Rabu, 2 Mac 2016

Travelog : Lambaian Qatar (9) - Mesaieed , Qatar

          Mesaieed , Qatar.


Kami keluar lebih awal pada hari Jumaat, sebaik sahaja selesai solat Subuh. Walaupun tidak ada perbezaan dari segi masa di antara Arab Saudi dan Qatar, namun waktu solat di Qatar lebih awal. Perbezaanya sekitar 20 minit, jadi waktu subuh di Qatar adalah pada pukul 4.45 pagi. Kami bergerak ke selantan Doha menuju ke Al Wakrah yang terletak kira-kira 25 km dari Doha. Dari pembacaanku, bandar Al Wakrah turut menjadi bandar penting bagi FIFA World Cup pada tahun 2022 nanti.

Map from Doha, Qatar to Al Wakrah, Qatar
Dari Google


Laluan ke Doha International Airport
Kami diselubungi oleh kabus sebaik sahaja melepasi kawasan Doha International Airport. Kabus semakin tebal sehingga menghalang pemandangan. Pertama kali aku melihat kabus setebal itu. Suamiku terpaksa memandu kereta dengan perlahan sambil memasang lampu kecemasan, semua kenderaan melakukan perkara yang sama.

Kabus tebal.
Kabur

Kabus semakin tebal apabila kami tiba di Al Wakrah sehingga tidak ternampak sebarang bangunan atau rumah kediaman. Segalanya putih berkabus sehingga memaksa suamiku memberhentikan kereta di seberang jalan sebaik sahaja terlihat bayangan deretan bangunan kedai. Kami tunggu di situ sehingga kabus berkurangan. Disebabkan kami tidak pasti laluan untuk ke Al Wakrah kerana tidak nampak tanda arah ke situ, kami meneruskan sahaja perjalanan menuju ke Mesaieed.(Doha - Mesaieed : 41 km) Sepanjang perjalanan ke Mesaieed, kabus masih menyelubungi kiri dan kanan jalan namun yang kami pasti terdapat banyak aktiviti pembinaan jalan dan sebagainya sedang dilakukan secara besar-besaran di sepanjang perjalanan.


Kabus semakin kurang

Baru boleh nampak jalan.

Matahari muncul

Bulatan Al Wakrah

Suasana penuh kehijauan menyambut kami di kiri dan kanan jalan yang luas apabila menghampiri Mesaieed. Suasana begitu cantik dan kelihatan kawasan kediaman, taman reakrasi yang berpagar, masjid dan kompleks pejabat yang besar dan moden. Kami berpusing-pusing sekitar kawasan bandar yang tidak begitu besar itu beberapa kali. Kami juga berpeluang memasuki kawasan perumahan pekerja syarikat minyak. Mesaieed adalah sebuah bandar industri yang memproses minyak dan gas di Qatar. Syarikat pengeluar minyak terbesar Qatar iaitu Qatar Petrolium  berada di sini begitu juga Qatar Petrochemical Company (QAPCO) dan  Qatar Fertilisier Company (QAFCO)

Cantik juga
Bunga baru diganti.
Simpang ke pekan.

Masjid kecil
Kawasan  perumahan berbentuk apartment
Kawasan perumahan yang lebih besar dengan rumah berbentuk semi-d dan villa juga ada di situ dengan pelbagai kemudahan termasuk Mesaieed International School. Tidak ada pengawal yang berjaga di kawasan depan kawasan perumahan, jadi kami bebas masuk meninjau di dalamnya. Kelihatan para pekerja berbangsa India, Filipina dan Indonesia sibuk dengan pelbagai urusan keluar masuk dari kawasan perumahan.

Nampak selesa dan mewah
Kawasan depan rumah yang luas
International School 

Mesaieed dipenuhi dengan bangunan berkaitan aktiviti petroleum seperti yang kita biasa lihat di Kerteh Terengganu. Bandar ini juga dipenuhi dengan pelbagai kemudahan seperti kedai, masjid , taman, hospital dan sekolah. Pembinaan bangunan baru juga sedang giat dijalankan di kawasan lapang yang begitu luas.


Kami terus melalui lebuh raya yang luas dan melihat keadaan di sepanjang jalan. Apabila ternampak
banner berkaitan pertandingan burung helang, kami pun singgah untuk melihatnya. Saffura begitu ingin untuk melihat pertandingan yang sedang berlangsung itu. Terdapat laluan sementara yang ditambak dengan batu-batu kecil untuk membolehkan kereta melaluinya. Namun ianya terhad hanya untuk beberapa kilometer sahaja. Keadaan tanahnya juga agak lembab akibat hujan. Kami tidak berani mengambil risiko untuk masuk ke kawasan tersebut. Kebarangkalian untuk kereta tersangkut amatlah tinggi. Kami hanya mampu memerhatikan kereta-kereta mewah yang bersaiz besar memasuki kawasan tersebut. 



Marmi  The Challenge yang sedang berlangsung

Jalan sementara yang dibina

Perlu melalui jalan ini untuk ke sana

Meneruskan perjalanan, kami mula nampak khemah-khemah dari tepi jalan. Suasana bumi mula berubah, tanah lapang kini terdapat bukit-bukit kecil berwarna putih di belakangnya. Aktiviti menaiki karavan agak popular di Qatar malah terdapat kawasan khas untuk meletaknya. Aku juga biasa nampak karavan di parkir berdekatan rumah kediaman di Doha. Karavan juga kelihatan di tepi pantai atau bersama khemah di padang pasir. Dari info yang aku baca, ramai yang memajak /menyewa tanah dari kerajaan di tengah padang pasir dengan membayar cagaran dalam jumlah yang tertentu. Mereka memasang khemah selama beberapa bulan dan ke sana pada hujung minggu sewaktu musim sejuk dalam bentuk berkumpulan. Wang cagaran akan dikembalikan setelah tanah tersebut dibersihkan dan khemah dibuka.

Tidak pasti khemah milik masyarakat Badwi atau untuk disewa.
Khemah persendirian

Ada kawasan untuk meletakkan karavan
Tetapi macam tidak digunakan lagi...terbiar aje

Semakin lama semakin banyak kawasan lapang untuk beraktiviti sukan bermotor. Kawasan berbukit yang dipenuhi dengan pasir atau sand dunes semakin luas. Begitu juga dengan khemah-khemah untuk bersantai. Kelihatan kanak-kanak bermain di sekitarnya, di awal pagi, mungkin mereka bermalam di situ. Seperti di negara Arab lain, aktiviti bersantai di tengah gurun memang cukup popular. Deretan quad bike kelihatan dengan banyaknya namun suasananya tidak sesak seperti yang biasa kami lihat di Thumamah, Riyadh. 

Menanti tetamu

Kawasan aktiviti motor dan sand dunes.

Kawasan permainan

Kami singgah di satu lokasi yang menawarkan perkhidmatan quad bike atau ATV yang begitu luas. Berbeza dari apa yang kami pernaha lihat di Riyadh, perkhidmatan permainan quad bike atau ATV di Qatar lebih besar skalanya. Suasana begitu lenggang kerana masih pagi lagi. Tidak kelihatan pelanggan, hanya para pekerja sibuk membuat persiapan.

Luas
Satu-satunya kenderaan yang sedang bergerak
Teringin nak naik...tak nampak lagi di Riyadh
Kayu api untuk dibakar di malam hari
Pejabat
Ini laagi best
Tempat bersantai
Kami mengikut pula arah tanda untuk ke Sealine Beach, namun laluan terhenti  di satu tempat yang dipenuhi dengan khemah dan sebuah bangunan hotel. Untuk ke Sealine Beach, kita memerlukan pemandu pelancong dari syarikat tertentu. Kenderaan khas atau unta diperlukan untuk merentasi sand dunes yang luas jika mahu ke sana.




Jalan bertar berakhir di sini. Namun keadaan agak meriah di situ
dengan kenderaan bermotor dan unta.
 Sealine Beach Resort yang menawarkan pelbagai kemudahan bilik hotel, villa dan sukan air.

Satu-satunya bangunan yang ada.
Aku begitu kecewa kerana tidak dapat melihat kawasan pantai sedangkan Qatar dikelilingi oleh laut. Namun rasa kecewa aku hilang apabila terpandang papan tanda untuk ke pantai yang dikenali sebagai Golden Beach semasa dalam perjalanan untuk kembali ke Doha. Apalagi kami pun singgah lah.

Kelihatan kawasan kilang di belakangnya.
Kami melalui jalan kecil  untuk ke Golden Beach. Kelihatan kawasan berbukit pasir yang luas dan tinggi. Kami mendekati kawasan pantai yang telah pun dikunjungi orang. Kelihatan khemah-khemah turut didirikan di kawasan berhampiran pantai. Seronoknya dapat memijak pantai yang bersih dan berpasir. Aku mendekati seorang wanita Indonesia yang sedang memancing sedang anak-anaknya bermain di sisinya. Mereka bermalam di situ dan kerap ke panati tersebut pada hujung minggu. Beliau tidak begitu peramah jadi aku pun berlalu.



Banyak kenderaan rupanya di sini

Semua sibuk dengan aktiviti memancing

Ada yang bermalam di sini. Jumpa sekumpulan warga Indonesia

Lelaki dan perempuan turut memancing.

Tidak dalam

Ada batu-batu dengan air yang jernih.

Lapang rasanya
Matahari semakin tinggi

Mahu lebih lama duduk di sini

Masih bersih

Sunyi dan damai
Terubat rindu.

Semasa di dalam perjalanan pulang kelihatan kompleks pemprosesan minyak yang sangat  luas berselang seli dengan sand dunes yang cantik. Namun terdapat banyak pula papan tanda yang melarang orang awam untuk mengambil gambar. Kami ambil gambar juga tetapi aku sudah berjanji untuk tidak memasukkan gambar-gambar tersebut di dalam blog ini. Kawasannya memang luas sehingga terasa jemu melihatnya. Terdapat pagar tinggi di sepanjang jalan di mana terdapat kawasan pemprosesan minyak. Asap dan api dilepaskan di udara dari kawasan pemprosesan tersebut. Melepasi kawasan tersebut kawasan padang pasir dengan gurun pasir tandus dan sunyi kembali. Kami mahu singgah ke Al Wakra pula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...