BismillahirRahmanirRahim
Ketika datang bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga akan dibuka,
pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan akan dibelenggu.
[Hadis]
[Hadis]
Gara-gara melihat anak buah masak ayam bakar, aku pun teringin la pulak. Ada banyak versi untuk menyediakan ayam bakar, kali ini aku ambil resepi ala barat. Kalau ikut resepi, ala Kenny Rogers katanya. Haha... kami tak pernah makan pun produk Kenny Rogers ni. Simple tapi sedap.
Untuk sosnya aku guna resepi dari Instagram yang diberi oleh anak buah. Sama seperti resepi yang aku pernah buat tapi yang menyedapkannya ialah cili padi yang ditambah. Sos yang sama untuk dimakan dengan kentang putar. Memang terangkat! Bolehlah cuba untuk berbuka puasa ya. Jangan lupa tambahkan dengan coleslaw ( untuk resepi taip : Coleslaw memory ziasaf) dan kentang putar (untuk resepi taip : Kentang putar memory ziasaf). Ada je dalam blog nih.
Resepi Ayam Bakar
Bahan2:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada hitam
4-5 susu besar sos lada hitam jenama Ramly
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula perang
50 ml air
*Semua bahan di atas dikisar
1 sudu madu
Sedikit minyak
1 sudu besar serbuk oregano
1/2 ekor ayam dibersihkan
Sedikit mentega
Cara membuatnya:
1.Campurkan bahan kisar dengan madu, minyak dan serbuk oregano.
Tumbuk pun boleh |
2.Sapukan pada seluruh bahagian ayam. Perap 3 jam. Jika dapat semalaman lagi bagus.
Kelarkan ayam supaya cepat masak. |
3.Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celcius kira-kira 40-50 minit atau sehingga masak.
4.Jika suka bakar bersama kentang, lobak merah dan bawang besar bagi menambah sedap dan aroma.
5.Selepas masak sapu dengan mentega di atas bahagian atas ayam ketika masih panas.
Dah masak dan disapu mentega. |
Resepi Sos
Bahan2:
1/2 biji bawang Holland
2 sudu mentega
1 1/2 tepung gandum
1 cawan air
3 biji cili padi (boleh tambah ikut pedas)
2- 3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar serbuk hitam
2-3 sudu besar sos lada hitam (boleh guna sos tiram)
Garam secukupnya
Cara Membuatnya:
1.Panaskan mentega dan masukkan bawang, kacau hingga keperangan.Masukkan tepung dan kacau lagi hingga agak rata, masukkan air.Sejukkan sekejap.
2.Kisar bersama cili padi sehingga halus.
3.Masak bersama kicap, serbuk lada hitam. sos lada hitam dan garam. Tambah kicap atau sos lada hitam untuk nampak lebih perang.Tambah air jika perlu. Masak sehingga agak pekat.
Sos lada hitam |
Hidangkan bersama coleslaw dan kentang putar. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan