BismillahirRahmanirRahim
Pertama kali makan Kerabu Pamelo atau Kerabu Buah Limau Bali di De Wan 1958 by Chef Wan Bangi. Hidangan pemula yang begitu sedap sehingga KakJee tak boleh nak berhenti makan. Rasa manis, pedas dan masam bersatu dengan begitu enak. Dah habis satu mangkuk baru berhenti...hihi.
Kebetulan suami KakJee beli buah limau bali ini dan berwarna pink pula, memang sesuai untuk dibuat kerabu. KakJee carilah kat Google, pelbagai cara menyediakannya. Gabungkan ikut bahan lain yang ada di rumah. Inilah hasilnya. Jom tengok resipinya. Sebelum tu kita tengok cara potong buahnya.
Resipi Kerabu Pamelo
Bahan-bahan:
Bahan untuk dihiris halus
2 helai daun kaduk
Sedikit daun ulam raja
Sedikit bunga kantan
3 biji cili padi
Sebatang serai
1/2 biji bawang besar
Bahan ditumbuk/kisar
1/2 biji bawang besar
2 biji cili merah
Bahan lain
Jus lemon atau limau kasturi
Garam
Gula
Belacan (jika suka - saya tak letak)
Cara Membuatnya :
Gaulkan semua bahan yang disediakan di atas dan perisakan dengan garam dan gula.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan