Jumaat, 31 Disember 2021

Kenangan Manis Tahun 2021



BismillahirRahmanirRahim


Tinggal beberapa jam sahaja lagi, tahun 2021 bakal melangkah pergi meninggalkan kita. Sebelum ianya berlalu pergi, ingin saya kongsikan antara peristiwa manis yang berlaku pada tahun ini.

Satu daripadanya ialah peluang untuk buku saya berada di rak reruai sempenan Pesta Buku Selangor 2021 yang berlangsung di SACC Shah Alam. Sebelumnya saya telah dimaklumkan mengenainya oleh CEO Kasi Terbit iaitu Rohaniah Noor dan Puan Syarifah dari Syarikat NHR Network Marketing S/B.



Sempatlah saya berkunjung ke sana pada 03122021, seronoknya seolah terubat rasa rindu untuk hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sudah lama tertangguh.Ada komitmen lain yang tidak membolehkan saya berada lebih lama. Banyak reruai lain yang tidak sempat untuk dilawati. 

Tujuan utama kehadiran saya pasti untuk ke reruai P18 , milik Kasi Terbit. Ada buku-buku travelog saya untuk dijual. Jutaan terima kasih buat CEOnya, Rohaniah Noor  yang sudi untuk mempromosikan buku-buku tersebut. Empat buku travelog tersebut juga ada di booth H41, milik NHR Network Marketing S/B.

Ada diskaun tau.

Tara...inilah buku-buku saya.

Sempat promo buku untuk FB

Banyak buku travelog kat sini.

Kenangan bersama Rohaniah Noor

Sebelahnya ada buku Antologi Legasi Abah...bertambah suka la saya.

Reruai NHR, syarikat yang membantu saya untuk promosi ke perpustakaan.

Ya... saya sungguh terharu dengan pencapaian ini. Saya sudah tulis dan terbitkan empat buku travelog. Dan buku-buku tersebut sedang berada di Pesta Buku Selangor. Alhamdulillah. Terus terang... ianya tidak pernah saya jangkakan akan berlaku. Ini adalah kali pertama buku-buku saya berada di pesta buku. Sukanya.

Semoga ada rezeki untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pula. Insya-Allah. Aamiin. Semua yang berlaku dengan izin Allah jua. Dan pastinya dengan sokongan sahabat pembaca yang sudi membelinya. Jika tiada pembeli mana mungkin saya mampu terbitkan empat buku ini. Diharap sahabat tidak serik untuk terus beli buku yang ditulis. Bolehlah saya terbitkan buku kelima pula, insya-Allah.

Antara momen yang sempat dirakamkan di Pesta Buku Selangor.



Reruai Nuha Books






Pencapaian kedua yang juga memberi makna buat saya ialah apabila buku Travelog Arab Saudi : Winter D'Riyadh menerima anugerah Dana Penulis  2021. 507 naskah buku ini telah dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengisi rak-rak buku di Perpustaan Desa seluruh negara. Ya Allah, impian menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

Hantar buku ke PNM, Kuala Lumpur.

Pencapaian ketiga juga amat  bernilai buat saya apabila Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah membeli kesemua buku-buku yang ada karya saya. Ianya amat mengujakan apabila kesemua buku antologi dari Malaysia dan Indonesia turut diborongnya. Pengarah PPAPP telah mengambil langkah yang terpuji kerana menghargai hasil karya anak negeri. Saya menanti saat yang sesuai untuk ke PPAPP untuk menyampaikan ucapan terima kasih. Insya-Allah.
Karya saya sehingga tahun 2021


Boleh baca karya saya di PPAPP




Ini pula adalah komen CEO, Rohaniah Noor mengenai buku travelog saya yang disiarkan melalui FBnya.



Pagi ni puan Fauziah Abdul Hamid datang ke booth P18 Kasi Terbit. Dia penulis empat buah buku travelog. Winter D'Riyadh, Syurga di Wajah Queenstown, Travelog Tunisia, Memburu Salju di Sarajevo.

Saya kagum dengan buku-buku travelog puan Fauziah ni. Sebabnya, walaupun dia self publish, tapi kualiti buku dia macam hasil penerbit professional. Cover cantik, layout cantik. Editing pun bagus.

Tak hairan la ada beberapa perpustakaan order buku-buku tulisan dan terbitan Puan Fauziah ni. Dana Penulis pun ada dapat. Dia sendiri yang usahakan dan approach library-library ni tau. Power.

Jadi, kawan-kawan yang self publish buku. Jangan compromisekan kualiti design dan editing buku kita ya. Jangan kedekut spend duit bayar designer dan editor yang bagus. Jangan hanya guna powerpoint dengan gaya slide presentation. Kalau guna word pun, pastikan margin dan spacing selesa dan tak cramp ya.



 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2022 BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI. TERIMA KASIH.

Khamis, 30 Disember 2021

TRAGEDI BANJIR 2021

BismillahirRahmanirRahim





Banjir besar yang berlaku di Selangor dan seluruh negara baru-baru ini begitu mengejutkan semua pihak. Mengalir air mata tatkala melihat rakaman video melalui Youtube terutama situasi banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam dan Hulu Langat. Kejadian banjir berlaku akibat hujan yang berterusan selama tiga hari, bermula pada 17 Disember sehingga 19 Disember. Setakat ini telah mengorbankan 48 nyawa dan lima yang masih hilang.

Amaran sudah dikeluarkan namun tiada persediaan,


Amat menyedihkan apabila mangsa banjir tidak dapat diselamatkan lebih awal dan terpaksa bertahan selama beberapa hari di tempat kejadian. Kelihatan rumah-rumah setingkat dinaiki air sehingga ke paras bumbung. Mereka terpaksa menyelamatkan diri berada di atas bumbung yang tidak dinaiki air dalam keadaan sejuk dan lapar.





Alhamdulillah penduduk di taman perumahan saya begitu prihatin akan kejadian banjir ini. Laman WhatsApp begitu aktif menyampaikan berita berkaitan banjir dengan info terkini. Gerakan untuk membantu dilancarkan seawal 19 Disember, ianya dianjurkan oleh individu, kumpulan tertentu, persatuan penduduk, yayasan dan NGO. 

Syukur yang tidak terhingga, walaupun kami tidak begitu kenal dan jarang bertemu. Kesedihan dan keinginan untuk membantu terutama untuk penduduk kawasan Hulu Langat begitu menebal. Disebabkan mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang jadi bantuan berbentuk pakaian dimohon segera  disamping bantuan kewangan.

Ada individu yang terlibat secara terus memohon selimut, bantal, tuala, toto, kain batik, kain pelikat dan telekung. Sesetengah situasi, apa yang ada selagi elok dan tidak koyak rabak kami hulurkan kerana ianya amat diperlukan. Biarlah untuk sementara, menanti bantuan yang lebih baik dengan yang baharu dibeli nanti.

Dalam hal ini saya amat sedih kerana tidak memiliki stok kain batik untuk diberi. Sebab saya memang tak pakai kain batik di rumah, asyik terjatuh sahaja. Walaupun nampak kain batik ni murah dan biasa sahaja namun di saat kecemasan ianya amat diperlukan. Kebetulan ada iklan di FB yang menjual kain batik dari Terengganu dengan harga yang berpatutan. Saya tidak melepaskan peluang untuk membeli dan simpan buat masa akan datang.

Pastinya saya teramat sedih melihat kerosakan yang berlaku akibat banjir terutama di Hulu Langat. Tempat ini begitu dekat dengan kami kerana kami kerap ke sana sebelum PKP. Kami akan beli kuih putu piring di pekan Batu 18 kemudian duduk berhampiran sungai untuk menikmatinya kewaktu ianya masih panas. Sehingga hari ini saya tidak ke sana lagi, antara alasannya ialah tidak mahu menganggu keadaan jalan yang masih sibuk.









Banjir lumpur ni.


Bantuan untuk membersihkan rumah dihulurkan.

Semoga mangsa banjir tabah.


Antara langkah berjaga-jaga selepas banjir.

Walau apa punca kejadian banjir besar ini, ramai yang berpendapat kita kena jaga kita. Pelbagai isu yang timbul yang menyebabkan ramai merasa tidak puas hati. Sebagai individu, kita juga perlu membuat persediaan awal. Banyak tulisan yang dikongsikan apakah persediaan yang mesti ada. Antaranya adalah beg keselamatan serta isinya. Idea yang bagus.


Letak di tempat yang mudah dilihat dan dicapai.


Ada lagi :-

- Jika mampu beli bot atau life jacket
- Jika disuruh pindah, ikut sahaja pasukan penyelamat. Jangan berlengah.
- Takaful rumah dan kenderaan yang meliputi kejadian bencana alam seperti banjir.
- Ambil perhatian ramalan kaji cuaca.
- Saling menjaga kebersihan kawasan perumahan terutama sampah agar tidak menghalang    aliran air.
- Kenal pasti tempat selamat dan tempat perlindungan jika berlaku bencana.
-Jangan redah air banjir kerana kedalamannya tak dapat dijangka.
- Bekalan makanan kering mesti sentiasa ada terutama jika musim banjir.
- Sebaiknya ada ilmu menyelamat agar dapat menyelamatkan orang lain.

Didoakan mangsa banjir diberi kemudahan untuk pulih kembali walaupun dilaporkan ada rumah yang telah hanyut. Besar sungguh ujian buat mereka.


 

Ahad, 19 Disember 2021

Rasa Dapur KakJee (404) - Sup Cendawan Tiram

BismillahirRahmanirRahim



Didoakan semua rakyat Malaysia yang terlibat dengan banjir agar diberi kekuatan untuk menghadapi ujian kali ini. Walau dimana juga mereka berada kita doakan agar diganti apa juga yang hilang dengan yang lebih baik. Jika berpeluang menghulurkan bantuan dari segi kewangan atau tenaga, itulah yang terbaik. Tidak perlu menyindir atau memberi nasihat yang bukan-bukan.

Sudah tiga hari rasanya hujan turun tanpa berhenti, sekejap lebat kemudian perlahan. Suhu pun terasa sejuk, terasa nak makan sup hari-hari. Semalam KakJee buat sup ikan tenggiri, hari ni buat sup cendawan pula. Kebetulan suami beli cendawan tiram agak banyak, satu pek besar. Jom tengok resipinya.

Resipi Sup Cendawan Tiram.
Bahan-bahan:
1/2 pek cendawan tiram (250g)
1 pek baby corn
Sedikit lobak merah
Bebola ikan
4 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar dibelah 4
1 sup bunjut jenama  Adabi
Sedikit cili padi
Sedikit daun bawang-dihiris
Sedikit daun sup- dihiris
Garam secukupnya
1 sudu minyak zaitun
Sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya
1.Panaskan minyak dan masukkan bawang puith. Kacau sehingga sedikit kekuningan. Masukkan bawang besar dan lobak merah. Kacau sekejap dan masukkan air secukupnya.
2.Masukkan bunjut sup dan biarkan mendidih. Masukkan pula garam, jagung, cili padi dan bebola ikan.
3.Setelah lobak merah dan jagung lembut, masukkan cendawan tiram. Kacau sehingga mendidih dan tutup api.
4.Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
 


Selamat mencuba.

Sabtu, 18 Disember 2021

Visit My Malaysia - The Top Penang.

BismillahirRahmanirRahim




Tak rancang pun nak ke The Top Penang namun terjebak juga.

Rancangan asal untuk ke Penang 3D Trick Art Museum, kena ikut jiwa muda mudi. Malangnya susah betul nak cari ruang parkir kereta.

"Kita letak kereta kat Komtar dan jalan kaki."

Tingkat demi tingkat kami naiki, ruang parkir kereta di kebanyakan paras tiada ruang kosong. Semakin tinggi asyik nampak papan tanda The Top.

"Kita pi The Top la." Ada yang beri cadangan tapi tak ingat siapa...hihi.

RM78.00 seorang rasanya dengan pakej untuk ke Rainbow Skywalk, Jurassic Park dan The Top Boutique Aquarium. Rezeki ada kad pencen, dapatlah diskaun 10%. Syukur.

Ada petugas yang mengiringi kami untuk ke tingkat 65. Di sini kami disuruh relax2 sambil lihat pemandangan sekitar Penang melalui cermin.  Boleh try rasa gayat ke tak sebab ada cermin untuk lihat pemandangan ke bawah.  Bolehlah pijak cermin tu dan rasa dulu.

Bila giliran tiba, kami diiringi sekali lagi untuk ke tingkat 68, kat bumbung Komtar tu la. View memang cantik tambahan pula cuaca waktu tu cerah dengan sinaran matahari atas kepala.

Jujurnya saya berjalan di atas glass walk tu untuk ambil gambar je. Memang tak pandang le pemandangan dari situ. Berdebar pun ado.

Tiba-tiba, ada sorang mamat berbadan agak besar menghentak-hentakkan kakinya di atas cermin tu. Nak ujian kekuatan cermin tu kot. Gegaran terasa sebab kawasan bercermin tu taklah luas mana.

"Awak buat apa tu bro...bahaya." Tegur suami.

"Ni bukan tempat nak buat lawak lah!" Saya pula keluarkan suara bekas cikgu yang sudah lama tersimpan.

Mamat tu pun berlalu. Kami pun cepat2 ambil gambar dan keluar...huuh panik sekejap.

Bagi yang mahu mencabar keberanian diri, boleh ke The Top Penang yang terletak di Komtar.
Sesekali biaq rasa seriau sikit, test jantung.

Jom layan gambar.

Perlu naik lif dua kali.


Sekitar Observatory Deck.

Tinjau pemandangan ikut cermin besar.

Nampak kawasan tambak laut.

Area Padang Kota Lama kot.

Nampak sebahagian dari Bukit Bendera

Ada cermin untuk lihat suasana di bawah

Boleh pijak cermin ni dan cuba try...gayat tak sebelum naik yang kat ataih tu.

Nampak Jambatan 1

Kedai dan perumahan sekitar Komtar dan Penang Road

Pelabuhan Pulau Pinang

The Top / Tingkat 68

Sebaik keluar kita nampak restoran.

View dari sini lagi best...360 darjah.

Panaih lit-lit


Pokok tiruan ni.

Pengunjung tak ramai.


Ruang santai

Laluannya

Laluannya

Laluannya

Pemandangan bawah tanpa cermin

Jom... pelan-pelan jalan.

Mau senyum pun suspen

Beraninya

Ada alas kasut khas untuk dipakai.

Tu haah...cer tengok

Lega...boleh senyum.

Masjid Kapital Keling dilihat dari The Top.

Selesai urusan di The Top, terus turun makan tengahari di A&W. Lepas tu tengok dinasour pulak, uiih banyak betul. Pelbagai bentuk dan saiz ada, siap ada bunyi lagi. Memang terbaik.

Tu dia.

Banyak sungguh.

Akuariumnya tidak begitu besar tapi okey lah,






Lepas tu kami terus melalui sekitar pantai, ke Batu Ferringhi seterusnya ke Balik Pulau. Pusing satu pulau kemudian menaiki Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shahuntuk balik ke Taman Markisa. Letih juga.


Bye Penang...semoga jumpa lagi.

 


16112021
#thetoppenang
#cutipenang

Ramadan Mubarak 1445H/2024M

BismillahirRahmanirRahim   Assalamualaikum. Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan ber...