Sabtu, 31 Ogos 2019

Rasa Dapurku(312) - Agar-agar Santan Pandan


BismillahirRahmanirRahim








Resepi ini nampak mudah tetapi agak susah untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Pernah aku meminta resepi daripada seorang kawan yang selalu membawa agar-agar ini ke tempat kerja. Namun jawapan yang sering diberi ialah "tiada sukatan, saya hentam aje". Setelah beberapa kali mencuba akhirnya aku mendapat hasil yang dihajati.

Makanan yang kita sediakan sepatutnya mendatangkan kebaikan kepada kesihatan bukan sebaliknya. Sebab itu aku akan menggunakan bahan-bahan asli ketika memasak kecuali jika tiada pilihan. Agar-agar santan pandan ini menggunakan pewarna pandan asli tanpa setitik pun pewarna hijau.

Daun pandan ada dua jenis, satu yang memberi aroma daun pandan yang sedap namun warnanya agak cair. Untuk mendapatkan warna hijau yang lebih terang, daun pandan serani perlu digunakan. Daun pandan serani ini biasanya digunakan dalam pembuatan cendol. Pokok pandan serani sangat mudah ditanam namun ianya agak tinggi berbanding pokok daun pandan biasa.

Pandan Serani (kiri)
Resepi Agar-agar Santan Pandan
Bahan2:
10 gram serbuk agar-agar
1 cawan gula 
1 cawan santan pekat
1000 ml  atau 1 liter air
1 biji telur
Secubit garam
5 helai daun pandan
5 helai daun pandan serani



Cara Membuatnya:
1.Kisar daun pandan dan daun pandan serani bersama 1 cawan air.Tapis.
2.Campur air daun pandan bersama air supaya menjadi 1000 ml. 
3.Masak bersama gula hingga gula larut.
4.Masukkan agar-agar serbuk dan kacau hingga larut dan mendidih.Kecilkan api.
5.Telur, garam dan santan dikisar sebentar dan di tapis.
6.Masukkan ke dalam adunan dan kacau terus sehingga adunan santan timbul dan berbintil.

Kacau hingga adunan santan timbul - supaya ada dua lapisan yang terasing

7.Tuangkan ke dalam acuan/bekas yang sesuai.
8.Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras.
9.Bolehlah dipotong dan dihidangkan.


Letak dalam tupperware, lebih mudah sebab ada penutup.




Isnin, 26 Ogos 2019

Ronda2 Cari Makan Eropah



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kami selamat kembali ke tanah air setelah merantau selama sebulan ( 24/6/2019 - 25/7/2019). Kembara kali ini membawa kami menjejaki 12 buah negara di Eropah Barat dengan kereta yang disewa. Negara-negara tersebut ialah Jerman, Sweden, Denmark, Holland, Perancis, Switzerland, Itali, Austria, Belgium, Luxembourg, Liechtenstein dan Vatican. 

Frankfurt, Jerman menjadi pilihan sebagi tempat bermula dan berakhirnya kembara di Eropah. Di Koblenz Jerman , kami bertemu dengan cucu saudara aku yang sedang belajar Bahasa Jerman. Mohamad Aliff Azwar Azhari namanya.

Seperti sedia maklum makanan halal agak sukar untuk dinikmati di Eropah. Jika ada pun harganya memang mahal. Pun begitu jika ada kedai orang Islam yang jelas menjual makanan halal, kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Selainnya aku masak sendiri dengan bekalan yang dibawa. Beras Basmati mudah untuk dibeli dengan harga lebih kurang 2 Euro untuk 1 kilogram. Sayuran memang menjadi pilihan, sesekali aku beli ikan Salmon atau ikan lain yang sesuai.


Sebahagian bekalan yang dibawa.

Restoran berhampiran  Cologne Central Mosque , Jerman.

Nasi Parsi lauk kambing,  9.50 Euro sepinggan  (RM45.00)

Depan Cologne Central Mosque



Roti Turki di Stesen Keretapi  Malmo, Sweden.
Musim buah ceri dan aprikot di seluruh Eropah



Tempat demo bagaimana keju dibuat di Zaanse Schans, Holland

Boleh rasa....macam-macam jenis keju ada.

Beli coklat di kedai warga Pakistan kat Brussels, Belgium.

9.90 Euro untuk 5 kotak . Memang sedap!

Govida, antara jenama coklat yang popular di Belgium. Tak beli pun.

Nasib baik Qatar Airways belanja Govida dalam penerbangan Frankfurt - Kuala Lumpur, puas makan.


Waffle juga popular di Brussels

Waffer kering ni popular di Holland, tapi terlalu manis rasanya

Ternampak papan tanda ini ketika merayap sekitar Brussels


Sarapan pagi di Hotel Eurocap Brussels .Yogurt memang terbaik

Di Rome, Italia

Nasi Briyani Kambing 7 Euro

Pizza juga 7 Euro untuk 2 orang,  sekejap je dah licin

Kedai warga Bangladesh di Venice, Itali

Tak tahan tengok

2.20 Euro sepotong


Banyak kedai halal di Venice, Itali.





Sarapan pagi di Kolpinghaus, Salzburg Austria.

Pelbagai jenis pasta di Liepzig, Jerman

Sekitar jalan ini banyak kedai halal, Berlin.

Di Berlin, Jerman.



Hidangan ayam, 5.00 Euro

Shawarma Falafel, 2.00 Euro

Di Old Town Bad Hersfeld, Jerman

Panas... nak try gelato pulak



Cappucinno untuk yang mengantuk

Pasar pagi di Frankfurt, Jerman.

Sukanya hati nampak kedai ni..rindunya nak makan ayam panggang

Sedapnya, 8 Euro seekor.

Banyak kedai halal di Munchener Str.55, tidak jauh dari Hauptbahnhof, Frankfurt.



Kedai Malaysia pun ada tapi tak nak lah.

Coklat dari Switzerland

Coklat dari Jerman

Sekian cerita makan-makan di Eropah buat kali ini.

Selasa, 13 Ogos 2019

Visit My Malaysia (11) - Salam Aidiladha Di Melaka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Sambutan Hari Raya Haji tahun ini (1440H), aku minta orang kampung beraya di Melaka. Sesekali berubah angin dan bersilaturrahim. Muara Padang Temu Homestay, Melaka menjadi lokasi untuk berhimpun. Sehari sebelum raya, keluarga aku dari Pulau Pinang bergerak ke Melaka, sempatlah merasa bahang jem di lebuh raya Seremban - Melaka. Pemilik Homestay beri hadiah sempena hari raya. Semoga murah rezeki.


Hidangan Malam Hari Raya (Sabtu Malam Ahad)
Bihun/Mi Sup Utara (Oleh Wan Suhanis)

Enak sekali - terbaik

Hari Raya (Ahad)
Solat sunat Hari Raya di Masjid Selat Melaka - 10 minit berkereta dari homestay








Jamuan Hari Raya
Hidangan utama disediakan oleh Atienana Catering (Ketupat nasi, rendang ayam dan lodeh)
Kari Kambing, Kuah Kacang, Lapis Ubi Sagu, Ketupat Palas inti kacang dan jagung (aku le)
Ketupat palas kosong dan kerepek ( Kakak Aishah,  dan Emy)
Kuih Raya (Wan Suhana dan Wan Suhanis)
Tart Cadbury (Intan Fatihah)
Pelbagai serunding ( Kak Hanim)






 Sedapnye..... nak order - 0126990435 (Intan)




Hjh Aishah dan anak-anak


Keluarga Wan Suhana

Keluarga Wan Emy Shaliza




 Lepas makan jalan-jalan di pantai berdekatan ( 2 minit jalan kaki dari homestay)






Bersama kakak sulung - Hjh Aishah

Ada yang ronda-ronda sekitar Bandar Hilir (15 minit dari homestay)

Cruise Sungai Melaka

Menara Taming Sari






Dataran Pahlawan




Ada yang siang dan  malam asyik terjun kolam je.....







Makan Malam - BBQ
Hidangan utama oleh Atienana Catering (Ayam, udang , ikan siakap dan kerang)
Tauhu bakar ( Kakak)
Satay ( Wan Suhanis)
Sosej (Wan Suhana)


Chef BBQ - Azmeer

Hero kami, Rosdi. (Dengan izin pemilik homestay)

Abang Sado - Azrai












Pagi Isnin
Sarapan Pagi
Nasi lemak (beli tapi tak cukup kerana banyak kedai tutup)
Mi Goreng mamak dan egg scramble (oleh  Hj Azhari)




Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semua gembira.

Terima kasih Muara Padang Temu Homestay
Terima kasih Atienana Catering
Terima kasih semua.






Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...