Sabtu, 24 November 2018

Travelog Tunisia (7) - Air Terjun Di Chebika





Kami tiba di Chebika, kereta diletakkan di kawasan parkir dan tidak jauh dari kawasan kedai. Di depannya terdapat gerai-gerai kecil untuk menjual barangan tempatan.Ianya adalah sumber pendapatan penduduk di sekitarnya.




Kami menunggu arahan untuk berkumpul di satu tempat kemudian beramai-ramai mendaki ke kawasan yang lebih tinggi. Pemandangan sekeliling memang cantik dan menakjubkan. Di depan kami adalah kawasan bukit berbatu. Di celah-celah kawasan bukit berbatu terdapat kawasan subur yang dipenuhi pokok-pokok kurma yang tinggi melampai. Nun dari jauh adalah kawasan padang pasir yang sangat luas. Ladang-ladang kurma memenuhi sesetengah kawasan di padang pasir.



Dengan tabah kami mendaki bukit yang tinggi untuk mencari .....



Tiba di puncak



Semua sibuk dengan hp masing-masing



Hati-hati jangan sampai jatuh tau




Itu dia air terjun yang dicari.









zias/Tunisia/18

Sabtu, 17 November 2018

Travelog Tunisia (6) - Tozeur







Selepas beberapa hari berkunjung ke tempat menarik di sekitar Tunis, tiba masanya kami ke Selatan Tunisia.  Segalanya diurus oleh Puan Olfa Aleya. Dia juga memaksa suaminya, Dr Hamadi menemani kami. Pakej berharga US100 seorang untuk percutian selama 4 hari dan 3 malam.


Dalam bas


Ladang pokok zaitun yang luas



Buah ziatun sedang dipetik



Dapat kenalan baru , Istihar dan Afeef dari Tunis

Alhamdulillah...sedapnya





Turun bas naik kereta kuda








Pintu masuk  Cak Wak Park


Bangunan utama Hotel Sofitel


Laluan masuk ke hotel



Berkenalan pula dengan ahli rombongan dari Algeria, Dr Mahdiah dan suaminya.



zias/Tunisia/18

Isnin, 12 November 2018

Visit My Malaysia (5) - Pulau Indah - Morib - Bagan Lalang , Selangor.




Kampung Nelayan di Pulau Indah.

Cuti sempena Hari Deepavali selama 5 hari agak panjang. Setelah puas berada di rumah, akhirnya kami mengambil keputusan untuk keluar melihat pantai sekitar Negeri Selangor. Kami bersetuju untuk ke Pulau Indah untuk berkelah di tepi pantai.


Perjalanan melalui lebuh raya Kesas memerlukan masa lebih kurang sejam. Jambatan menghubungkan kawasan tanah besar dengan pulau tersebut. Jalan tidak begitu elok dan kereta kami bersaing dengan lori trailer yang panjang. Kami meneruskan perjalanan, hanya  tanah kosong dan kilang-kilang. Di penghujung jalan yang berakhir dengan laluan tol untuk ke Pelabuhan Westport.


Pelabuhan Westport, Klang.
Kami berpatah balik dan masuk ke jalan yang tertulis Marina Pulau Indah. Kawasan kampung yang dilalui penuh dengan kebun ladang sawit, tidak terasa seperti berada di sebuah pulau. Akhirnya kami tiba di sebuah perkampungan nelayan namun meneruskan perjalanan untuk mencari kawasan pantai. Jalan yang dilalui agak sempit dan kiri kanan dipenuhi lalang. Marina Pulau Indah yang dicari ditutup pagarnya. Jalan semakin teruk ditambah dengan cuaca yang agak mendung. Kami berpatah balik dan singgah di jeti tadi.

Jeti kecil

Syurga buat peminat memancing dan tauke pasir.
Kami diberitahu ada kawasan pantai di penghujung Pulau Indah tapi agak jauh. Tidak berapa seronok berada di pulau tersebut, kami mengambil keputusan untuk ke Pantai Morib yang terletak di Banting. Lebuh raya Lembah Klang Selatan menghubungkan Pulau Indah melalui Pulau Carey ke Banting.

Henti sekejap kerana hujan lebat di Mansion 1969 Cafe - cafe di dalam bas.

Pantai Morib agak popular satu ketika dahulu, banyak kemudahan di sekitar pantainya seperti masjid, kedai makan dan hotel. 

Hujan lebat di Pantai Morib


Ada sejarah di kawasan ini




Pantai Morib kami tinggalkan ketika hujan masih turun untuk menuju ke Bagan Lalang. Sempat singgah di kawasan pantai yang indah di Tanjung Sepat.

Di Batu Laut, kami singgah di jeti nelayan yang terletak berhampiran jalan raya utama.


Hujan lagi


Bot yang aktif  ke laut
Bot nelayan

Tidak jauh dari Batu Laut ada kawasan rehat berhampiran laut namun kawasan sekitarnya tidak begitu meriah. Kami singgah sekejap untuk melihat pantai yang indah di sekitarnya. Hujan sudah berhenti, hanya rintik-rintik sahaja.




Sekitar Gold Coast Morib Resort

Ini pula Pantai Cunang, kawasan sekitarnya dikendalikan oleh penduduk orang asli yang tinggal di situ. Terdapat beberapa kemudahan di sekitarnya yang sesuai untuk dijadikan kawasan berkelah buat keluarga atau rakan-rakan.







Ada sejenis daun untuk tujuan perubatan di sekitarnya
Dari Banting ke Bagan Lalang lebih kurang 44 kilometer. Lebih sepuluh tahun tidak ke sini, agak banyak perubahan yang boleh dilihat. Lebih-lebih lagi sudah siap terbentang  Avani Sepang Goldcoast Resort. Pantai Kampung Bagan Lalang dipenuhi orang ramai dengan pelbagai aktiviti terutama mandi laut. Gerai makan juga tidak kurang banyaknya. Suasana agak cerah di bagan lalang berbanding di Banting.



Avani Sepang Goldcoast Resort


Perut pun terasa lapar, aku mahu mencuba ikan bakar di sini. Walaupun harga makanan agak mahal, Restoran Terapung H.M Sri Bagan menyediakan ruang duduk yang selesa dengan pemandangan yang indah. Bersih dan sedap masakannya. 




Ikan Jenahak yang segar tapi air asamnya kurang mengancam.

Puas juga tengok pantai sekitar Selangor dalam masa setengah hari.

Rabu, 7 November 2018

Rasa Dapurku (287) - Sayur Pucuk Kacang Botol Goreng Sama Keledek



BismillahirRahmanirRahim



Resepi kali ini agak lain sikit. Banyak kali aku diberitahu betapa sedapnya pucuk daun pokok kacang botol yang dibuat sayur. Agak unik bunyinya, maklumlah jika kacang botol digoreng buat sayur biasa aje dilihat. Hanya generasi berusia 70an ke atas yang tahu, ianya menjadi pilihan di zaman sukarnya mereka membeli sayur di pasar. Sayur di belakang rumah menjadi santapan.

Mengindahkan pemandangan ketika memasak.

Tergerak untuk mencuba apabila pokok kacang botol yang ditanam di belakang rumah belum mahu berbunga. Daunnya sudah memenuhi pagar yang menjadi paranya. Aku mula mencari pucuknya dan nekad untuk mencuba.

Kebetulan ada baki keledek yang direbus untuk dibuat cucuq badak. Tidak rugi percubaan kali ini kerana rasa sayur pucuk kacang botol memang sedap. Lebih sedap daripada sayur kangkung. Andai lambat pokok kacang botol aku ini berbuah, ianya tidak lagi mendatangkan masalah. Makan sayur pucuknya pun berbaloi.


Ambil pucuknya yang masih lembut.

Resepi Sayur Pucuk Kacang Botol Sama Keledek

Bahan2:
1 mangkuk besar pucuk kacang botol
1 cawan keledek yang dikukus/rebus
3- 4 ulas bawang putih - dikisar/ditumbuk
2 ulas bawang merah*
1 sudu besar ikan bilis* 
Bahan *   ditumbuk/dikisar bersama
1 biji cili merah dihiris
Garam 
Sedikit minyak 
1/2 cawan  air

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang putih. Goreng sehingga kekuningan atau
   naik bau. 
2.Masukkan bahan yang ditumbuk, cili dan garam.Kacau sehingga garing sedikit dan masukkan
    air.
3.Masukkan keledek dan biarkan kuah pekat sedikit. Masukkan pucuk kacang botol dan kacau
   sehingga masak/layu.



Ahad, 4 November 2018

Rasa Dapurku (286) - Makaroni Bakar



BismillahirRahmanirRahim.



Makaroni memang sedap dimakan walau apa pun resepi. Makaroni Bakar antara resepi yang ingin sangat aku mencubanya. Akhirnya aku berjaya sediakan buat minum petang. Hujan yang turun setiap petang membuatkan selera sentiasa ada. Apa juga yang dimasak enak dimakan. Layan je la. Resepi ini aku ambil dari FB Resepi Masakan Terkini dengan sedikit ubah suai.

Resepi Makaroni Bakar
Bahan2:
1 cawan makaroni (direbus hingga kembut dan ditoskan)
1 cawan daging kisar jenama Ramly
2 sudu besar rempah kari jenama ADABI
1/2 bawang besar dipotong dadu
2-3 ulas bawang putih dikisar
Sedikit minyak untuk menumis
1 cawan susu cair + 1 cawan air
3 biji telur dipukul bersama sedikit garam
1 sudu kecil oregano
Sedikit bawang goreng
Garam secukupnya
Cheddar cheese
Daun bawang dan daun sup dihiris kecil

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar,kacau sehingga
   naik bau.
2.Masukkan rempah dan goreng sampai sebati dengan minyak dan masukkan sedikit air. Kacau lagi 
   sehingga rempah nampak pecah minyak.
3.Masukkan daging kisar dan garam.Kacau sehingga daging masak.
4.Masukkan susu cair, air dan bawang goreng.Masakkan sekejap sehingga sebati.Tutup api.
5.Masukkan daging yang dimasak ke dalam bekas pembakar yang sesuai. Campurkan dengan 
   makaroni yang direbus tadi dan oregano. Gaul supaya rata.Tuangkan telur di atasnya.
6.Taburkan daun bawang/sup dan letakkan cheese. Bakar dalam suhu 170 C sehingga masak 
   (40 minit).

   




Tak cukup makan sepotong...sedap.

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...