BismillahirRahmanirRahim
Bulan Ramadan itu ibarat hujan,
ia memelihara dan menumbuhkan benih-benih perbuatan baik.
Sudah 4 hari hujan turun membasahi bumi, betullah kata-kata "Permulaan Ramadan adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah pembebsan dari api neraka".
Jadi dapatlah cuti dari tugas menyiram pokok-pokok di kebun kecil KakJee. Tenang melihat pokok-pokok yang segar ditimpa hujan. Sudah lama tidak berulam yalah semenjak berpuasa ni, sayang pula menengok daun-daun yang menghijau. Lalu berfikir, baik juga kalau dibuat nasi ulam, dapat makan banyak ulam sekaligus. Okay jom kita petik ulam dahulu.
|
Pegaga |
|
Tengek Burung atau Cabang Tiga |
|
Daun Kunyit |
|
Daun Limau Purut - ambil yang muda |
|
Pokok kantan ni belum berbunga tapi ada stok dalam peti ais...selamat. |
|
Daun Kaduk |
|
Daun Ulam Raja |
Setelah membelek beberapa resepi, macam susah je. Jadi KakJee pun buat resepi sendirilah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada seperti Serunding Ikan (buat sendiri ya) dan Sambal yang tak letak belacan. Jadi tugas menjadi mudah hanya hiris ulam-ulaman dan bunga kantan. Senangkan. Rasanya tetap sedap, tambahan pula dimakan dengan Sambal Udang dan ikan goreng. Whoolah!
|
Hirisan ulam, hirisaan bunga kantan, keriksik, sambal, serunding ikan dan limau kasturi. |
|
Nasi panas dalam semangkuk |
|
Gaul semuanya kecuali limau kasturi yang diletak selepas gaul semuanya. |
|
Yang ini lebihkan sambal cili, lagi sodap. |
#Nantikan kisah Kebun Kecil KakJee
Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan