BismillahirRahmanirRahim
![]() |
Assalamualaikum.
Rasanya belum terlambat untuk Kak Jee mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026.
Semoga yang baik-baik sahaja di tahun ini. Ditambahkan rezeki yang berkat, diberi kesihatan untuk menambahkan amalan dan membantu orang lain, diberi kesembuhan bagi yang sakit, ada karya baru diterbitkan, dijauhkan musibah dan penyakit merbahaya serta apa juga kebaikan yang menjadikan kita insan yang lebih baik daripada yang tahun lepas.
Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aamiin.
Kak Jee nak kongsi resipi kegemaran keluarga yang mudah disediakan. Asalnya resipi ini Kak Jee dapat daripada Almarhumah Mak Teh, emak saudara Kak Jee. Sesuai disediakan untuk makan tengahari bersama masakan sup ikan/ayam/daging atau masak lemak. Jadi ada rasa pedas yang mampu menambah selera.
Sotong tu jika tidak ada pun tidak mengapa, masih sedap dimakan.
Jom, tengok resipinya.
Resipi Kacang Buncis Sotong
Bahan2:
300 gram kacang buncis segar
3 ekor sotong bersaiz besar
3-4 biji cili merah
Sedikit cili api (jika nak extra pedas)
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (pilihan)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis
Air jika perlu
Cara Membuatnya:
1.Kisar cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air sehingga halus.
2.Kacang buncis dan sotong dihiris mengikut saiz yang sesuai.
3.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau. Masukkan air jika terlalu kering.
4.Masukkan kacang buncis dan sotong. Perisakan dengan garam dan kacau sehingga masak.
Dah siap!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan