BismillahirRahmanirRahim
Sungguh tidak disangka mudah sangat menyediakan Sup Daging ala-ala Thai ni. Bukan sahaja rasanya sedap bahkan menyihatkan pula kerana tidak perlu guna minyak untuk menumis. Aku cukup suka menghirup kuah sup tulang yang panas dengan rasa pedas, masam dan masin hingga ketitisan terakhir jika makan di kedai.
Resepi ini aku ambil dari Blog Fiza's Cooking dan alhamdulillah menepati ciri-ciri yang dicari.
Resepi Sup Daging Thai
Bahan2:
Rempah ratus
3 biji buah pelaga
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar serbuk lada putih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 akar ketumbar - diketuk
1 kilogram daging
5 biji cili padi
1 biji tomato
1 inci halia - diketuk
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 labu bawang holland - dihiris
1 batang celery - dipotong pendek
2 liter air
Garam secukupnya
Bawang goreng
Cara Membuatnya:
1.Daging dipotong ikut saiz yang disukai dan dibersihkan. Rebus dengan api sederhana
sehingga empuk. Aku guna pressure cooker memerlukan masa lebih kurang 45 minit.
2.Masukkan semua rempah ratus dan renih lagi.
3.Masukkan bawang holland, batang celery dan tomato, renih lagi.
4.Akhir sekali masukkan cili padi dan garam secukup rasa
5.Perahkan limau dan taburkan bawang goreng ketika dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan