Khamis, 8 Februari 2024

Pesta Buku Pulau Pinang 2024



BismillahirRahmanirRahim




Tahniah! Buat Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang yang telah menganjurkan pesta buku yang pertama tahun ini. Berlangsung dengan begitu meriah dan cemerlang.

Pesta ini telah berlangsung bertarikh 1 Februari sehingga 4 Februari 2024 di Mydin Mall Bukit Mertajam. Aku terus menempah tiket ETS sebaik mendapat tahu berita baik ini.

Selepas menziarahi sahabat semasa di sekolah rendah di Sungai Petani iaitu Puan NorAida Abdul Hamid dan Puan Azimah Abdul Aziz, kami bertiga terus ke pesta buku.

Selepas melihat lima buku aku di rak Reruai Gua Novel, aku terus  mencari urus setia yang sudah aku kenali iaitu Puan Norlina binti Ahmad dan Puan Azariah. Mereka aku kenali asbab atas urusan pembelian buku oleh PPAPP. Ini tahun ketiga aku hadir ke pesta buku negeri kelahiranku ini.

Puan Norlina menyambutku dengan baik sekali. Mulanya dia mahu aku berbicara tentang buku bersama juru acara, sayangnya aku tidak bersedia. Pun begitu aku diminta memberi biodata agar dibuat pengumuman kehadiran penulis di pesta tersebut. Aku juga diminta berada di reruai agar pengunjung dapat bertemu dan beramah mesra dengan penulis. Berdebar pula rasanya. 

Mujur Fatihah sempat membuat rakaman pengumunan tersebut walaupun tidak sepenuhnya, dia pun terkejut mendengarnya.

Bersama Puan Norlina yang kini memangku jawatan Pengarah
PPAPP. Aku pun tak tahu, pakai terjah je...huhu.

Bersama dengan urus setia pesta buku.
Dari kiri Puan Sabrina, Puan Azariah dan Puan Norlina.


Hampir satu jam juga aku berada  di reruai dengan mempromosi buku-buku yang ada di situ. Seronok bukan main bila ada yang mahu membeli. Syukur, alhamdulillah.




Tuan Mohd Saad yang juga penulis.

Sibuk la jugak.


Pasangan Puan Bashiroh dan suami.


Terima kasih Tuan Hisham.

Intan Fatihah dan Saffura yang jadi peneman.

Bersama NorAida (paling kanan) dan Azimah (tengah)
Lebih 40 tahun tidak pernah berjumpa Azimah sebaik tamat
sekolah rendah.

Sehingga berjumpa lagi di pesta buku yang lain, insya-Allah.




































 

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...