Sabtu, 18 April 2020

Rasa Dapur KakJee (333) - Ayam Masak Beriani


BismillahirRahmanirRahim




Resepi Ayam Masak Beriani dari blog Mat Gebu, seperti biasalah derhaka sikit-sikit. Ayam boleh sahaja digoreng terlebih dahulu, jika mahu menjimatkan masa tak perlu goreng pun okay. Aku juga tambah kentang supaya nampak banyak sikit...hihi.

Resepi Ayam Masak Beriani
Bahan2:
1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.
Sedikit kismis
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar/pudina
1 biji tomato
2 biji kentang - dibelah 4 dan direbus hingga lembut
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar  rempah beriani jenama Mak Siti
Garam
Air
Kunyit
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 biji cili hijau*
bahan * dikisar halus

Cara Membuatnya:
1.Gaul ayam bersama garam daan kunyit. Perap 15 minit dan goreng separuh masak.

Ayam siap digoreng separuh masak
2.Panaskan 1 senduk minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau hingga harum.
3.Masukkan rempah beriani dan kacau sekejap. Masukkan pula sos tomato dan soso cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sehingga  naik minyak.
4.Masukkan ayam, kentang, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
5.Masukkan susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
6.Masak sehingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Masukkan tomato, kacau dan masak sekejap.Tutup api.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...