Jumaat, 31 Disember 2021

Kenangan Manis Tahun 2021



BismillahirRahmanirRahim


Tinggal beberapa jam sahaja lagi, tahun 2021 bakal melangkah pergi meninggalkan kita. Sebelum ianya berlalu pergi, ingin saya kongsikan antara peristiwa manis yang berlaku pada tahun ini.

Satu daripadanya ialah peluang untuk buku saya berada di rak reruai sempenan Pesta Buku Selangor 2021 yang berlangsung di SACC Shah Alam. Sebelumnya saya telah dimaklumkan mengenainya oleh CEO Kasi Terbit iaitu Rohaniah Noor dan Puan Syarifah dari Syarikat NHR Network Marketing S/B.



Sempatlah saya berkunjung ke sana pada 03122021, seronoknya seolah terubat rasa rindu untuk hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sudah lama tertangguh.Ada komitmen lain yang tidak membolehkan saya berada lebih lama. Banyak reruai lain yang tidak sempat untuk dilawati. 

Tujuan utama kehadiran saya pasti untuk ke reruai P18 , milik Kasi Terbit. Ada buku-buku travelog saya untuk dijual. Jutaan terima kasih buat CEOnya, Rohaniah Noor  yang sudi untuk mempromosikan buku-buku tersebut. Empat buku travelog tersebut juga ada di booth H41, milik NHR Network Marketing S/B.

Ada diskaun tau.

Tara...inilah buku-buku saya.

Sempat promo buku untuk FB

Banyak buku travelog kat sini.

Kenangan bersama Rohaniah Noor

Sebelahnya ada buku Antologi Legasi Abah...bertambah suka la saya.

Reruai NHR, syarikat yang membantu saya untuk promosi ke perpustakaan.

Ya... saya sungguh terharu dengan pencapaian ini. Saya sudah tulis dan terbitkan empat buku travelog. Dan buku-buku tersebut sedang berada di Pesta Buku Selangor. Alhamdulillah. Terus terang... ianya tidak pernah saya jangkakan akan berlaku. Ini adalah kali pertama buku-buku saya berada di pesta buku. Sukanya.

Semoga ada rezeki untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pula. Insya-Allah. Aamiin. Semua yang berlaku dengan izin Allah jua. Dan pastinya dengan sokongan sahabat pembaca yang sudi membelinya. Jika tiada pembeli mana mungkin saya mampu terbitkan empat buku ini. Diharap sahabat tidak serik untuk terus beli buku yang ditulis. Bolehlah saya terbitkan buku kelima pula, insya-Allah.

Antara momen yang sempat dirakamkan di Pesta Buku Selangor.



Reruai Nuha Books






Pencapaian kedua yang juga memberi makna buat saya ialah apabila buku Travelog Arab Saudi : Winter D'Riyadh menerima anugerah Dana Penulis  2021. 507 naskah buku ini telah dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengisi rak-rak buku di Perpustaan Desa seluruh negara. Ya Allah, impian menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

Hantar buku ke PNM, Kuala Lumpur.

Pencapaian ketiga juga amat  bernilai buat saya apabila Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah membeli kesemua buku-buku yang ada karya saya. Ianya amat mengujakan apabila kesemua buku antologi dari Malaysia dan Indonesia turut diborongnya. Pengarah PPAPP telah mengambil langkah yang terpuji kerana menghargai hasil karya anak negeri. Saya menanti saat yang sesuai untuk ke PPAPP untuk menyampaikan ucapan terima kasih. Insya-Allah.
Karya saya sehingga tahun 2021


Boleh baca karya saya di PPAPP




Ini pula adalah komen CEO, Rohaniah Noor mengenai buku travelog saya yang disiarkan melalui FBnya.



Pagi ni puan Fauziah Abdul Hamid datang ke booth P18 Kasi Terbit. Dia penulis empat buah buku travelog. Winter D'Riyadh, Syurga di Wajah Queenstown, Travelog Tunisia, Memburu Salju di Sarajevo.

Saya kagum dengan buku-buku travelog puan Fauziah ni. Sebabnya, walaupun dia self publish, tapi kualiti buku dia macam hasil penerbit professional. Cover cantik, layout cantik. Editing pun bagus.

Tak hairan la ada beberapa perpustakaan order buku-buku tulisan dan terbitan Puan Fauziah ni. Dana Penulis pun ada dapat. Dia sendiri yang usahakan dan approach library-library ni tau. Power.

Jadi, kawan-kawan yang self publish buku. Jangan compromisekan kualiti design dan editing buku kita ya. Jangan kedekut spend duit bayar designer dan editor yang bagus. Jangan hanya guna powerpoint dengan gaya slide presentation. Kalau guna word pun, pastikan margin dan spacing selesa dan tak cramp ya.



 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2022 BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI. TERIMA KASIH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...