Rabu, 29 April 2020

Travelog Eropah - Vaduz, Leichtenstein


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.


Hari ke-3 di Switzerland kami mengambil keputusan untuk ke Vaduz, ibu negara Leichtenstein. Sebuah negara kecil yang terletak di kawasan pergunungan antara Switzerland dan Austria, Jaraknya sekitar 175 kilometer dari tempat tinggal kami, jadi boleh balik hari aje.



Pemandangan sepanjang perjalanan tersangatlah cantik kerana kami melalui kawasan Heidiland. Bumi yang terkenal dengan karya buku berjudul Heidi oleh Johanna Spyri.

Bumi Heidiland


Heran dan kagum melihat rumah-rumah di puncak gunung, kami pun merasa berada di puncaknya ketika sampai di Vaduz.



Pusat pelancongan

Negaranya sangat kecil

Menikmati makan tengahari

Cantik sungguh la pemandangan
Lama dah nak posing macam ni...hihihi

Kami ke kawasan Istana Vaduz yang menjadi daya tarikan di sini. Dibina pada abad ke -12 dan masih menjadi kediaman rasmi Prince of Leichtenstein iaitu Putera Hans-Adam II.


Posing aje

Kat sini je...tak boleh masuk pun

Kat sebelah kiri tu pokok epal
Perhatikan awan lebih rendah dari puncak gunung. MasyaAllah Tabarakallah

Sempat shopping lak

Jumpa di Itali

Banyak lagi cerita d
#Travelog 30HariEropah

Selasa, 28 April 2020

Rasa Dapur KakJee (340) - Nasi Ulam


BismillahirRahmanirRahim



Bulan Ramadan itu ibarat hujan,
ia memelihara dan menumbuhkan benih-benih perbuatan baik.



Sudah 4 hari hujan turun membasahi bumi, betullah kata-kata  "Permulaan Ramadan adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah pembebsan dari api neraka".

Jadi dapatlah cuti dari tugas menyiram pokok-pokok di kebun kecil KakJee. Tenang melihat pokok-pokok yang segar ditimpa hujan. Sudah lama tidak berulam yalah semenjak berpuasa ni, sayang pula menengok daun-daun yang menghijau. Lalu berfikir, baik juga kalau dibuat nasi ulam, dapat makan banyak ulam sekaligus. Okay jom kita petik ulam dahulu.

Pegaga

Tengek Burung atau Cabang Tiga

Daun Kunyit

Daun Limau Purut - ambil yang muda

Pokok kantan ni belum berbunga tapi ada stok dalam peti ais...selamat.

Daun Kaduk

Daun Ulam Raja

Setelah membelek beberapa resepi, macam susah je. Jadi KakJee pun buat resepi sendirilah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada seperti Serunding Ikan (buat sendiri ya) dan Sambal yang tak letak belacan. Jadi tugas menjadi mudah hanya hiris ulam-ulaman dan bunga kantan. Senangkan. Rasanya tetap sedap, tambahan pula dimakan dengan Sambal Udang dan ikan goreng. Whoolah!


Hirisan ulam, hirisaan bunga kantan, keriksik, sambal, serunding ikan dan limau kasturi.

Nasi panas dalam semangkuk

Gaul semuanya kecuali limau kasturi yang diletak selepas gaul semuanya.
Yang ini lebihkan sambal cili, lagi sodap.

#Nantikan kisah Kebun Kecil KakJee
Selamat Mencuba.

Rasa Dapur KakJee (339) - Sambal Udang


BismillahirRahmanirRahim



Rahmat bulan Ramadan terbuka untuk kita semua
untuk meminta, memohon kesihatan dan kesejahteraan dariNya
dan juga memohon  rahmat dan petunjuk bagi semua orang yang kita sayangi.




Alhamdulillah ada rezeki dapat udang besar hari ini , bolehlah buat sambal. Ianya mudah sahaja dengan adanya Ibu Sambal. Jom masak! Kita kena masak secara smart ya supaya dapat menjimatkan masa sebab banyak benda yang hendak dimasak. Bila kita masak dengan tenang hasilnya pasti sedap. Jadi dapatlah kita gunakan sebanyak peluang untuk menambah benih-benih ladang akhirat.

Resepi Sambanl Udang
Bahan2:
7 ekor udang bersaiz besar dibersihkan.
1 senduk ibu sambal
1 biji bawang besar dibelah 8
Air asam jawa secukupnya
Garam
Sedikit minyak
1 cawan Air

Cara Membuatnya:
1. Goreng udang menggunakan sedikit minyak sehingga bertukar warna, sekejap je.
    Keluarkan udang. Minyak lebihan goreng udang digunakan untuk buat sambal.


Separuh masak .


2.Masukkan ibu sambal dan air. Kacau sehingga mendidih.Masukkan air asam jawa, garam
   dan udang. Masak sehingga agak pekat dan masukkan bawang besar. 
   Perlahankan api sehingga pecah minyak.



Selamat Mencuba



Ahad, 26 April 2020

Rasa Dapur KakJee (338) - Pulut Sambal Kelapa




BismillahirRahmanirRahim


Ramadan adalah titik awal untuk menjadi seorang Muslim 
yang lebih baik dan berusaha untuk terus selamanya menjadi baik.




Pulut Sambal Kelapa atau juga boleh dipanggil serunding kelapa. Jadi bagaimana ianya berbeza dengan Pulut Serunding Ikan. Sebenarnya persoalan ini timbul apabila aku menyediakan kedua-duanya serentak sewaktu berbuka puasa. Maklumlah serunding kelapa dan serunding ikan memang sudah sedia ada di dalam peti sejuk. 

Jadi terlanjur aku mengukus pulut, aku sediakan sekali pulut pangang/udang yang akan aku sejuk bekukan. Sedang pulut sambal kelapa dan pulut serunding ikan buat juadah berbuka puasa pada hari ke-3.Haha...jangan konfius pulak ya.

Komen anakku :  Pulut Serunding Ikan lagi sedaplah!

Sambal kelapa ini ada banyak kegunaannya termasuk untuk membuat cucuq badak, pulut udang, pulut sambal, ikan belah belakang dan kerabu. Sebab itu aku sediakan banyak sekaligus.

Kali ini aku kongsikan pula bagaimana menyediakan sambal kelapa yang sedap. 

Resepi Sambal Kelapa
Bahan2:
1 biji kelapa parut
1/2 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1/4 cawan udang kering*
1 sudu kecil jintan manis*
2 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup*
Gula dan garam secukupnya
bahan * dikisar halus
1 biji kelapa 
1 senduk cili kering kisar
Minyak masak
1 cawan air

Cara Membuatnya:
1. Tumiskan semua bahan kisar dan cili kisar. Masukkan air.
2. Masukkan kelapa dan goreng sampai kering - 1 1/2 jam - 2 jam


Kering macam ni ya.

Untuk menyediakan Pulut Sambal Kelapa
Bentukkan pulut seperti yang dikendaki iaitu bulat leper dan gaulkan dalam sambal kelapa atau serunding kelapa.

Selamat Mencuba

Rasa Dapur KakJee (337) - Pulut Serunding Ikan


BismillahirRahmanirRahim


Awal bulan Ramadan adalah rahmat, 
pertengahan bulan Ramadan adalah keampunan, dan
penghujung bulan Ramadan adalah kebebasan dari api neraka.




Kuih tradisi ini juga dikenali sebagai Pulut Sambal terutama di daerah Kuala Kedah. Pertama kali makan aku sudah amat suka tapi jarang dijual di tempat tinggal aku. Ianya dibungkus di dalam daun pisang dengan begitu unik, puaslah aku mencari di google bagaimana cara membalutnya. Sayang sekali tidak ditemui. Jadi akupun balut ajelah, asal terbalut. 

Terlanjur dah ada stok Serunding Ikan, bolehlah main-main masak pulut serunding ikan pulak. Jom tengok resepi.

Resepi Pulut Serunding Ikan
Bahan2:
1/2 kg pulut  direndam 2 jam (guna pulut susu)
125 ml santan pekat
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak masak

Serunding Ikan secukupnya
Daun pisang dipotong ikut saiz yang sesuai

Cara Membuatnya:
1.Kukus pulut selama 30 minit atau sehingga masak.
2.Campurkan santan, garam, gula dan minyak dan kacau supaya sebati.
3.Setelah pulut masak keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil kacau pulut sehingga sebati. Biarkan 15 minit.

Gaul pulut dengan santan

4.Kukus semula pulut selama 20 minit.

Guna jala untuk mudah mengangkat pulut setelah masak...boleh juga guna kain net.

5.Gulung daun pisang supaya berbentuk corong.Masukkan serunding ikan dan diikuti dengan pulut.
Kemaskan bahagian atas dan gunakan lidi untuk menutupnya.Siap.


Pulut Serunding Ikan yang siap dibalut




Sabtu, 25 April 2020

Rasa Dapur KakJee (336) - Serunding Ikan


BismillahirRahmanirRahim



                                 Ramadhan dihadiahkan kepada kita supaya dimanafaatkan
                               untuk melakukan ketaatan, pemurnian dan meraih 
                 pahala berlipat ganda.



Serunding Ikan ini sesuai untuk dibuat Popia Simpul, antara makanan ringan kegemaran kami sekeluarga. Memang mudah untuk membeli serunding yang sedia ada tapi kita tidak tahu jenis ikan yang digunakan. Terbaik buat sendiri jelah. Namun prosesnya agak lama untuk mendapatkan serunding yang betul-betul kering supaya ianya tahan lama.

Serunding ikan ini boleh juga dijadikan inti untuk membuat Pulut Panggang atau Pulut Serunding. Boleh juga dimakan dengan nasi impit atau nasi. Aku menggunakan 5 ekor ikan kembung bersaiz sederhana, hasilnya agak banyak.

Resepi Serunding Ikan
Bahan2:
5 ekor ikan kembung
3 batang serai*
1/2  biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 sudu kecil jintan manis*
1/2 inci kunyit hidup*
- bahan * dikisar
1 senduk cili kisar
1 cawan  santan pekat
Asam keping
Garam secukup rasa
Gula


Cara Membuatnya:
1.Ikan dibersihkan dan direbus dengan asam keping dan garam. Ambil isi sahaja dan hancurkan isinya. Tapis air rebusan ikan.

Ikan kembong ke Ikan Pelaling...entahlah
2.Masukkan air rebusan ikan , bahan yang dikisar, isi ikan, sekeping asam keping, garam dan gula dalam kuali.
3.Masak sehingga kering.
4.Boleh disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Jom buat untuk hari raya
Selamat Mencuba.

Jumaat, 24 April 2020

Rasa Dapur KakJee (335) - Ayam Bakar


BismillahirRahmanirRahim



Ketika datang bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga akan dibuka,
pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan akan dibelenggu.
 [Hadis]




Gara-gara melihat anak buah masak ayam bakar, aku pun teringin la pulak. Ada banyak versi untuk menyediakan ayam bakar, kali ini aku ambil resepi ala barat. Kalau ikut resepi, ala Kenny Rogers katanya. Haha... kami tak pernah makan pun produk Kenny Rogers ni. Simple tapi sedap.

Untuk sosnya aku guna resepi dari Instagram yang diberi oleh anak buah. Sama seperti resepi yang aku pernah buat tapi yang menyedapkannya ialah cili padi yang ditambah. Sos yang sama untuk dimakan dengan kentang putar. Memang terangkat! Bolehlah cuba untuk berbuka puasa ya. Jangan lupa tambahkan dengan coleslaw ( untuk resepi taip : Coleslaw memory ziasaf) dan kentang putar (untuk resepi taip : Kentang putar memory ziasaf). Ada je dalam blog nih.

Resepi Ayam Bakar
Bahan2:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada hitam
4-5 susu besar sos lada hitam jenama Ramly
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula perang
50 ml air
*Semua bahan di atas dikisar

1 sudu madu
Sedikit minyak
1 sudu besar serbuk oregano

1/2 ekor ayam dibersihkan
Sedikit mentega


Cara membuatnya:
1.Campurkan bahan kisar dengan madu, minyak dan serbuk oregano.

Tumbuk pun boleh
2.Sapukan pada seluruh bahagian ayam. Perap 3 jam. Jika dapat semalaman lagi bagus.

Kelarkan ayam supaya cepat masak.

3.Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celcius kira-kira 40-50 minit atau sehingga masak.
4.Jika suka bakar bersama kentang, lobak merah dan bawang besar bagi menambah sedap dan aroma.
5.Selepas masak sapu dengan mentega di atas bahagian atas ayam ketika masih panas.

Dah masak dan disapu mentega.

Resepi Sos
Bahan2:
1/2 biji bawang Holland
2 sudu mentega
1 1/2 tepung gandum
1 cawan air
3 biji cili padi (boleh tambah ikut pedas)
2- 3 sudu besar  kicap manis
2 sudu besar serbuk hitam
2-3 sudu besar sos lada hitam (boleh guna sos tiram)
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Panaskan mentega dan masukkan bawang, kacau hingga keperangan.Masukkan tepung dan kacau lagi hingga agak rata, masukkan air.Sejukkan sekejap.
2.Kisar bersama cili padi sehingga halus.
3.Masak bersama kicap, serbuk lada hitam. sos lada hitam dan garam. Tambah kicap atau sos lada hitam untuk nampak lebih perang.Tambah air jika perlu. Masak sehingga agak pekat.


Sos lada hitam

Hidangkan bersama coleslaw dan kentang putar.



Selamat Berbuka Puasa.

Khamis, 23 April 2020

Ramadhan Al Mubarak 1441H


BismillahirRahmanirRahim



Ramadhan adalah kurniaan besar Allah SWT dalam hidup kita. Syukur kehadrat Ilahi yang telah memberi peluang kepada kita untuk disapa oleh Ramadhan. Lebih-lebih lagi di waktu dunia sedang diuji dengan sejenis penyakit iaitu COVID-19. Ianya memaksa manusia terkurung di rumah sendiri. Pasti ada hikmah setiap yang terjadi. Mari kita hayati beberapa pesan Rasulullah SAW berkaitan Ramadhan melalui khutbah baginda.

" Wahai sekelian manusia. Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Allah yang penuh berkat. rahmat dan keampunan. Bulan semulia-mulia bulan di sisi Allah. Hari-harinya adalah sebaik-baik hari. malam-malamnya adalah sebaik-baik malam. Waktu-waktunya adalah sebaik-baik waktu"

"Wahai sekelian manusia, telah datang kepadamu Ramadhan. Bulan di mana kamu diundang menjadi tetamu Allah. Dan kamu dijadikan sebagai golongan Allah yang mulia. Nafas-nafas kalian adalah tasbih. Tidur kalian adalah ibadah. Amal kalian diterima. Doa kalian mustajab. Maka mintalah kepada Allah dengan niat yang tulus, dengan hati yang bersih, agar Allah memberi taufik kepada kalian untuk berpuasa dan membaca kitabNya (al-Quran). Maka orang yang sengsara, adalah siapa yang tidak diampun dosanya pada bulan yang agung ini..."

"Dan bertaubatlah kalian kepada Allah di atas dosa-dosa kalian. Angkatlah tangan kalian ketika berdoa pada waktu-waktu solat kalian. Sesungguhnya itu adalah sebaik-baik waktu di mana Allah melihat hamba-hambaNya dengan penuh rahmat. Menjawabnya jika mereka memanggil, menyambutnya jika mereka menyeru, memberinya jika mereka meminta dan mengabulkan jika mereka memohon kepadaNya.

"Wahai sekelian manusia, sesungguhnya jiwa kalian tergadai dengan amal perbuatan kalian. Maka lepaskan gadaian itu dengan istighfar. Sesungguhnya tubuh kalian diberati oleh dosa-dosa kalian, maka ringaankanlah dengan sujud-sujud kalian yang panjang..."
                           
                                                                                                            [ HR: Ibnu Khuzaimah]


Mengimbau kenangan masjid-masjid yang pernah disinggah.

Masjid Syeikh Zayed, Abu Dhabi

Masjid Al-Fateh, Bahrain

Masjid Gazi Husrev Begs, Sarajevo, Bosnia.

Masjid Kairouan, Tunisia

Cologne Central Mosque, Germany

Mosque of Rome, Italy.
Semoga memberi manfaat.

Selasa, 21 April 2020

Rasa Dapur KakJee (334) - Puding Roti & Sos Kastard


BismillahirRahmanirRahim



Resepi yang sering kita jumpa di hotel sewaktu high tea ini memang sudah lama ingin dicuba. Kebetulan ada roti yang begitu payah untuk dihabiskan. Stok bahan-bahan lain pun sudah sedia ada, apa lagi aku pun cubalah. Resepi ini diambil dari FB rasa. Memandangkan stok susu cair tidak mencukupi, aku ganti dengan susu segar untuk membuat pudingnya. Sedap!Bertambah lemaknya.

Resepi Puding Roti & Sos Kastard
Bahan2:
Puding Roti
5 keping roti putih Gardenia
2 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
3 sudu besar gula perang
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit sebuk kulit kayu manis
Sedikit mentega
Sedikit buah-buahan kering

Cara Membuatnya:
1.Sapu bekas dengan mentega. Koyakkan roti kepada bahagian-bahagian lebih kecil dan susun dalam bekas tadi.
2.Masukkan susu segar, telur, gula dan esen vanila ke dalam periuk dan kacau sebati. Masak atas api sehingga keluar wap/sekejap.

Masak sekejap

3.Tuang adunan ke dalam bekas roti, tekan-tekan supaya semua roti tenggelam. Taburkan buah-buahan kering diikuti dengan serbuk kulit kayu manis. Biarkan 10 minit.
4.Kukus sehingga masak. Biarkan sejuk.

Biarkan terendam semuanya.

Puding roti yang sudah  masak dan sejuk. Boleh dimakan begitu sahaja!


Sos Kastard
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula

Cara Membuatnya:
1.Campurkan tepung kastard ke dalam air. Kacau supaya rata.
2.Masukkan susu dan gula. Masak atas api sambil kacau sehingga sos menjadi sedikit pekat. Angkat.

Dah siap. Jom.



Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...