Sabtu, 17 Oktober 2026

Konvensyen Penulis Islam Nusantara


BismillahirRahmanirRahim


Alhamdulillah, saya berpeluang untuk hadir ke Konvensyen Penulis Islam Nusantara di Hotel Zenith, Putrajaya yang berlangsung pada tarikh 14-15 Oktober 2026. Konvensyen anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ini sangat besar manfaatnya buat penulis seperti saya. Inisiatif YADIM dengan menganjurkan konvensyen ini amat saya hargai sebagai wadah strategik yang menghimpunkan penulis, penerbit, ilmuwan dan penggerak industri buku Islam serantau. Sesuai dengan tema "Melestari Karya Islam Nusantara".

          14 Oktober 2026 


Berkenalan dengan Puan Rosmawati sebelum program bermula.

Dapat beg dan buku-buku. Makan empat kali sehari.

        Dialog Perdana: Mengangkat Karya Islam Dalam Kerangka Malaysia Madani
                                    YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Haji Awang Sariyan.

YB Senator Datuk Awang Sariyan
        
        Sidang 1: Wibawa Penulis, Jati Diri Karya


Sidang 1 sedang berlangsung

Saya kongsikan sedikit info dari Sidang 1 yang berkait rapat dengan saya sebagai penulis.

Tentang AI dalam menghasilkan sesebuah buku oleh Tuan Haji Mohd Khair

1.Menyemak ejaan dan tatabahasa.

2.Membantu menyusun struktur manuskrip.

3.Meneroka idea dan mengenal pasti perkara yang dikaji.

4. Menyerahkan hampir keseluruhan proses penulisan kepada AI.

4 prinsip penting dalam penggunaan AI

Agency: Penulis masih perlu mengawal proses intelektual dan keputusan penulisannya.

Attribution:Sumber, petikan dan sumbangan idea daripada pihak lain perlu diberikan pengiktirafan

Authenticity: Fakta, rujukan dan kandungan perlu diperiksa kesahihan serta ketulenannya.

Accountability: Penulis dan penerbit perlu bertanggunjawab terhadap karya yang dihasilkan.

Al boleh membantu mempercepatkan kerja penyelidikan awal, Menyusun maklumat dan menyediakan draf tetapi penulis masih perlu memahami apa yang sedang ditulis.

Penting bagi penulis mempunyai kemahiran membaca, menyelidik, membandingkan pandangan dan membina hujah sendiri.


Ahmad Rifai Rifan, penulis buku best seller Indonesia.

Penulis mesti memperkenalkan karya sendiri supaya orang tahu buku kita wujud.

Sasaran pembaca agar menemukan buku, mengenali penulis dan membuat keputusan membeli melalui media sosial. Penulis harus popular!

Popular bukan penentu nilai, tetapi populariti boleh menjadi pengganda manfaat. Sebuah karya yang bagus tetapi kalau tidak ramai yang tahu kewujudannya, impaknya tetap terbatas.

Penulis bukan hanya perlu menghasilkan idea yang baik, tetapi perlu tahu bagaimana membawa idea itu kepada khalayak.

Hari ini media sosial mungkin menjadi tempat pertama pembaca mengenali pemikiran seseorang penulis sebelum mereka mengenali bukunya. Dari situlah kepercayaan mula dibina.

Beliau membahagikan karya kepda empat kategori;

1.Bernilai, tetapi gagal menemukan jalan menuju publik.

Banyak masa dihabiskan untuk menulis dan percaya ilmu yang dikongsikan itu bermanfaat  tetapi hanya segelintir orang yang membacanya.

2.Karya yang menggerakkan.

Karya yang bagus, sampai kepada pembaca dan memberi kesan dalam kehidupan mereka. Yang kita mahu.

3.Karya yang dilupakan, karya yang kurang bermakna dan tidak menarik perhatian.

4.Karya yang merosak

Menjangkau banyak orang tetapi memperbesarkan kedangkalan.

Ada buku atau konten yang begitu popular, dikongsi merata-rata, tetapi apabila diperiksa hujah dan sumbernya, banyak perkara yang meragukan.

Karya yang berimpak lahir daripada tiga kekuatan

1.Kualiti, menjadikan karya itu dipercayai.

2.Relevan, menjadikan karya itu diperlukan.

3.Populariti membantu karya itu ditemukan.

Populariti ada kaitan  dengan sejauh mana ilmu yang kita usahankan boleh sampai kepada Masyarakat. Setelah sudah bersungguh-sungguh menghasilkan buku yang baik, seharusnya kita bersungguh-sungguh membantu pembaca menemukan buku itu.

Penulis perlu berani ke hadapan, berkongsi pemikiran, menyampaikan ilmu dan membina hubungan dengan pembaca.

Penulis hadir dengan bidang dan idea yang dibawanya


Teman satu meja.


Perasmian oleh YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan PErdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)


Tertarik dengan syair Arab yang dibaca oleh Dr Zulkifli Hasan.


"Tiada seorang penulis melainkan dia akan fana (mati)

Namun masa akan mengabadikan apa yang telah ditulis oleh kedua-dua tangannya

Maka janganlah engkau menulis dengan tanganmu melainkan sesuatu perkara yang membahagiakan dirimu apabila melihatnya semula pada hari kiamat kelak."


Sidang 2: Warisan Ilmu Nusantara

Semangat!

Berpeluang merakam kenangan dengan YBrs. Tuan Haji Zamri Zainal Abidin, Ketua Pegawai 
Eksekutif YADIM. Pernah bertugas sebagai DJ di Radio IKIM.

Merakam kenangan dengan Dr Fatimah Syarha Mohd Noordin,
Ahli Lembaga Pemegang Amanah.


    15 Oktober 2026

Berkenalan dengan Puan Siti Maizatul Rozihani dari Dewan Bahasa dan Pustaka.
Forum: Masa Depan Karya Islam di Nusantara

Puan Jarwati dari Gramedia Indonesia.

Sempat merakam kenangan dengan Cik Puan Azzah Abdul Rahman,
Pengarah Kandungan, Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd

Perkongsian oleh Cik Puan Azzah Abdul Rahman

Dakwah tidak semestinya perlu disampaikan dalam bentuk yang orang nampak terus sebagai "buku agama". 

Dalam pemasaran dan penerbitan, kita perlu kenal siapa pembaca yang mahu kita dekati.

Ilmu tidak menjadi kurang nilainya hanya sebab cara penyampaiannya yang ringan. Kandungannya masih boleh kukuh, prinsipnya masih terjaga, cuma jalan untuk sampai kepada pembaca itu berbeza.



Audio Siar: Evolusi Dunia Penerbitan


Menurut Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor, Presiden Malaysia Book Publishers Association (MABOPA)

Waktu terbaik menjual buku ialah di PBAKL yang berlangsung setiap tahun dan pesta buku negeri. Manakala di pesta buku antarabangsa di luar negara, penerbit menjual hak cipta.

Bisnes buku kena berkawan-kawan, jangan sombong dan merasa rendah diri.

Jual buku boleh berlaku di mana-mana, cari peluang walaupun terpaksa keluarkan belanja. Paling penting 'trust'. 

Antara tujuan tulis buku;
Sebar maklumat
Ajar ilmu
Pencetus minda
Hiburan
Ekonomi.

Buku paling laris, buku kanak-kanak.


Bicara Inspirasi: membina Legasi Melalui karya.

Fatin Syamimy: Penerbit perlu mencari buku yang pembaca mahu.

Ainunl Muaiyanah: Cari buku yang pembaca perlu.


Sempat jual buku, Terima kasih Puan Basmin.

Makan tengahari amat mewah, berbaloi sungguh dengan harga RM50.00
untuk konvensyen ini.

Sebelum balik, jual lagi buku. Terima kasih Puan Rosmawati.

Kenangan dengan Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar

Join sekali.

Bersama Puan Syaza Wardina dari DBP

Adik-adik dari MARDI.

Ambil peluang bergambar dengan Puan Ainunl Muaiyanah (IBDE) dan Puan Fatin 
Syamimy Liana Badarudin (IMAN)

Bacaan resolusi oleh Datuk Chamil Wariya.







Ucapan Penutup oleh Dr Fatimah Syarha.

 Alhamdulillah.


Putrajaya sewaktu malam.


Pemandangan dari bilik 1009, Hotel Zenith Putrajaya.

Menginap di sini untuk dua malam.

Bukti kehadiran




Konvensyen Penulis Islam Nusantara

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, saya berpeluang untuk hadir ke Konvensyen Penulis Islam Nusantara di Hotel Zenith, Putrajaya yang be...