Khamis, 30 April 2026

Cerita Jamuan Hari Raya 2026.

 BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah, rumah kami begitu meriah dan berseri dengan kehadiran kakak-kakak ipar beserta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Mereka datang beraya sambil ziarah bapa saudara mereka yakni suami saya yang kurang sihat.

Dua keluarga dari Melaka dengan empat buah kereta tiba jam 12:00 tengahari. Dua keluarga lagi dari Kuala Lumpur yang sedikit lewat. Seronok melihat telatah cucu-cucu saudara. Dua puluh tahun dahulu, mak dan ayah mereka yang beraya di sini. Suasana hampir sama namun jumlah bilangannya bertambah. Cepatnya masa berlalu!

Jom kita layan gambar dan ceritanya.

Laksa Penang dan Nasi Arab menjadi juadah utama.

Kurma ayam, sambal udang dan acar timun dimakan dengan Nasi Arab segera.


Asalnya nak order sahaja tetapi semua tak terima, banyak sangat open house.

Alhamdulillah semua habis.
Terlebih terkurang mohon maafkan.

Ikin dan anak-anak.

Pot paling disukai sejak zaman mak ayah mereka kecil dahulu.

Ina. Kak Fazidah, Atin dan Ija.

Mak Long dan Shidah sibuk beri arahan, jangan naik tangga.

Taufik dan anak buah dari Singapura.

Banyak ceritanya.

Puan Noriah yang berseri2, maklumlah pengantin baru.

Tiada telefon bimbit, boleh membaca dengan tenang.

Seronoknya membaca buku.

Tu dia, ada yang usung bekas keropok.

Apa cerita tu?

Pening melihatnya.

Macam-macam ragam yang sempat dirakam.

Mengisi masa.

Uji minda.

Mak2 tengok je.

Lepas ni kemas balik ya.

Mujur Saffura simpan.


Tok Tam bagi duit raya.




Bersama biras, Puan Norliah (isteri Almarhum Cikgu Baharuddin), Puan Fazidah
(isteri Almarhum En Azmi), Puan Hajah Hanim (isteri Almarhum Hj Basri) dan
Puan Susila ( isteri Almarhum En Badrin)

Cuaca dah redup bolehlah keluar.

Seronok semua dapat keluar.

Terima kasih semua yang sudi bertandang ke rumah kami, jumpa lagi di lain waktu. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Jamuan Hari Raya 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, rumah kami begitu meriah dan berseri dengan kehadiran kakak-kakak ipar beserta anak-anak dan cucu-...