Paling kurang setahun sekali kami akan ke Kuala Perlis, menziarahi Mak Teh, adik ayah. Disebabkan pandemik Covid-19, dua tahun lebih kami tertinggal peluang tersebut. Sebaik dapat balik ke kampung di Seberang Perai, kami pun ke sana pada 12 November 2021.
Kebiasaannya, kami bertiga ke sana waktu pagi dan akan makan tengahari di rumah sepupu. Memang kena bersedia dengan seafood seperti ketam rebus, udang goreng dan ikan bakar. k
Kali ni ada kerabu perut pula yang sedap sangat. Lupakan dulu ya, diet ke, kolesterol tinggi ke. Tak makan sangat rugi sebab semuanya fresh.
Alhamdulillah Teh masih sihat di usia 85. Semoga dipanjangkan usia dalam kasih sayang dan rahmat Allah. |
Kat rumah sepupu Abdul Aziz Daud. |
Dalam perjalanan balik, kami singgah di masjid yang baru dirasmikan. Seluruh bumi Perlis dipenuhi dengan pemandangan sawah padi yang kehijauan, Nampak cantik pula.
Mercu tanda baharu di Kuala Perlis - Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail |
"Kita tak pernah melawat tempat lain di Perlis kan?" Tiba-tiba aku bersuara.
"Yalah selalu mengejar masa. Datang sehari mana sempat nak pi mana-mana," Ujar suamiku.
"Tulah selalu macam tu kan, best nampak Perlis ni. Bila la boleh mai lagi," aku merasa agak kecewa.
"Kita datang balik la hari Selasa." Suamiku memberi cadangan.
Kami singgah sebentar di rumah abangku yang terletak di Kuala Kedah. Selepas makan laksa Teluk Kecai dan pelbagai kuih yang sedap-sedap, terasa letih pula lalu kami bermalam saja kat situ. Kakak iparku memberi baju dan keperluan lain untuk dipakai kerana kami memang sehelai sepinggang. Maklumlah, ingatkan nak balik hari.
"Saya nak cari homestay kat Kangar, kita pi esoklah ke Perlis," Tiba-tiba suamiku memberi idea, malamnya.
"Boleh juga, tak payah datang balik," balasku.
"Habis ... baju awak dan Safffura macam mana?"
"Pagi esok kita pi Pekan Rabu, cari baju." Bagus juga idea aku ni...hihi.
****************************
Keesokannya, kami bertolak selepas sarapan. Pekan Rabu yang ada ni telah dibuat ubah suai dan kami belum sampai lagi. Kami parkir kereta di luar bangunan dan berjalan kaki untuk ke sana.
Dah sampai |
Kena panjat tangga sebab parkir kat luar. |
Lebih kurang macam yang lama, bertingkat. |
Baju, tudung untuk perempuan kat lantai paling bawah. Tapi mahal la. |
Yang ni pun menarik juga. |
Pakaian lelaki banyak kat tingkat 1. |
Tingkat paling atas jual makanan. |
Pulut hitam dan beras nasi dagang antara yang dicari. |
Ni my febret... sedapnya la hai kuih karas ni. |
Dah lama cari, rembat sebiji. RM65.00 |
Selepas beli baju, kami terus checkin kat homestay yang ditempah di Kangar, Perlis. Memang puas hari dengan homestay ni, seperti rumah sendiri. Lengkap semuanya dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Rumah semid setingkat. |
Sambung ya, insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan