Rabu, 31 Ogos 2022

Travelog Thailand - Sehari di Bumi Siam

BismillahirRahmanirRahim


25 Ogos 2022 (Khamis)

Walaupun sudah menjejaki 33 buah negara, aku tidak pernah ke negara jiran ini. Sebaliknya negara jiran yang satu lagi iaitu Singapura, sudah tiga kali kami ke sana. Sekali dengan membawa kereta sendiri, dua kali lagi dengan menaiki bas awam dari Johor Bahru.

Setelah terkurung sekian lama akibat PKP, tergerak pula hati untuk ke Thailand. Rancangan asal dengan mengikuti rombongan sahabat baik iaitu Puan Hjh Siti Hajar Mat Isa. Namun ada masalah pula berkaitan cuti Saffura. Hasrat untuk ke Krabi selama tiga hari dua malam terkubur.

Kemudian aku meminta tolong sepupu, Tuan Hj Abdul Aziz untuk carikan saudaranya yang boleh bawa kami ke sana hanya untuk satu hari. Cukuplah untuk aku melihat suasana kehidupan masyarakat negara jiran tersebut. Jadi Hatyai dan Songkhla menjadi pilihan kerana jaraknya yang agak dekat dengan sempadan.

Rancangan dibuat untuk ke sana sewaktu bercuti di kampung, Pulau Pinang pada 23 Ogos. Dari rumah kakak Aishah kami bertolak ke Alor Setar untuk bermalam di rumah abang aku, Mohd Kamis. Jadi lebih mudah perjalanan kami nanti. 

Malangnya cermin kereta di bahagian tempat duduk belakang retak seribu, entah di mana dan bila kejadian berlaku. Tidak ada pilihan, aku membatalkan hasrat ke sana kerana perlu ganti cermin tersebut terlebih dahulu. Takkan nak bawa kereta ke sana dalam keadaan begitu. Jadi aku terpaksa membatalkan niat tersebut. Taambahan pula saudara sepupu ada hal pada hari Rabu.

Kecewa betul!

Pun begitu kami tidak berputus asa untuk terus mencari jalan ke sana. Akhirnya anak saudara Mohd Ameer membantu dengan mencari agen pelancongan dan menghubunginya.

Kami ke pejabat OBI Travel & Holidays Sdn. Bhd yang terletak di Kuala Kedah pada 23 Ogos, sebaik urusan menukar cermin kereta selesai. Sekitar pukul 11:00 pagi. Perbincangan dibuat dengan pemiliknya sendiri. Namun tiada kekosongan van untuk ke sana pada 24 Ogos.

Akhirnya persetujuan dicapai untuk kami ke Hatyai dan Songkhla pada 25 Ogos. Kami menyewa van VIP dengan 12 tempat duduk berharga RM1000. Kos ini termasuk pemandu van dan insurans. Kami turut meminta beliau ikut serta. 

Tambahan RM200 lagi untuk tour guide dari Thailand (wajib sebab van dari Malaysia)

Kakak ipar dan dua anak saudara ikut serta, jadi kami berenam sahaja. Namun pada hari kejadian, ada agen syarikat tersebut bersama isterinya ikut serta. Jadi semuanya berjumlah 9 orang.

Berikut adalah Tentatif Perjalanan kami:

7:30 pagi : Bertolak dari rumah abang menaiki van ke Bukit Kayu Hitam.

9:40 pagi : Tiba di sempadan Malaysia - Thailand. Bertolak ke Hatyai.

10:00 pagi : Singgah untuk lunch dalam perjalanan ke Hatyai.

10:40 pagi : Tiba di Puncak Bukit Hatyai untuk menikmati pemandangan bandar tersebut. Di sini ada Cable Car dan Patung Buddha berdiri.

11:30 pagi : Tiba di Chiang Puak Camp. Ada pelbagai aktiviti di kem ini. Yang menariknya ialah pertunjukan gajah dan menunggang gajah.

12:40 tengahari : Di Pantai Samila, Songkhla. Ada patung ikan duyung. Pantainya bersih dengan pasir putih kapur.

2:30 petang : Solat di The Central Mosque Of Songkhla.

3:10 petang : Melawat Floating Market tapi tutup. Buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

3:50 petang : Singgah kedai beli pelbagai produk makanan ringan. 

4:10 petang : Jalan-jalan sekitar pusat bandar Hatyai.

5:00 petang : Makan malam di The Makan.

5:45 petang:  Shopping kat Kaysorn, tak jauh dari The Makan

6:30 petang : Shopping di Asean Night Market

8:20 malam : Shopping di Danok, tak jauh dari sempadan.

9:40 malam : Urusan di sempadan dan bertolak balik ke Alot Setar.


Bukit Kayu Hitam.


Di sempadan Malaysia- Thailand. Urusan sangat mudah dan cepat.

Dah masuk ke Thailand

Singgah makan tengahari dalam perjalanan ke Hatyai.

Puncak Hatyai

Cable Car Hatyai

Tu haah Cable Car

Kami berenam di puncak Hatyai

Bandar Hatyai

Dari sini juga boleh nampak daerah Songkhla.

Patung Buddha yang menjadi tumpuan penganutnya

Menarik perhatian kami.


Chiang Puak Camp

Paling kiri, En Rosli sebagai pemandu pelancong dari Thailand.

Anak saudara kembar, Nurul Izzah dan Nurul Huda (kanan)

Best!

Kakak Ipar, Puan Saadiah dan Saffura

Jom berendam bersama-sama dengan gajah.

Sekitar Songkhla & Pantai Samila

Depan sekali, pemilik Syarikat OBI, Dato' Osman bin Ishak.

Cantik pantainya, pasir putih kapur


Terjaga dan ada aktiviti menunggang kuda

Tumpuan ramai - Patung Ikan Duyung

Aiskrim kelapa yang sedap - wajib cuba.

Menikmati keenakan aiskrim berhampiran Pantai Samila

Kelapa mud dibelah dua dan dibuang airnya. Isinya dikorek
kemudian diletakkan aiskrim dan pelbagai topping. Sedapnya hai,



Masih banyak kelihatan di sini

The Central Mosque Of Songkhla.



Semua ahli rombongan. Dua dari kanan adalah En Faiz, pemandu yang bagus.


Digelar Taj Mahal Songkhla

Floating Market
Jom

Tutup

Gerai jualan atas perahu

Okey la 

Singgah beli kekacang dan pelbagai makanan ringan.

City Centre Hatyai

Kawasan tumpuan ramai.


Terliur tengok tapi tak beli pun.

Tut Tut , sejenis pengangkutan awam yang popular di sini.

The Makan dan Kaysorn



Selesa kedainya

2000 bath = RM240.00. Licin semua dimakan 6 orang.
Tomyam memang kaw.

Som tam yang digemari semua.

The Makan

Asean Night Market

Macam-macam ada


Berfoto dengan Maharaja Thailand

Persekitan yang bersih.

Danok

Pelbagai beras dan produk tempatan. Jangan lupa beli gula nise dan sos 
ikan untuk buat som tam.

Dah malam

Selesai urusan di sempadan. Jom la balik.

Sedikit info selepas lawatan ini.

1.Sebutan Hat yai bukan Hat nyai.

2.Waktu Thailand satu jam lewat dari Malaysia. Pukul 9:00 di sini = Pukul 8:00 kat sana.

3.Mata wang bath, 100 bath = RM12.32

4.Kelihatan banyak ladang getah di sekitar Hatyai.Dijual dalam bentuk susu getah.

5.Suasana bersih di kebanyakan tempat yang kami singgah seperti kawasan pantai dan sekitar bandar.

Tandasnya yang tak pernah aku jumpa di tempat lain.
Mulanya tak tahu nak duduk macam mana...

6.Bagi penduduk Kedah, Perlis dan Perak boleh guna border pass yang cuma berharga RM10 untuk masuk ke Thailand. Ianya sah selama setahun namun terhad di daerah selatan sahaja seperti Hatyai dan Songkhla. 

7.Suasana lebih tenang pada hari biasa berbanding di hujung minggu. Kelihatan ramai warga Malaysia masuk ke Hatyai menjelang malam Jumaat.

Tak pasti murah atau mahal pakej sehari ni. Tapi kami amat berpuas hati dengan layanan yang diberi. Insya-Allah mahu ke tempat lain pula di Thailand bersama OBI yang memang pakar tentang negara ini.





Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...