BismillahirRahmanirRahim
Ramadhan dihadiahkan kepada kita supaya dimanafaatkan
untuk melakukan ketaatan, pemurnian dan meraih
pahala berlipat ganda.
Serunding Ikan ini sesuai untuk dibuat Popia Simpul, antara makanan ringan kegemaran kami sekeluarga. Memang mudah untuk membeli serunding yang sedia ada tapi kita tidak tahu jenis ikan yang digunakan. Terbaik buat sendiri jelah. Namun prosesnya agak lama untuk mendapatkan serunding yang betul-betul kering supaya ianya tahan lama.
Serunding ikan ini boleh juga dijadikan inti untuk membuat Pulut Panggang atau Pulut Serunding. Boleh juga dimakan dengan nasi impit atau nasi. Aku menggunakan 5 ekor ikan kembung bersaiz sederhana, hasilnya agak banyak.
Resepi Serunding Ikan
Bahan2:
5 ekor ikan kembung
3 batang serai*
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 sudu kecil jintan manis*
1/2 inci kunyit hidup*
- bahan * dikisar
1 senduk cili kisar
1 cawan santan pekat
Asam keping
Garam secukup rasa
Gula
Cara Membuatnya:
1.Ikan dibersihkan dan direbus dengan asam keping dan garam. Ambil isi sahaja dan hancurkan isinya. Tapis air rebusan ikan.
Ikan kembong ke Ikan Pelaling...entahlah |
2.Masukkan air rebusan ikan , bahan yang dikisar, isi ikan, sekeping asam keping, garam dan gula dalam kuali.
3.Masak sehingga kering.
4.Boleh disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Jom buat untuk hari raya |
Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan