Jumaat, 30 Jun 2023

Rasa Dapur KakJee (421) - Ketupat Kacang Daun Pisang.


BismillahirRahmanirRahim





Usai menyediakan menu untuk sambutan Hari Raya AidilAdha, tiba-tiba teringat pula nak buat ketupat kacang. Dah petang, esok pula dah nak raya, mana nak dapat daun palas kan. Kebetulan buat pulut kuning supaya ada menu pulut, malas pula nak cari lemang.

Okey lah , aku pun ambil daun pisang di belakang rumah. Guna cara ni lagi mudah dan cepat.

Jom tengok resipi dan cara membuatnya. KakJee buat tak banyak, khas untuk diri sendiri aje, bukan apa teringat kacang dalam ketupat tu, haish terliur la pulak. 

Resipi Ketupat Kacang Daun Pisang.

Bahan2:

1 1/2 cawan beras pulut - direndam 2 jam
1/2 cawan kacang ketupat, direndam dan direbus sehingga lembut
1 kotak santan (250 gram)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Daun pisang - dilayur
Tali 

Cara Membuatnya:
1.Basuk beras pulut dan masukkan ke dalam periuk.
2.Masukkan santan, kacang, garam dan air. 
3.Masak sehingga separa masak sahaja.
4.Letakkan satu senduk pulut atas daun pisang dan balut seperti membuat kuih lopis.
5.Ikat dengan tali supaya ianya kemas dan tidak pecah.
6.Kukus sehingga masak.


Dimakan bersama gulai daging korban pada hari raya kedua. Yummy.

 

Khamis, 29 Jun 2023

Salam Aidiladha 1444H

  BismillahirRahmanirRahim




                                          " Taqabbalallahu minna wa minkum "
 
                                      "Semoga Allah menerima amal kami dan kalian"

Syukur dapat meraikan Hari Raya Korban pada tahun ini dalam suasana tenang serta damai bersama keluarga tersayang. Walaupun dalam hati lebih senang beraya di kampung halaman bersama kakak-kakak, abang, adik serta ahli keluarga yag lain. Namun kita hanya mampu merancang.

Pun begitu aku agak berpuas hati dengan pengisian hari raya tahun ini yang selama ini tidak pernah aku merasainya.

Sehari sebelum raya aku agak sibuk menyediakan pelbagai juadah untuk hidangan hari raya.

Pertama kali juga berpeluang solat sunat hari raya di Surau Al-Siddiq yang tidak jauh dari rumah. Solat diadakan tepat pukul 8:00 pagi dan selesai apabila jam menghampiri angka 9:00 pagi. Kemudian aktiviti menyembelih 11 ekor lembu berlangsung. Kami terus balik kerana dah lapar.


Ada Kuah Lodeh, Kuah Kacang, Rendang Ayam, Nasi Impit, Pulut Kuning,
Ketupat kacang dan Kek Batik.

Ambik gambar selepas makan.

Teringin pula nak rasa daging korban, jadi aku ajak jiran yang bernama Su untuk Masjid Bandar Tun Hussein Onn. Waktu tu pukul 12:00, aktiviti memotong daging masih berjalan untuk sebanyak 14 ekor lembu yang dikorbankan.

Selepas solat Zohor kami menjamu selera makan tengahari iaitu nasi putih dan gulai kawah daging. Alhamdulillan syukur menikmatinya. Kemudian kami juga diberi sebungkus daging korban, rezeki jangan ditolak.

Sedap!

Ramai juga yag hadir.

Petugas sukarela


Tahun ni aku buat korban di Uganda  yang diuruskan oleh Dr Jamilah Jaafar dan suaminya yang merupakan warga Uganda. Alhamdulillah.













Ya Allah
Semoga dipanjangkan usia kami semua dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki untuk terus membuat kebajikan dan kebaikan demi Islam. Aamiin.
Insya-Allah.


 

Khamis, 22 Jun 2023

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah.

  BismillahirRahmanirRahim



Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi izin Allah SWT untuk saya berkongsi beberapa amalan yang boleh dilakukan sepanjang 10 hari pertama Zulhijjah yang dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.

Walaupun sudah masuk hari keempat namun masih belum terlambat untuk kita merebut peluang yang disediakan oleh Allah SWT. Perkongsian ini adalah daripada kumpulan mengaji yang dikenali sebagai ODOJ.


Amalan 10 Hari Pertama Zulhijah 

Sepuluh hari pertama di bulan Zulhijah, seringkali dikatakan sebagai sepuluh hari terbaik dalam setahun untuk melakukan lebih banyak amalan dan bentuk ibadah lainnya.

Nabi Muhammad ﷺ juga mengatakan tentang sepuluh hari pertama Zulhijah, “Tidak ada hari di mana suatu amal saleh lebih dicintai Allah melebihi amal saleh yang dilakukan di hari-hari ini (sepuluh hari pertama Zulhijah).“ [HR. Bukhari]

Berikut ini adalah amalan yang digandakan pahalanya jika dilakukan dalam sepuluh hari pertama Zulhijah.

1.Zikir

Mengingat dan melantunkan asma Allah adalah salah satu amalan yang harus kita lakukan selama sepuluh hari pertama Zulhijah.

Nabi Muhammad ﷺ berkata: “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal salih di dalamnya lebih dicintai oleh-Nya daripada hari sepuluh hari tersebut, karena itu perbanyaklah tahlil (Laa ilaha ill-Allah), takbir (Allahu-Akbar), dan tahmid (Alhamdulillah) di dalamnya.” [HR. Ahmad]

2.Solat dan Doa

Selama sepuluh hari pertama Zulhijah, kita harus berusaha lebih sering melakukan salat sunah dan berdoa. Doa yang kita panjatkan terutama akan diterima Allah saat berpuasa, terutama di waktu sebelum sahur dan tepat sebelum berbuka puasa.

Nabi Muhammad ﷺ berkata, “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” 
[HR. Tirmidzi dan Malik]

3.Membaca Al-Quran

Membaca al-Quran adalah bentuk terbaik dari berzikir. Bacalah al- Quran sebanyak mungkin dalam sepuluh hari pertama Zulhijah, siang dan malam. Bahkan walaupun hanya satu ayat setiap hari. Tingkatkan bacaan al-Quran dengan menambah beberapa menit atau beberapa halaman saat melakukan rutinitas membaca al-Quran.

4.Bertaubat dengan Tulus

Manfaatkan hari-hari penuh rahmat ini untuk meminta ampunan kepada Allah atas segala kesalahan kita.

“Maka ada pun orang yang bertobat dan beriman, serta mengerjakan kebajikan, maka mudah-mudahan dia termasuk orang yang beruntung.” 
[Al-Qasas 18:67]

5.Sedekah

Allah berjanji untuk memberi ampunan atas dosa-dosa jika kita bersedekah dan memberi bantuan kepada sesama yang miskin dan membutuhkan. Sedekah bisa kita berikan dalam bentuk uang atau barang secara langsung atau lewat donasi online. Ingatlah, bahkan seuntai senyuman saja juga sudah dianggap sebagai sedekah.

6.Takbir

Ibnu Umar meriyawatkan bahwa Nabi Muhammad mengatakan, “Tidak ada hari di mana suatu amal saleh lebih dicintai Allah melebihi amal saleh yang dilakukan di sepuluh hari ini. Jadi perbanyaklah membaca tahlil (Laa ilaaha illallah), takbir (Allahu akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini.” 
[HR. Ahmad]

7.Puasa

Dikenal dalam bahasa Arab sebagai Yawm Arafah, berpuasa terutama dianjurkan untuk dilakukan pada hari ke-9 Zulhijah, di mana ini adalah Hari Arafah yang penuh berkah. Nabi Muhammad ﷺ terbiasa berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijah 
[Al-Nisai dan Abu Daud].

Seperti yang diriwayatkan Abu Qatadah, terkait Hari Arafah, Rasulullah ﷺ berkata, “Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.” 
[Muslim]

8.Korban

Hari ke-10 Zulhijah adalah Hari Raya Idul Adha atau hari berkurban (an-Nahr) dan menandai puncak perayaan ibadah haji. Kurban ini dilakukan untuk memperingati perintah Allah terhadap Nabi Ibrahim (AS), saat dia memberikan domba untuk dikurbankan sebagai tebusan pengganti anak lelakinya.

Nabi Muhammad ﷺ mengatakan, “Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) kurban yang lebih dicintai oleh Allah dari mengalirkan darah. Sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya, dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada Allah sebelum jatuh ke tanah.”
[HR. Tirmizi, Ibnu Majah]


Tahniah diucapkan buat semua sahabat dan kenalan yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini. Antaranya rakan-rakan dari KVK iaitu Pn Shafina, Pn Norbayani, Pn. Aminatun dan Pn NorAzlin. Tidak ketinggalan Pn Faizah Yusof.


Menjadi Duyufurahman  adalah idaman setiap orang Islam.


"Semoga  Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni."

Aamiin Ya Rabb.

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...