BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah, diizin Allah untuk berkongsi cerita bahagia pada hari raya yang lepas. Banyak cerita sebenarnya namun ada sahaja aktiviti yang menghalangnya. Rasanya masa berlalu begitu laju, sayu Ramadan dan Syawal sudah berlalu.
Tahun ini buat pertama kalinya kami bertiga beraya di rumah Kak Aishah, kakak sulung saya. Setelah hampir lima tahun tidak beraya di kampung sendiri, saya balik seminggu lebih awal. Yang bagusnya, suasana perjalanan begitu selesa sehingga kami mampu sampai ke destinasi dengan mengambil masa hanya empat jam.
Untuk juadah hari raya, saya masak rendang ayam pencen, kari daging dan lodeh. Ketupat nasi dan pulut pun ada. Susah betul mencari sarung ketupat nasi di sini, maklumlah bukan tradisi di hari raya. Kebanyakan mereka memilih ketupat segera, bagi saya tak seronoklah. Gigih juga ke beberapa pasar di Sungai Bakap, Simpang Empat sehingga ke Parit Buntar. Akhirnya kami beli di AEON Mall di Alma.
Walaupun daun kelapa sarung ketupat sudah sedikit kelayuan dan kehitaman, kami tiada pilihan. Harganya pun boleh tahan mahal, RM1.25 satu.
Pengalaman menarik raya tahun ini, saya cuba petua untuk lembutkan daging ayam pencen yang direbus terlebih dahulu dengan menggunakan buah kurma. Untuk tiga ekor ayam, saya letak tiga biji. Menjadi. Begitu juga dengan tulang daging lembu dan daging, saya rebus dahulu dengan buah kurma. Cubalah!
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari raya pertama, kedua dan ketiga.
Hari Raya Pertama.
 |
| Dengan mak dan Kak Aishah. |
 |
| Fitri dan Kak. |
 |
| Keluarga Emy (anak Kak Aishah) turut beraya di sini. |
 |
| Lepas solat sunat hari raya kami ke rumah mertua Abang di Perak. |
 |
| Kemudian ke rumah kakak saya, Kak Jamilah. |
 |
| Sepupu sepapat |
 |
| Sate pun ada. |
 |
| Duit raya untuk cucu2 sedara. |
 |
| Ramai |
 |
| Bukan mudah nak jumpa, ramai2 macam ni. |
 |
| Cer kira cicit2 Almarhum Haji Abdul Hamid. |
 |
| Di rumah Mak Dak Ton. |
Hari Raya kedua |
| Adik beradik perempuan. Jamilah, Azizah, Fauziah, Aishah. |
 |
| Di rumah Kak Cik (Azizah) di pulau. |
 |
| Tudia penuh. |
 |
| Kedai mamak je yang buka. |
 |
| Raya2 |
Hari Raya Ketiga
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, kami singgah di rumah kakak ipar, Puan Hajah Jamilah. Dapatlah makan laksa.
 |
| Mizah, Fitri, Kak Aishah, Kak Milah dan Zawani. |
 |
| Di Melaka |
 |
| Keluarga sepupu Abang Khalil yang datang beraya di rumah Kakak Aishah. |
Kami mengambil masa selama 9 jam untuk sampai ke rumah. Letih, walaupun hanya Saffura yang memandu kereta.
Puas rasanya dapat beraya di kampung, bertemu sanak saudara. Biarlah jem lebuh raya namun keberkatan bersilatulrahim tidak boleh diabaikan. Nikmatnya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Selagi hayat masih ada, carilah ruang dan peluang untuk bertemu dengan mereka. Semoga Allah berkati.