BismillahirRahmanirRahim
Selamat Tahun baru 2019 buat semua tetamu Memory Ziasaf. Semoga tahun ini lebih
banyak resepi yang dapat dimuatkan di ruang Rasa Dapurku.
Kali ini aku mahu berkongsi resepi kentang putar. Sekian lama mencuba beberapa resepi, rasanya yang ini terbaik hasilnya. Sedap dan agak mudah untuk disediakan. Resepi ini diambil dari FB Cik Lyns Kitchen.
Resepi Kentang Putar
Bahan2:
Untuk Kentang Putar
8 biji kentang
1 cawan susu segar
2-3 sudu besar mentega
Sedikit lada sulah dan lada hitam
Cara Membuatnya:
1.Kentang dibuang kulit dan dipotong.Kukus sehingga empuk.Angkat.
2.Lenyek kentang dan masukkan mentega sambil dikacau(ketika kentang masih panas)
3.Masukkan lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
4.Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga rata dan halus.
Masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
Untuk Sos
1 biji bawang kuning (Holland) dipotong dadu
2 ulas bawang putih dipotong dadu
3-4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Serbuk lada hitam dan lada sulah
2 1/2 cawan air rebusan ayam
Garam secukupnya
Cara Membuatnya:
1.Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
Goreng sehingga menjadi warna perang.
2.Masukkan tepung gandum sambil kacau sehingga tepung menjadi warna coklat.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga semuanya sebati.
4.Masukkan semuanya ke dalam blender, kisar hingga semuanya halus.
5.Masak balik dengan api sederhana, masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan
garam secukupnya.Kacau kuah sehingga rata dan pekat seperti yang dikehendaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan