustazah Shikin : Sama aje.

Berbunga-bunga rasa hatiku mendengar komen tersebut.

Resepi Homemade Kuey Teow
Bahan2:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
2 cawan air sejuk
1/2 sudu kecil garam.

Cara Membuatnya:
1.Campurkan tepung dan garam.Gaulkan.
2.Campurkan air panas dan air sejuk di dalam satu bekas.
3.Masukkan air ke dalam tepung dan kacau sehingga sebati.
4.Panaskan periuk pengukus dan biarkan air sehingga mendidih.
5.Sapu sedikit minyak pada tudung periuk.(Aku guna acuan kek 
   bulat yang tidak melekat). Jangan terlalu banyak minyak nanti licin pula.
6.Masukkan adunan senipis mungkin. Gunakan kuantiti yang sama supaya hasilnya
   sekata. Aku guna bekas plastik kecil untuk menyukat adunan.
7.Masukkan ke dalam  pengukus dan biarkan sehingga kelihatan gelembung udara.
   Pastikan ada gelembung udara supaya mudah menggulungnya.
8.Gulungkan kepingan kuey teow yang sudah masak( lebih kurang 1 minit). Ulang sehingga habis.
9. Potong bulat anggaran saiz yang dikehendaki.
10.Bukakan gulungan tersebut, jika susah boleh sapukan minyak pada tangan. 
   Gaul kuey teow yang terhasil dengan sedikit minyak supaya tidak melekat antara 
   satu sama lain.


Siap kuey teow mentah


Resepi Kuey Teow Kung Fu
Bahan2:
1 mangkuk kuey teow
2 biji telur
3-5 ekor udang segar
Sedikit isi ayam
2 cawan air rebusan ayam
3-4 ulas bawang putih diketuk
1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
2-3 batang babycorn
Sedikit hirisan karot
1-2 cendawan butang dihiris
1 tangkai daun kailan
Cili padi/cili hijau/merah
Minyak zaitun
Garam
Sedikit minyak bijan


Bahan2 yang diperlukan

Cara Membuatnya:
1.Pukul telur di dalam sebuah bekas bersama sedikit garam.
2.Masukkan telur tersebut ke dalam sebuah bekas yang mengandungi
   kuey teow. Gaul rata.
3.Panaskan kuali bersama sedikit minyak zaitun. Masukkan kuey teow
   bersama telur dan masak seperti membuat telur dadar.


4.Setelah kekuningan, angkat dan masukkan ke dalam pinggan.


5.Tambahkan minyak ke dalam kuali, masukkan bawang putih
   dan kacau sekejap. Apabila sudah naik bau masukkan udang
   dan karot dan kacau.
6.Masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih. Masukkan
   isi ayam serta sayuran lain dan perisakan dengan garam dan
   minyak bijan.


7.Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga agak
   pekat.


8.Tuangkan kuah di atas kuey teow tadi. Tabur dengan bawang
   goreng dan hirisan cili jika perlu.
   




Selamat berbuka puasa.


Travelog : Oh! Riyadh (96) - Rehlah Sekitar Riyadh


Rehlah Sekitar Riyadh.


Cuaca di Riyadh dalam seminggu ini agak tidak menentu. Ada masanya panas dan suhu melebihi 30 C. Tiba-tiba terasa sejuk pula terutama di waktu pagi. Beberapa hari lepas hujan turun beserta bunyi guruh dan pancaran kilat. Sesekali sandstorm pula melanda.  Aku semakin terbiasa dengan kejadian sandstorm terutama ketika di dalam perjalanan yang jauh dengan menaiki kereta. Moga Allah melindungi kami dari sebarang peristiwa yang merbahaya. Begitulah suasana apabila berlaku perubahan cuaca di bumi Timur Tengah ini. Namun selagi musim panas belum tiba, setiap masa yang ada amat berharga dan perlu digunakan sepenuhnya untuk melakukan apa juga aktiviti di luar.

Kami mengambil kesempatan pada awal cuti sekolah yang lepas untuk menikmati keindahan kawasan berhampiran dengan Riyadh sambil melihat bunga-bunga yang sedang berkembang mekar. Gambar-gambar bunga tersebut telah aku masukkan di dalam entri yang lepas. Kami keluar pada awal pagi untuk menikmati sarapan pagi di kawasan berhampiran padang pasir. Disebabkan masih awal pagi, hanya kami dan beberapa orang sahaja yang berada di kawasan tersebut. Biasanya kawasan tersebut penuh dengan kereta dan orang ramai yang berkelah di situ. Mungkin juga mereka ke tempat lain sempena musim cuti sekolah.


Tumbuhan subur di musim bunga.

Deretan kawasan ladang yang dipagari tembok tinggi kelihatan sepanjang jalan

Menuju ke Ammariyah dan sekitarnya
Terdapat kawasan piknik yang luas di sebelah kanan jalan raya

Namun kelihatan agak terbiar


Banyak pokok terbiar.

Kami mencari tempat yang sesuai untuk piknik di sebelah kiri jalan raya. Banyak khemah
untuk disewa di kawasan sekitarnya.

Tiada penyewa barangkali

Sudah jumpa tempat yang sesuai untuk piknik

Nyaman terasa dan selera juga bertambah

Dalam perjalanan pulang singgah di ladang sayur

Seekor kaldai sedang berehat

Tanaman berbunga ini ditanam di kebanyakan ladang di sini.Tidak pasti pokok apa.
Ianya menarik perhatian kami lalu singgah melihatnya dengan lebih dekat.

Cantik pulak!

Sayur-sayuran di tanam dicelah pokok-pokok kurma.


Di antara bulan Februari sehingga bulan Mac, terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pemerintah. Ianya berlangsung di seluruh Arab Saudi. Pelbagai pesta diadakan di setiap daerah. Di Riyadh juga terdapat beberapa aktiviti seperti Janadriyah Festival, Riyadh International Book Fair, Riyadh Spring Festival dan sebagainya. Kami sempat singgah di Riyadh International Convention & Exhibition Centre, Riyadh untuk meraikan Riyadh International Bookfair 2016 yang berlangsung dari 9 Mac sehingga 19 Mac. Kami pernah ke sana pada tahun 2014.

Untuk mengelakkan dari kejadian kesesakan, kami meletak kereta di kawasan perumahan yang berhampiran dengan tempat berlansungnya pesta buku tersebut. Sedang kami berjalan kaki, sebuah bas berhenti dan mempelawa kami untuk naik. Rupanya ada perkhidmatan bas disediakan untuk ke tapak pesta buku tersebut. Terdapat beberapa buah pondok menunggu dengan kemudahan kerusi dan air minuman secara percuma. Pertama kali menaiki bas awam di Riyadh, lalu aku tersalah langkah.

Pemandu:  Lak....nisa.

Aku yang sedang mengikut suamiku menaiki bas melalui pintu di bahagian depan dihalang untuk naik menggunakan laluan yang sama.

Saffura : Ikut belakang la mama. Di sini kan kena asing lelaki dengan perempuan.
Aku     : Ahhh.. betul juga.
Bas disediakan
Lelaki di depan dan perempuan di belakang. Selesa rasanya.

Lelaki dan perempuan juga  menggunakan pintu masuk yang berbeza. Pemeriksaan seperti di lapangan terbang diadakan dan setiap beg yang hendak dibawa masuk diperiksa oleh petugas di kaunter yang disediakan. Kami dihadiahkan dengan penanda buku oleh beberapa orang petugas. Petugas-petugas yang aku temui agak mesra dan menegur aku dengan ramah dalam Bahasa Inggeris. Payah betul untuk bertemu dengan situasi sebegitu sepanjang aku berada di Riyadh ini. Gambar-gambar yang diambil tidak begitu memuaskan. Ini kerana masyarakat di sini agak sensitif untuk diambil gambar mereka. 

Kaunter menjual beg beroda untuk kemudahan para pembeli.
Kawasannya memang terlalu luas. Tidak mampu untuk menghabiskannya.
Kebanyakannya buku dalam Bahasa Arab

Puas berjalan


Ada juga buku di dalam bahasa Indonesia, Filipina, Turki dan sebagainya

Suasana agak tenang kerana belum waktu tengahari

Terdapat kemudahan tempat untuk menunaikan solat juga untuk makan dan minum.

Pelbagai jenis makanan dijual


Lamb Mandy dari Najh
Laparnya..
Tidak sampai dua jam kami berada di kawasan pesta buku ini. Tidak banyak yang boleh dibeli kerana kebanyakan bukunya tidak dapat kami beli. Selepas makan tengahari kami pun beredar menaiki bas yang disediakan secara percuma.

Bilangan bas memang banyak.



                                                                                                            zias/riyadh/16

Selasa, 29 Mac 2016

Dapurku D'Riyadh (149) - Nasi Lemak Pandan



Bismillahirrahmanirrahim

Nasi Lemak warna hijau.... Pertama kali aku tengok nasi lemak warna hijau ketika berada di Singapura. Disebabkan yang menjualnya adalah warga Singapura berbangsa Cina, tidak aku terasa mahu mencubanya. Setelah itu aku dapati nasi lemak warna hijau ini semakin popular di Malaysia. 
Kebetulan stok daun pandan yang dibeli dari Lulu Hypermarket masih banyak. Apa lagi try lah.

Keluargaku juga agak terkejut melihat nasi lemah warna hijau. Setelah merasainya, masing-masing mendiamkan namun menambah nasi beberapa kali. Aku gandingkan dengan Ayam Goreng Berempah, apalagi semakin selera kami menikmatinya. Nasi Lemak Pandan yang aku buat ini kurang menyerlah warna hijaunya kerana aku tidak masukkan walau setitik pewarna hijau. Sebelum dimasak, warna hijaunya cantik sahaja tetapi apabila sudah dimasak warnanya kekuningan pula.

Kali ini aku masak dalam kuantiti yang banyak dari biasa iaitu sebanyak 3 cawan beras. Niat untuk menyamu Ustazah Shikin dan bekalkan satu set Nasi Lemak Pandan untuk suaminya , Ustaz Zaki tercapai sudah. Seronok rasanya apabila dapat menjamu tetamu yang datang ke rumah dengan masakan sendiri.

Resepi Nasi Lemak Pandan
Bahan2:
3 cawan beras Basmati di rendam 30 minit dan ditos
3-4 helai daun pandan diblend dengan air dan ditapis
(anggaran 1 cawan)
1 cawan santan sederhana pekat
2 cawan air
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris nipis
1 sudu kecil biji halba
1 sudu besar mentega
1 helai daun pandan disimpul
1 batang serai dibelah dua secara memanjang
Garam

Cara Membuatnya:
1.Panaskan mentega di dalam sebuah periuk.
2.Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan halba. Goreng sekejap.
3.Masukkan beras dan goreng sebentar.
4.Masukkan air, santan dan air daun pandan. Masukkan garam, daun 
   pandan dan serai.
5.Masak sehingga hampir kering. Perlahankan api dan biarkan nasi masak 
   sepenuhnya dengan menutup periuk dengan penutupnya.


Semua dah dimasukkan

Resepi Sambal Tumis
Bahan2:
1 senduk kecil cili kering yang dikisar halus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Air asam jawa (asam jawa + 1 cawan air)
Garam. gula dan minyak

Cara Membuatnya:
1. 1 biji bawang besar dikisar bersama dengan bawang putih .
2. 1 biji bawang besar dihiris nipis
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang hiris,
    goreng hingga agak garing.
4. Masukkan bawang yang dikisar dan goreng sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar , garam dan gula. Kacau sehingga betul-
    betul garing. Masukkan  air asam.
6. Selepas mendidih, perlahankan api sehingga pecah minyak.
    Jika suka boleh masukkan hirisan bawang yang dibelah.


Resepi Ayam Goreng Rempah
Bahan2:
1ekor ayam dipotong ikut saiz yang disukai
3 batang serai
1 ½ inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci lengkuas
(serai,lengkuas,halia,dan bawang dikisar halus)
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk kari ayam jenama Adabi
1 sudu kecil serbuk cili
 Serbuk Kunyit
 Garam
 Minyak masak secukupnya
 Daun kari
(Gaulkan semua bahan kisar, serbuk kunyit,serbuk kari, serbuk cili
dan garam bersama ayam, perapkan,lebih lama lebih baik)

Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.
2.Masukkan daun kari ketika menggoreng



Terlewat ambil gambar....ini aje yang tinggal

Untuk kesihatan - goreng tanpa minyak lagi sedap.

Hidang bersama telur rebus, ikan bilis goreng dan kacang tanah yang
dibakar.



Travelog : Kuwait Dihatiku (3) - Sempadan Kuwait

Sempadan Kuwait


Lebih kurang pukul 2.30 petang kami sampai di sempadan Arab Saudi - Kuwait.




Dekat dah ni

Kami lebih yakin kerana ini pengalaman kali kedua melepasi sempadan dari Arab Saudi. Kami melalui proses yang sama ketika berada di sempadan Arab Saudi dan Qatar. Kami tidak perlu menunggu lama kerana tidak banyak kenderaan yang berbaris menunggu giliran. Kami mendekati kaunter petugas yang pertama dan menyerahkan surat kebenaran membawa kenderaan serta iqamah pemandu.

Kaunter 1
Kami menerima resit kecil yang akan digunakan untuk setiap urusan seterusnya. Seterusnya kami ke kaunter berikutnya untuk urusan pasport pemandu dan penumpang yang berada di dalam kereta. Kaunter seterusnya hanya membuat pengesahan bahawa semua urusan sudah selesai.

Bye Bye

Menuju daerah Kuwait pula




Kenderaan agak banyak yang sedang beratur menunggu giliran setiba kami di bahagian imigresen Kuwait. Suasana agak tidak teratur tanpa sebarang arah tunjuk, ditambah pula dengan kerja-kerja penambahan bilangan kaunter sedang dilakukan. Kami tidak tahu untuk beratur di bahagian mana kerana semua kaunter mempunyai label yang sama iaitu For GCC Countries Only. Kami pun beratur bersama kenderaan lain sehingga tiba di kaunter petugas. Kami disuruh membuat urusaan visa di bangunan setingkat yang terletak di sebelah kiri. Pejabat untuk membuat urusan visa bersebelahan dengan bahagian Females Passport Control. Kenderaan diparkir dalam keadaan bersusun beberapa lapis kerana ruang parkir yang luas. Kami menunggu seketika untuk mendapatkan ruang parkir.

Kaum wanita yang berpurdah diminta ke bahagian Female Passport Control untuk memastikan mereka adalah pemilik passport yang dipegang. Jika tidak bernikab seperti aku dan Saffura, tidak perlu ke bahagian tersebut. Suamiku melakukan urusan mendapatkan visa on arrival di pejabat dan kami menunggu di dalam kereta. Urusan mendapatkan visa memang terlalu lama walaupun pegunjung tidak begitu ramai. Aku dan Saffura resah menanti sambil memerhatikan beberapa keluarga lain yang turut gelisah dengan situasi tersebut. Kanak-kanak yang menanti bapanya membuat urusan di pejabat kelihatan berlari ke sana sini. Pun begitu lebih ramai yang suka menunggu di dalam kereta sahaja.

Terlalu lama menunggu aku pun mendapatkan suamiku untuk bertanya kemungkinan bantuanku diperlukan. Semua urusan visa on arrival  berkonsep layan diri. Terdapat beberapa urusan seperti membuat salinan fotokopi (ada kaunter untuk urusan fotokopi) dan sebagainya yang menjadikan urusan agak lambat. Beberapa borang juga perlu diisi. Bayaran sebanyak 3 KD dikenakan bagi setiap orang dalam bentuk stamp visa. Selepas itu kita perlu mengajukan permohonan tersebut ke kaunter petugas imigresen. Sikap beberapa orang pemohon yang melintas giliran orang lain juga menyebabkan urusan memakan masa yang agak lama. Setelah melebihi dua jam baru selesai urusan visa on arrival tersebut. 


Bangunan untuk urusan visa.

Setelah selesai urusan visa kami terus ke kaunter petugas yang seterusnya untuk memeriksa pasport kami sekali lagi. Kami juga perlu membayar insurans kenderaan di kaunter petugas yang disediakan. Bayaran berdasarkan bilangan hari untuk berada di Kuwait. 7 KD  bayaran paling minima untuk selama 7 hari. Hampir pukul 5.50 petang kami meninggalkan kawasan imigresen Kuwait. Alhamdulillah semuanya selesai.


Bayar insurans pula
Hai Kuwait
Lebuh raya menuju Kuwait City dihiasi dengan pokok-pokok menghijau. Suasana tersebut boleh dilihat sehingga ke bandar. Terasa seperti berada di Malaysia pula. Kiri kanan lebuh raya merupakan padang pasir yang kelihatan agak sepi dengan beberapa khemah berbentuk bulat  dan bewarna putih.


Pokok-pokok semakin membesar.

Takde tol ya

Satu-satunya kawasan tinggi yang dapat aku lihat sepanjang jalan.


Suasana gelap sepenuhnya apabila kami menghampiri Kuwait City. Aku mula terpegun melihat rumah-rumah bersaiz rumah agam di sepanjang jalan. Kebanyakan rumah adalah 3 tingkat  atau lebih dan jarang kelihatan tembok tinggi di sekeliling rumah tersebut.  Pokok-pokok yang besar di sebelah jalan menghalang pemandangan untuk aku rakamkan gambarnya.

Menuju Kuwait City
Alhamdulillah kami tidak memerlukan masa yang lama untuk mencari hotel yang telah ditempah. Ini kerana hotel tersebut dapat dilihat dengan mudah dari jalan yang kami lalui kerana hotel tersebut terletak di tengah bandar. Kami checkin teerlebih dahulu dan menunaikan semua hajat sebelum keluar semula untuk melihat sekitar bandar. Kadar sewa hotel di Kuwait agak mahal mungkin disebabkan bilangan hotel di Kuwait yang tidak sebanyak seperti di Doha.

Kuwait Continental Hotel terletak di Istaqlal Street, Benaid Al Gar, Kuwait City Center

MYR1,561.97 untuk 3 malam termasuk breakfast.

Kami berjalan kaki menuju ke pusat bandar Kuwait untuk melihat suasana malam. Banyak juga bangunan tinggi di Kuwait , lebih banyak jika dibandingkan dengan  bilangan bangunan tinggi di Riyadh. Kami juga sempat sampai ke bangunan tertinggi di Kuwait buat masa ini iaitu Al Hamra.





Di pintu masuk mall bangunan tertinggi di Kuwait - Al Hamra

Berikut pemandangan dari tingkap bilik hotel pada waktu siang hari.


Kuwait City Centre

Rumah orang Kuwait yang berhampiran dengan hotel

Pagi yang sibuk
Bangunan ini hampir sama dengan bangunan yang sedang dibina berhampiran
 Owais Market, Riyadh.

Ramadan Mubarak 1445H/2024M

BismillahirRahmanirRahim   Assalamualaikum. Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan ber...