BismillahirRahmanirRahim
![]() |
Alhamdulillah, saya berpeluang untuk hadir ke Konvensyen Penulis Islam Nusantara di Hotel Zenith, Putrajaya yang berlangsung pada tarikh 14-15 Oktober 2026. Konvensyen anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ini sangat besar manfaatnya buat penulis seperti saya. Inisiatif YADIM dengan menganjurkan konvensyen ini amat saya hargai sebagai wadah strategik yang menghimpunkan penulis, penerbit, ilmuwan dan penggerak industri buku Islam serantau. Sesuai dengan tema "Melestari Karya Islam Nusantara".
14 Oktober 2026
![]() |
| Berkenalan dengan Puan Rosmawati sebelum program bermula. |
![]() |
| Dapat beg dan buku-buku. Makan empat kali sehari. |
![]() |
| YB Senator Datuk Awang Sariyan |
![]() |
| Sidang 1 sedang berlangsung |
Saya kongsikan sedikit info dari Sidang 1 yang berkait rapat dengan saya sebagai penulis.
Tentang AI dalam menghasilkan sesebuah buku oleh Tuan Haji
Mohd Khair
1.Menyemak ejaan dan tatabahasa.
2.Membantu menyusun struktur manuskrip.
3.Meneroka idea dan mengenal pasti perkara yang dikaji.
4. Menyerahkan hampir keseluruhan proses
penulisan kepada AI.
4 prinsip penting dalam penggunaan AI
Agency: Penulis masih perlu mengawal proses
intelektual dan keputusan penulisannya.
Attribution:Sumber, petikan dan sumbangan idea
daripada pihak lain perlu diberikan pengiktirafan
Authenticity: Fakta, rujukan dan kandungan perlu
diperiksa kesahihan serta ketulenannya.
Accountability: Penulis dan penerbit perlu
bertanggunjawab terhadap karya yang dihasilkan.
Al boleh membantu mempercepatkan kerja penyelidikan
awal, Menyusun maklumat dan menyediakan draf tetapi penulis masih perlu
memahami apa yang sedang ditulis.
Penting bagi penulis mempunyai kemahiran membaca,
menyelidik, membandingkan pandangan dan membina hujah sendiri.
Ahmad Rifai Rifan, penulis buku best seller Indonesia.
Penulis mesti memperkenalkan karya sendiri supaya
orang tahu buku kita wujud.
Sasaran pembaca agar menemukan buku, mengenali penulis
dan membuat keputusan membeli melalui media sosial. Penulis harus popular!
Popular bukan penentu nilai, tetapi populariti boleh
menjadi pengganda manfaat. Sebuah karya yang bagus tetapi kalau tidak ramai
yang tahu kewujudannya, impaknya tetap terbatas.
Penulis bukan hanya perlu menghasilkan idea yang baik,
tetapi perlu tahu bagaimana membawa idea itu kepada khalayak.
Hari ini media sosial mungkin menjadi tempat pertama pembaca mengenali pemikiran seseorang penulis sebelum mereka mengenali bukunya. Dari situlah kepercayaan mula dibina.
Beliau membahagikan karya kepda empat kategori;
1.Bernilai, tetapi gagal menemukan jalan menuju
publik.
Banyak masa dihabiskan untuk menulis dan percaya ilmu
yang dikongsikan itu bermanfaat tetapi
hanya segelintir orang yang membacanya.
2.Karya yang menggerakkan.
Karya yang bagus, sampai kepada pembaca dan memberi
kesan dalam kehidupan mereka. Yang kita mahu.
3.Karya yang dilupakan, karya yang kurang bermakna dan
tidak menarik perhatian.
4.Karya yang merosak
Menjangkau banyak orang tetapi memperbesarkan
kedangkalan.
Ada buku atau konten yang begitu popular, dikongsi
merata-rata, tetapi apabila diperiksa hujah dan sumbernya, banyak perkara yang
meragukan.
Karya yang berimpak lahir daripada tiga kekuatan
1.Kualiti, menjadikan karya itu dipercayai.
2.Relevan, menjadikan karya itu diperlukan.
3.Populariti membantu karya itu ditemukan.
Populariti ada kaitan
dengan sejauh mana ilmu yang kita usahankan boleh sampai kepada
Masyarakat. Setelah sudah bersungguh-sungguh menghasilkan buku yang baik,
seharusnya kita bersungguh-sungguh membantu pembaca menemukan buku itu.
Penulis perlu berani ke hadapan, berkongsi pemikiran,
menyampaikan ilmu dan membina hubungan dengan pembaca.
![]() |
| Teman satu meja. |
![]() |
| Perasmian oleh YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan PErdana Menteri (Hal Ehwal Agama) |
Tertarik dengan syair Arab yang dibaca oleh Dr Zulkifli Hasan.
![]() |
| Sidang 2: Warisan Ilmu Nusantara |
![]() |
| Semangat! |
![]() |
| Berpeluang merakam kenangan dengan YBrs. Tuan Haji Zamri Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM. Pernah bertugas sebagai DJ di Radio IKIM. |
![]() |
| Merakam kenangan dengan Dr Fatimah Syarha Mohd Noordin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah. |
![]() |
| Berkenalan dengan Puan Siti Maizatul Rozihani dari Dewan Bahasa dan Pustaka. |
![]() |
| Forum: Masa Depan Karya Islam di Nusantara |
![]() |
| Puan Jarwati dari Gramedia Indonesia. |
![]() |
| Sempat merakam kenangan dengan Cik Puan Azzah Abdul Rahman, Pengarah Kandungan, Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd |
Perkongsian oleh Cik Puan Azzah Abdul Rahman
![]() |
| Audio Siar: Evolusi Dunia Penerbitan |
Menurut Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor, Presiden Malaysia Book Publishers Association (MABOPA)
![]() |
| Bicara Inspirasi: membina Legasi Melalui karya. |
Fatin Syamimy: Penerbit perlu mencari buku yang pembaca mahu.
![]() |
| Sempat jual buku, Terima kasih Puan Basmin. |
![]() |
| Makan tengahari amat mewah, berbaloi sungguh dengan harga RM50.00 untuk konvensyen ini. |
![]() |
| Sebelum balik, jual lagi buku. Terima kasih Puan Rosmawati. |
![]() |
| Kenangan dengan Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar |
![]() |
| Join sekali. |
![]() |
| Bersama Puan Syaza Wardina dari DBP |
![]() |
| Adik-adik dari MARDI. |
![]() |
| Ambil peluang bergambar dengan Puan Ainunl Muaiyanah (IBDE) dan Puan Fatin Syamimy Liana Badarudin (IMAN) |
![]() |
| Bacaan resolusi oleh Datuk Chamil Wariya. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Ucapan Penutup oleh Dr Fatimah Syarha. |
Alhamdulillah.
![]() |
| Pemandangan dari bilik 1009, Hotel Zenith Putrajaya. |
![]() |
| Menginap di sini untuk dua malam. |
![]() |
| Bukti kehadiran |



































Tiada ulasan:
Catat Ulasan