Jumaat, 25 Januari 2019

Travelog Tunisia (12) - Naik Unta di Gurun Sahara




Kenangan paling indah di Douz ialah saat kami berpeluang menaiki unta. Ianya adalah impian yang lama tersimpan.



Menggenakan pakaian orang Badwi terlebih dahulu
Ini unta saya

Waah tinggi juga ni

Untaku lari kencang

Ehhh ada pengiring pula


Badwi Berber dengan Badwi Melayu


Kenangan
Nak laju kalau...boleh naik unta moden kat belakang tu.






zias/Tunisia/19

Khamis, 24 Januari 2019

Rasa Dapurku (297) - Kuih Cara Jagung


BismillahirRahmanirRahim




Kuih Cara Pandan dan Kuih Cara Berlauk memang biasa didengar. Apabila terlihat resepi Kuih Cara Jagung di ruang Telegram, nampak macam sedap aje. Apa lagi rasa semangat untuk mencuba. Sedap pula rasanya. Cubalah.

Resepi Kuih Cara Jagung
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat/ susu segar
3 cawan air
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna saffron ( boleh guna pewarna kuning)
1 susu besar minyak masak
1 biji telur
1 cawan isi jagung (segar atau yang dalam tin)
Gula perang  secukupnya (boleh guna gula putih)

Cara Membuatnya:
1.Masukkan semua bahan di atas kecuali jagung dan kisar dalam blender hingga sekata.Tapis.
2.Campurkan isi jagung dan kacau biar sekata.
3.Panaskan acuan bahulu, sapukan minyak dan tuang adunan di dalam acuan sehingga
   hampir penuh. Masukkan gula perang di tengahnya. Tutup dengan tutup periuk.
4.Biarkan sehingga masak dan keluarkan dari acuan. Ulang hingga habis adunan.
5.Jika mahu hasil yang lebih cantik, gunakan api perlahan.



Rasa Dapurku (296) - Kari Hijau Ayam


BismillahirRahmanirRahim





Masak Kari Hijau Ayam ala Thai ini ada banyak versi. Ada yang memasukkan daun selasih,
belacan, sos ikan dan terung pipit. Resepi yang aku sediakan ini agak mudah kerana tidak
menggunakan bahan-bahan tersebut. Ada warna hijau dan rasanya sedap. Seronok apabila 
pujian.

Resepi Kari Hijau Ayam
Bahan2:
Bahan Kisar(rempah)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
6 biji cili hijau (boleh campur cili padi jika nak pedas)
4 pokok daun ketumbar (bersama akarnya)
4 helai daun limau purut
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia


1/2  ekor ayam dipotong ikut saiz yang dikehendaki
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kari ayam jenama Adabi
1 keping asam gelugur
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 biji tomato
1 biji bawang besar (belah 4)
Garam
Gula
Minyak

Cara Membuatnya:
1.Panaskan kuali dan masukkan bahan yang dikisar bersama jintan manis, serbuk
   kari, asam gelugur,gula dan garam. Kacau hingga pecah minyak.
2.Masukkan santan pekat dan masak selama 5-6 minit sehingga pecah minyak.
3.Masukkan ayam dan air. Kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
4.Masukkan tomato yang dibelah  dan bawang besar. Perlahankan api dan biar hingga
   bawang lembut.Tutup api.



Khamis, 17 Januari 2019

Rasa Dapurku (295) - Kacang Tanah Goreng Masin


BismillahirRahmanirRahim



Hikmah tersalah beli kacang tanah yang sudah dikopek, akhirnya memaksa aku membuat sendiri kacang tanah goreng masin. Walau nampak mudah ianya memerlukan banyak peringkat. Namun hasilnya berbaloi, buat kunyah-kunyah saat memerlukannya. Resepi adalaah milik Nazira Abd Kader.

Resepi Kacang Tanah Goreng Masin
Bahan2:
1 kilogram kacang kopek 
10-20 ulas bawang putih dikisar halus untuk dijadikan pes (untuk perap)
10-20 ulas bawang putih dihiris halus (untuk goreng)
Garam secukup rasa
sedikit gula
Air secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng

Cara Membuatnya:
1.Kopek kacang menjadi dua , dibersihkan dan ditoskan.
2.Rebus air bersama 2 sudu besar pes bawang putih, garam dan gula hingga mendidih.
3.Masukkan kacang dan rebus lebih kurang 3  minit dan tutup api. Biarkan kacang dalam
   air rebusan kira-kira 10 minit.Toskan.
4.Gaul kacang tadi bersama baki pes bawang putih dan garam secukup rasa sehingga rata.
   Perap semalaman.




5.Panaskan minyak kemudian kecilkan api. Masukkan kacang tanah tetapi jangan
   terlalu banyak untuk menghasilkan kacang yang rangup.
6.Apabila kacang sudah separuh masak masukkan bawang putih yang dihiris dan
   goreng hingga kacang garing/rangup.
7.Angkat dan toskan. Ulang hingga semua habis.Simpan di dalam bekas kedap udara.

Sabtu, 12 Januari 2019

Travelog Tunisia (11) - Tozeur - Douz




Hari ketiga di Selatan Tunisia, kami meneruskan perjalanan ke Douz yang terletak di Gurun Sahara. Pemandangan kebun kurma yang sedang lebat berbuah dapat dilihat di kiri dan kanan jalan.



Kawasan untuk  bergambar kenangan



Ada gerai, garam pun ada dijual



Masjid pun comel je


Sebelum sampai di Douz, kami dibawa ke sebuah struktur lama seperti sebuah kilang. Ianya berfungsi untuk menyejukkan air panas dari perut bumi (hot spring). Air tersebut kemudiannya dialirkan ke kawasan ladang. 



Sempat bergambar.

Di Douz, kami menerima jemputan makan tengahari oleh rakan Dr Hamadi bernama Mr Abdullah.

Dr Abdullah menjemput kami dengan keretanya

Hidangan yang enak, masih teingat hingga saat ini

Terima kasih Puan Fatma




Hotel di Douz







zias/Tunisia/2019

Jumaat, 11 Januari 2019

Rasa Dapurku (294) - Sambal Ikan Kerisi Goreng



BismillahirRahmanirRahim




Ikan bersaiz kecil memang sesuai digoreng sahaja untuk dimakan bersama nasi yang panas. Lebih sedap jika ikan tersebut dikelar banyak-banyak di bahagian badannya. Namun kadang-kadang terputus idea juga untuk masak ikan yang kecil ni. Kali ini aku mencuba resepi yang direka sendiri, kebetulan banyak pula stok cili merah. Sedap pula rasanya, bolehlah dikongsikan di sini.

Resepi Sambal Ikan Kerisi Goreng
Bahan2:
5 ekor Ikan Kerisi
5-6 tangkai cili merah*
3 batang serai*
1 biji bawan besar*
2 ulas bawang putih*
Bahan bertanda * dikisar halus
2 helai daun limau purut
Kunyit serbuk
Garam
Gula
Minyak masak

Cara Membuatnya:
1.Bersihkan ikan dan kelar pada badannya. Lumurkan dengan kunyit dan garam.Goreng hingga       
   masak.
2.Keluarkan sedikit minyak  masak  dan masukkan bahan yang dikisar hingga naik bau. Guna
   api sederhana.
3.Masukkan sedikit air, garam, daun limau purut dan gula secukup rasa. Kacau sehingga
   agak pekat  dan rata.Tutup api.




Rasa Dapurku (293) - Sup Daging Thai



BismillahirRahmanirRahim





Sungguh tidak disangka mudah sangat menyediakan Sup Daging ala-ala Thai ni. Bukan sahaja rasanya sedap bahkan menyihatkan pula kerana tidak perlu guna minyak untuk menumis. Aku cukup suka menghirup kuah sup tulang yang panas dengan rasa pedas, masam dan masin hingga ketitisan terakhir jika makan di kedai.

Resepi ini aku ambil dari Blog Fiza's Cooking dan alhamdulillah menepati ciri-ciri yang dicari.

Resepi Sup Daging Thai
Bahan2:
Rempah ratus
3 biji buah pelaga
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar serbuk lada putih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 akar ketumbar - diketuk

1 kilogram daging 
5 biji cili padi
1 biji tomato
1 inci halia - diketuk
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 labu bawang holland - dihiris
1 batang celery - dipotong pendek
2 liter air
Garam secukupnya
Bawang goreng 

Cara Membuatnya:
1.Daging dipotong ikut saiz yang disukai dan dibersihkan. Rebus dengan api sederhana 
   sehingga empuk. Aku guna pressure cooker memerlukan masa lebih kurang 45 minit.
2.Masukkan semua rempah ratus dan renih lagi.
3.Masukkan bawang holland, batang celery dan tomato, renih lagi.
4.Akhir sekali masukkan cili padi dan garam secukup rasa
5.Perahkan limau dan taburkan bawang goreng ketika dihidangkan.





Sabtu, 5 Januari 2019

Rasa Dapurku (292) - Kuih Tepung Boko Ubi Kayu



BismilahirRahmanirRahim




Sejenis kuih yang menjadi viral di laman FB sepanjang cuti sekolah 2018. Teringin pula untuk merasanya, pasti sedap sebab ada ubi kayu di bawahnya. Berasal dari Kelantan rupanya kuih ini tapi kenapa nama Boko?

Kebetulan ada sedikit ubi kayu yang sudah siap diparut lebihan kuih talam ubi kayu yang aku  buat minggu lepas. Bahan-bahan lain pun memang sudah ada dalam simpanan, boleh buat untuk berbuka puasa. 

Rasanya memang sedap, lebih-lebih lagi selepas ianya disejukkan. Nyaman je apabila melalui ruang tekak. Ada 3 warna pilihan iaitu warna gula merah, hijau atau kuning. Resepi diambil dari Zaimah Zakaria yang diambil dari FB Masak Apa Hari Ini dengan sedikit ubah suai.

Resepi Kuih Tepung Boko Ubi Kayu
Bahan2:

Bahagian bawah
1 cawan ubi kayu yang diparut 
1 cawan gula merah*
1 cawan air*
1 helai daun pandan*

Cara Membuatnya:
1.Bahan * dimasak hingga gula larut, ditapis dan disejukkan.
2.Campurkan ubi kayu dan bahan *, gaul supaya rata.
3.Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan kukus hingga masak (25 minit)
   ATAU masak di dalam kuali sambil dikacau sehingga masak.

Siap kukus
Kepala santan (atas)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
3 susu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula (pilihan)

Cara Membuatnya:
1.Masukkan semua bahan di atas ke dalam sebuah periuk. Kacau supaya semua larut
   dan sebati.
2.Masak dengan api perlahan sambil dikacau sehingga pekat.
3.Tuang di atas bahagian ubi kayu tadi.
   ATAU sendukkan bahagian ubi kayu ke dalam mangkuk dan tuang kepala santan ketika
              mahu makan.


Boleh simpan dalam peti sejuk.....


Khamis, 3 Januari 2019

Travelog Tunisia (10) - Lokasi Filem Star Wars, Mos Espa.






Relaks je unta tu


Jom tengok apa yang ada.


Kempen memelihara kawasan ini giat dijalankan

Salah satu rumah di lokasi


Bahagian luar lokasi





Rasa Dapurku (291) - Kentang Putar



BismillahirRahmanirRahim



Selamat Tahun baru 2019 buat semua tetamu Memory Ziasaf. Semoga tahun ini lebih 
banyak resepi yang dapat dimuatkan di ruang Rasa Dapurku. 

Kali ini aku mahu berkongsi resepi kentang putar. Sekian lama mencuba beberapa resepi, rasanya yang ini terbaik hasilnya. Sedap dan agak mudah untuk disediakan. Resepi ini diambil dari FB Cik Lyns Kitchen.

Resepi Kentang Putar
Bahan2:

Untuk Kentang Putar
8 biji kentang
1 cawan susu segar
2-3 sudu besar  mentega
Sedikit lada sulah dan lada hitam

Cara Membuatnya:
1.Kentang dibuang kulit dan dipotong.Kukus sehingga empuk.Angkat.
2.Lenyek kentang dan masukkan mentega sambil dikacau(ketika kentang masih panas)
3.Masukkan lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
4.Masukkan susu sedikit demi sedikit  sambil dikacau sehingga rata dan halus.
   Masukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Untuk Sos
1 biji bawang kuning (Holland) dipotong dadu
2 ulas bawang putih dipotong dadu
3-4  sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Serbuk lada hitam dan lada sulah
2 1/2 cawan air rebusan ayam
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
   Goreng sehingga menjadi warna perang.
2.Masukkan tepung gandum sambil kacau sehingga tepung menjadi warna coklat.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga semuanya sebati.
4.Masukkan semuanya ke dalam blender, kisar hingga semuanya halus.
5.Masak balik dengan api sederhana, masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan
   garam secukupnya.Kacau kuah sehingga rata dan pekat seperti yang dikehendaki.





Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...