Isnin, 25 Oktober 2021

Promosi Buku Travelog Fauziah Abdul Hamid


BismillahirRahmanirRahim


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Buat pengunjung blog MemoryZiasaf, di sini ada tawaran istimewa buat semua.

Pembelian empat buah buku travelog dengan harga RM110.00 sahaja. Harga asal RM128.00.

Harga ini termasuk kos penghantaran secara percuma secara flexi.

Ada hadiah sampingan lagi:
1. Ada kotak istimewa berwarna biru untuk menyimpan buku travelog ini.
2. Empat penanda buku untuk setiap buku.
3. Penyambung pelitup muka, hasil tangan penulis.
4. Coklat

Tawaran ini terhad sehingga stok buku Winter D'Riyadh habis.



Buku Pertama 


Buku Kedua


Buku Ketiga


Buku Keempat


Contoh bungkusan penghantaran.


Sila hubungi 0133645560 atau FB Fauziah Abdul Hamid untuk mendapatkan set buku ini.

Terima kasih.
 

Rasa Dapur KakJee (401) - Kerabu Pamelo


BismillahirRahmanirRahim



Pertama kali makan Kerabu Pamelo atau Kerabu Buah Limau Bali di De Wan 1958 by Chef Wan Bangi. Hidangan pemula yang begitu sedap sehingga KakJee tak boleh nak berhenti makan. Rasa manis, pedas dan masam bersatu dengan begitu enak. Dah habis satu mangkuk baru berhenti...hihi.

Kebetulan suami KakJee beli buah limau bali ini dan berwarna pink pula, memang sesuai untuk dibuat kerabu. KakJee carilah kat Google, pelbagai cara menyediakannya. Gabungkan ikut bahan lain yang ada di rumah. Inilah hasilnya. Jom tengok resipinya. Sebelum tu kita tengok cara potong buahnya.






Resipi Kerabu Pamelo
Bahan-bahan:
Bahan untuk dihiris halus
2 helai daun kaduk
Sedikit daun ulam raja
Sedikit bunga kantan
3 biji cili padi
Sebatang serai
1/2 biji bawang besar

Bahan ditumbuk/kisar
1/2 biji bawang besar
2 biji cili merah

Bahan lain
Jus lemon atau limau kasturi
Garam 
Gula
Belacan (jika suka - saya tak letak)


Cara Membuatnya :
Gaulkan semua bahan yang disediakan di atas dan perisakan dengan garam dan gula.
Siap untuk dihidangkan.



Selamat Mencuba.
 

Ahad, 3 Oktober 2021

Visit My Malaysia - Sabak Bernam Selangor.


BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah, Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PNM) pada 10 September 2021. Ini membolehkan penduduk merentas daerah di kawasan berkenaan. Pun begitu kami relaks dahulu di rumah.

Namun pada 19 September, kami merentas ke daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam untuk melihat sawah padi yang sedang menghijau. Kami bertolak lebih kurang pukul 9.00 pagi dengan melalui SKVE. Jauh juga rupanya laluan yang terpaksa dilalui kerana perlu masuk ke Bandar Klang.

Kami meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam tanpa singgah di tempat lain. Masuk ke Jalan peket di Sungai Besar untuk melihat suasana sawah di sekitarnya. Berhampiran Ban Kenal ada Taman Tebu Aidil & Aidil Orked yang dipenuhi dengan orang ramai. Pokok-pokok tebu yang ditanam begitu cantik dan sesuai untuk bergambar, kami tak singgah.

Terletak di Kampung Parit Empat, Sungai Besar.

Banyak pokok tebu hitam di sini.

Terus berkereta menikmati pemandangan sekitarnya. Kelihatan pokok-pokok padi sedang ditanam dan masih menggunakan kaedah lama. Iaitu ditanam anak pokok padi dalam susunan tertentu. Jika di utara tanah air, kebanyakannya sudah ditanam secara tabur.

Pokok padi yang baru ditanam

Tersusun cantik

Ada yang memancing

Perut terasa lapar, kami menikmati makan tengahari di sebuah pondok berhampiran Masjid Ma'muniah, Jalan Sungai Nipah Baroh. Ada Anjung Pool Villa tidak jauh dari sini. Sila Google.





Lepas makan, ambil gambar di kawasan sekitar dan terus melihat sekitar Kampung Sungai Haji Dorani. Ada homestay di tengah sawah namun kami tak singgah la pula.


Kami mendapati ada laluan lain untuk ke Sekinchan tanpa melalui jalan besar, jadi kami pun explore jalan belakang tersebut. Jalan Terusan Utama. Jalannya agak besar dan dibatasi dengan sebatang sungai yang luas dan deras airnya. Terdapat pelbagai tanaman lain seperti pokok jagung, kacang serta sayuran lain.

Di satu kawasan ada deretan gerai menjual pelbagai produk pertanian. Sempatlah kami singgah dan beli jagung segar serta kerepek buat kudapan. Laluan ini agak meriah dengan kehadiran motor berkuasa tinggi dan deretan kereta mewah. Anak-anak dato' mana pun tak tahulah.


Sungai Burung


Waktu ni hujan


Ada Triangle Farm Cottage House

Kelihatan pokok-pokok padi di sini lebih besar, jadi kami masuk ke kawasan tersebut. Memang lebih cantik panorama di sini. Ada tempat yang sesuai untuk bergambar, apa lagi.

Pokok padi lebih tinggi


Jalan Ban Tanjung Karang







Ehhh... ada pula yang mengikut.

Dalam perjalanan untuk balik, jumpa lagi kawasan yang cantik. Singgah lagi. Memang puas hati menikmati pemandangan sawah padi. Tak perlu ke utara untuk melihatnya.







Sampai di rumah dalam pukul 3.00 petang. Alhamdulillah.
 

 

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...