Jumaat, 7 Januari 2022

Rasa Dapur KakJee (405) - Crunchy Garlic Bread

BismillahirRahmanirRahim


Crunchy Garlic Bread ni amat sesuai untuk dijadikan makanan ringan menggantikan makanan ringan yang tidak sihat atau junk food. Menyihatkan sebab ada bawang putih serta sedikit sayuran.

Idea untuk menyediakannya timbul apabila kerap kali roti putih jenama Gardenia yang dibeli tidak pernah habis. Pasti ada sahaja yang terpaksa dibuang atau diberi kepada ikan di tasik berdekatan dengan rumah.

Kini, tak perlu risau lagi sebab memang laku keras. Sekejap sahaja dah licin, lagi pula boleh simpan lama di dalam bekas kedap udara. Untuk lebih sihat boleh guna roti wholemeal. 

Resipi Crunchy Garlic Bread
Bahan-bahan

1 bungkus roti putih
30 gm mentega
2 sudu besar bawang putih yang disagat halus
Sedikit daun ketumbar/sup dihiris (atau  parsley kering)
Sedikit garam

Cara Membuatnya
1.Gaul semua bahan di atas kecuali roti sehingga sebati.
2.Buang bahagian tepi roti dan potong kepada tiga bahagian.
3.Sapukan dengan bahan yang disediakan tadi sehingga rata.


4.Bakar pada suhu 170 - 175 darjah celcius sehingga berwarna perang. Lebih perang, lebih rangup.
5.Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.



Selamat mencuba.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...