Sempadan Kuwait
Lebih kurang pukul 2.30 petang kami sampai di sempadan Arab Saudi - Kuwait.
|
Dekat dah ni |
Kami lebih yakin kerana ini pengalaman kali kedua melepasi sempadan dari Arab Saudi. Kami melalui proses yang sama ketika berada di sempadan Arab Saudi dan Qatar. Kami tidak perlu menunggu lama kerana tidak banyak kenderaan yang berbaris menunggu giliran. Kami mendekati kaunter petugas yang pertama dan menyerahkan surat kebenaran membawa kenderaan serta iqamah pemandu.
|
Kaunter 1 |
Kami menerima resit kecil yang akan digunakan untuk setiap urusan seterusnya.
Seterusnya kami ke kaunter berikutnya untuk urusan pasport pemandu dan penumpang yang berada di dalam kereta. Kaunter seterusnya hanya membuat pengesahan bahawa semua urusan sudah selesai.
|
Bye Bye |
|
Menuju daerah Kuwait pula |
Kenderaan agak banyak yang sedang beratur menunggu giliran setiba kami di bahagian imigresen Kuwait. Suasana agak tidak teratur tanpa sebarang arah tunjuk, ditambah pula dengan kerja-kerja penambahan bilangan kaunter sedang dilakukan. Kami tidak tahu untuk beratur di bahagian mana kerana semua kaunter mempunyai label yang sama iaitu For GCC Countries Only. Kami pun beratur bersama kenderaan lain sehingga tiba di kaunter petugas. Kami disuruh membuat urusaan visa di bangunan setingkat yang terletak di sebelah kiri. Pejabat untuk membuat urusan visa bersebelahan dengan bahagian Females Passport Control. Kenderaan diparkir dalam keadaan bersusun beberapa lapis kerana ruang parkir yang luas. Kami menunggu seketika untuk mendapatkan ruang parkir.
Kaum wanita yang berpurdah diminta ke bahagian Female Passport Control untuk memastikan mereka adalah pemilik passport yang dipegang. Jika tidak bernikab seperti aku dan Saffura, tidak perlu ke bahagian tersebut. Suamiku melakukan urusan mendapatkan visa on arrival di pejabat dan kami menunggu di dalam kereta. Urusan mendapatkan visa memang terlalu lama walaupun pegunjung tidak begitu ramai. Aku dan Saffura resah menanti sambil memerhatikan beberapa keluarga lain yang turut gelisah dengan situasi tersebut. Kanak-kanak yang menanti bapanya membuat urusan di pejabat kelihatan berlari ke sana sini. Pun begitu lebih ramai yang suka menunggu di dalam kereta sahaja.
Terlalu lama menunggu aku pun mendapatkan suamiku untuk bertanya kemungkinan bantuanku diperlukan. Semua urusan visa on arrival berkonsep layan diri. Terdapat beberapa urusan seperti membuat salinan fotokopi (ada kaunter untuk urusan fotokopi) dan sebagainya yang menjadikan urusan agak lambat. Beberapa borang juga perlu diisi. Bayaran sebanyak 3 KD dikenakan bagi setiap orang dalam bentuk stamp visa. Selepas itu kita perlu mengajukan permohonan tersebut ke kaunter petugas imigresen. Sikap beberapa orang pemohon yang melintas giliran orang lain juga menyebabkan urusan memakan masa yang agak lama. Setelah melebihi dua jam baru selesai urusan visa on arrival tersebut.
|
Bangunan untuk urusan visa. |
Setelah selesai urusan visa kami terus ke kaunter petugas yang seterusnya untuk memeriksa pasport kami sekali lagi. Kami juga perlu membayar insurans kenderaan di kaunter petugas yang disediakan. Bayaran berdasarkan bilangan hari untuk berada di Kuwait. 7 KD bayaran paling minima untuk selama 7 hari. Hampir pukul 5.50 petang kami meninggalkan kawasan imigresen Kuwait. Alhamdulillah semuanya selesai.
|
Bayar insurans pula |
|
Hai Kuwait |
Lebuh raya menuju Kuwait City dihiasi dengan pokok-pokok menghijau. Suasana tersebut boleh dilihat sehingga ke bandar. Terasa seperti berada di Malaysia pula. Kiri kanan lebuh raya merupakan padang pasir yang kelihatan agak sepi dengan beberapa khemah berbentuk bulat dan bewarna putih.
|
Pokok-pokok semakin membesar. |
|
Takde tol ya |
|
Satu-satunya kawasan tinggi yang dapat aku lihat sepanjang jalan. |
Suasana gelap sepenuhnya apabila kami menghampiri Kuwait City. Aku mula terpegun melihat rumah-rumah bersaiz rumah agam di sepanjang jalan. Kebanyakan rumah adalah 3 tingkat atau lebih dan jarang kelihatan tembok tinggi di sekeliling rumah tersebut. Pokok-pokok yang besar di sebelah jalan menghalang pemandangan untuk aku rakamkan gambarnya.
|
Menuju Kuwait City |
Alhamdulillah kami tidak memerlukan masa yang lama untuk mencari hotel yang telah ditempah. Ini kerana hotel tersebut dapat dilihat dengan mudah dari jalan yang kami lalui kerana hotel tersebut terletak di tengah bandar. Kami checkin teerlebih dahulu dan menunaikan semua hajat sebelum keluar semula untuk melihat sekitar bandar. Kadar sewa hotel di Kuwait agak mahal mungkin disebabkan bilangan hotel di Kuwait yang tidak sebanyak seperti di Doha.
|
Kuwait Continental Hotel terletak di Istaqlal Street, Benaid Al Gar, Kuwait City Center |
|
MYR1,561.97 untuk 3 malam termasuk breakfast. |
Kami berjalan kaki menuju ke pusat bandar Kuwait untuk melihat suasana malam. Banyak juga bangunan tinggi di Kuwait , lebih banyak jika dibandingkan dengan bilangan bangunan tinggi di Riyadh. Kami juga sempat sampai ke bangunan tertinggi di Kuwait buat masa ini iaitu Al Hamra.
|
Di pintu masuk mall bangunan tertinggi di Kuwait - Al Hamra |
Berikut pemandangan dari tingkap bilik hotel pada waktu siang hari.
|
Kuwait City Centre |
|
Rumah orang Kuwait yang berhampiran dengan hotel |
|
Pagi yang sibuk |
|
Bangunan ini hampir sama dengan bangunan yang sedang dibina berhampiran
Owais Market, Riyadh. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan