Khamis, 24 Februari 2022

Travelog Eropah 1



BismillahirRahmanirRahim



Berita baik untuk peminat buku travelog Fauziah Abdul Hamid.

Alhamdulillah, buku travelog saya yang ke-5 selamat diterbitkan. 

Travelog Eropah 1 ini akan membawa pembaca mengembara ke  Jerman, Sweden, Denmark, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis.

Ianya adalah sebahagian daripada kembara yang kami lalui sewaktu musim panas pada tahun 2019. Mengambil masa sebulan dengan berkereta sejauh 9500 km yang melibatkan 12 buah negara.

Travelog Eropah 2 bakal diterbitkan, ianya pula adalah sambungan kembara yang sama ke Switzerland,  Liechtenstein, Itali, Vacitan, Austria dan Jerman. Insya-Allah, doakan ya.

Saya belanja beberapa halaman yang terdapat dalam buku kali ini. 

Jangan risau, semua halaman dipenuhi gambar berwarna-warni untuk lebih dihayati isinya.

Ada 214 halaman semuanya.

Halaman selepas kaver buku

Isi Kandungan

Isi kandungan

Koblenz, Jerman.

Cologne, Jerman

Malmo, Sweden

Copenhagen, Denmark

Belanda

Giethoorn, Belanda

Brussels, Belgium

Luxembourg City

Nancy, Perancis

Istimewa untuk pembaca letakkan gambar sendiri di ruang ini.

Ambil buku yang siap dicetak di kilang, bertarikh 14 Februari 2022.

Jom balik rumah.

Aktiviti mengepos buku sudah bermula. 


Jangan lupa dapatkan naskah ini dengan hanya RM40, percuma postage ke seluruh Malaysia.

Sila WhatsApp ke nombor ini, 0133645560 untuk yang berminat.


Ada 5 buku travelog untuk dipilih.


Terima kasih atas sokongan anda.

Ahad, 20 Februari 2022

Rasa Dapur KakJee (407) - Masak Lemak Daging Salai

BismillahirRahmanirRahim



Didoakan semua pengunjung blog KakJee dalam keadaan sihat serta dilindungi Allah SWT setiap masa.

Hari ni, KakJee nak berkongsi resipi Masak Lemak Daging Salai. Istimewanya resipi ini adalah terletak pada daging salainya yang KakJee buat sendiri. Gigih betul. Siap beli set bbq jenama Kovea, ianya boleh dilipat dan dibawa ke mana-mana nanti.

Jom tengok proses KakJee sediakan daging salai terlebih dahulu. Dalam 1/2 kilogram banyaknya.

Disebabkan daging yang KakJee guna adalah bukan daging batang pinang, jadi ianya perlu direbus terlebih dahulu. Tapi tak perlu lama ya. Lepas tu daging tersebut digaulkan dengan kunyit dan garam.


Guna ranting kecil untuk hidupkan api, kemudian letakkan arang.
Kalau ada sabut atau tempurung lagi bagus.


Daun pisang memang banyak, jadi alaskan.
Biar sehingga air daging kering.

Keluarkan daun pisang dan salai secara terus, api biar sederhana 
supaya daging masak dengan sempurna.

Tarra...hasilnya Wangi.

Hiris nipis. Sambil  hiris, sambil ngap.

Resipi Masak Lemak Daging Salai
Bahan-bahan:

Daging salai
250 gram santan pekat
15-20 biji cili padi (ikut selera)
1 keping asam keping (jika suka)
4-5 batang serai - diketuk
Sedikit minyak untuk menumis
Sehelai daun kunyit
3-4 helai daun limau purut
1 inci kunyit hidup
Garam 
Air secukupnya/ santan cair

Cara Membuatnya:
1.Kisar/tumbuk cili padi dan kunyit hidup.
2.Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan serai dan bahan kisar. Kacau sehingga wangi.
3.Masukkan  air/santan cair dan daging salai, masak sehingga daging betul-betul lembut.
4.Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan santan pekat. Perisakan dengan garam dan asam keping. Kacau sehingga sedikit pekat. 
Tutup api.



Cubalah. Sedap!

Rabu, 9 Februari 2022

Impian Rumah Kebun.

 BismillahirRahmanirRahim


Susulan terbelinya kebun kecil di kampung, mulalah aku berangan-angan. Seronok juga berangan-angan ni, sebab ia percuma. 

Semoga angan-angan ini dapat dicapai, membawa kebaikan dan disertai usaha yang berterusan.  Bukan angan-angan kosong yang tidak memberi makna.

Ya, angan-angan untuk memiliki rumah kecil di kebun kecil. Untuk dijadikan rumah percutian sewaktu balik kampung untuk jangka waktu pendek. Seterusnya diusahakan agar ianya memberi manfaat untuk penduduk sekitarnya. 

Insya-Allah aku mahu wujudkan sebuah perpustakaan kecil yang akan memuatkan pelbagai jenis buku termasuk buku-buku karyaku. 

Mulai hari ini, setiap pendapatan hasil jualan buku akan aku gunakan untuk mencapai impian ini. Baru ada semangat  terus istiqamah untuk travel, tulis dan terbit buku.

Sementara tu, meh layan design rumah yang telah aku kumpulkan daripada pelbagai sumber. Seronoknya.




































Cantik kan!

Doakan impian ini dapat dicapai.



Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...