Ahad, 19 Julai 2020

Kursus 3D Jelli


BismillahirRahmanirRahim




Pertama kali aku lihat 3D Jelli sewaktu majlis HighTea dengan Puan Sri Diah tahun lepas. Cantik sungguh 3D Jelli ini, hiasan bunganya begitu hidup. Pasti sayang untuk dipotong. Rasanya pula sedap, ada rasa kenyal-kenya gitu haah. Teringinnya nak belajar buat.

Alhamdulillah hasrat terlaksana pada 11 Julai 2020. Walaupun bayaran yurannya agak mahal namun aku begitu berpuas hati kerana mendapat kemahiran tersebut. Bayaran RM400 untuk kursus hands-on yang berjalan selama 6 jam (9.30 - 3.30) dengan pelbagai kemudahan diberi amat berbaloi. Hanya 4 orang peserta sahaja diambil agar Puan Lin dapat memberi tumpuan secara individu.

Kami diberi tugasan menyiapkan 4 jenis 3D Jelli yang berlainan saiz. Memang tidak sempat untuk saling berkenalan sesama rakan sekursus sebab sibuk untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Walaupun agak tidak yakin dan kekok pada awalnya namun semua peserta dapat menghasilkan 3D Jelli mengikut kreativiti masing-masing.


Sebelum mula kelas Puan Lin tunjukkan contoh 3D Jelli yang sudah disiapkan.
Deko2. Perlu perhatian sepenuhnya.
Terbalik yaa...bukan senang sebab tu mahal.

Saiz ni kalau jual RM150

Saiz kecil

Satu lagi
Hasilnya ada 4

Bersama Puan Roslinah - Ratu 3D Jelli
Semua sibuk dengan tugasan.

Jom tengok hasil kerja kawan-kawan yang lain.












Puan Norlida berminat dengan buku travelog yang dibawa.


Khamis, 16 Julai 2020

WANG TIKET QATAR AIRWAYS DIKEMBALIKAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Aku mahu berkongsi mengenai kembara kami yang tidak jadi angkara pandemik COVIC-19 yang melanda seluruh dunia. Apa pun bersyukur ke hadrat Ilahi yang secara perlahan mengambil balik wabak tersebut dari Malaysia. Sesungguhnya apa juga musibah yang Allah SWT timpakan pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Sama-samalah kita terus menjaga diri masing-masing dan keluarga agar wabak tersebut terus hilang dari muka bumi kita ini.

Kami telah merancang percutian pada tahun 2020 untuk ke negara2 Scandivania iaitu Norway, Sweden dan Finland. Pada bulan Januari tiket telah ditempah melalui Qatar Airways. Pengalaman kembara ke Eropah pada tahun 2019 menggunakan perkhidmatan Qatar Airways begitu memuaskan hati kami. Jadi aku mahu naik kapal terbang dari syarikat terkenal ini. Tertera pada tiket penerbangan bertarikh 23 Mac 2020. Kami begitu teruja lantas membuat persediaan sementara menanti tibanya tarikh tersebut.

Tanpa diduga berlaku serangan penyakit virus corona yang bermula di Wuhan, Hubei negara China. Seterusnya merebak ke seluruh dunia. Kami kian berdebar dan berharap wabak tersebut segera berlalu. Namun tiada tanda-tanda ianya akan berakhir, lalu kami mengambil keputusan untuk menangguhkan penerbangan ke tarikh lain iaitu pada 8 Jun 2020. Terpaksalah kami membayar wang denda atau penalti sebanyak 2K kerana mahu menukarkan tarikh. 

Malangnya penyebaran penyakit tersebut terlalu cepat sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengistiharkannya sebagai Pandemic COVIC-19 pada 11 Mac 2020. Malaysia juga turut mengalami pertambahan bilangan pesakit koronavirus lantas memaksa pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020 dalam 4 fasa. Fasa terakhir dijangka pada 31 Ogos 2020.

Alhamdulillah Qatar Airways telah membatalkan penerbangan ke Oslo, Norway pada 8 Jun 2020. Kami dihubungi dan wakil syarikat memberi jaminan bayaran pulangan 100% namun tidak termasuk wang penalti yang telah dikenakan. Pada 14 Julai kami menerima wang tersebut yang bernilai RM1X,XXX.00.

Kami pernah menggunakan khidmat syarikat penerbangan Timur Tengah seperti Emirate, Etihad, Saudia dan Oman Airlines. Bagi kami Qatar Airways adalah yang terbaik dari terutama dari segi ketepatan masa dan urusan ketika mahu terbang. Urusan checkin berjalan sangat lancar kerana banyak kaunter dibuka terutama ketika kami di Frankfurt. Sewaktu mahu masuk ke perut kapal terbang dari bilik menanti juga berjalan dengan teratur kerana mereka ada sistem yang tersendiri. Iaitu setiap penumpang disusun mengikut kedudukan tempat duduk yang tertera di tiket. Sewaktu penerbangan Kuala Lumpur - Doha, kapal terbang berlepas tepat pada masa yang tertera di tiket, sesuatu yang tidak pernah aku alami.

Cuma kekurangannya ialah masih ada menyediakan minuman keras juga tiada ruang khas untuk mendirikan solat.Bahkan ada arahan yang meminta penumpang solat secara duduk di kerusi masing-masing. Hidangan makanan memang mewah dan sedap. Paramugara dan paramugari lebih sopan dan suka membantu.

Saudia Airlines bagus dari segi menyediakan ruang khas untuk solat dan tiada hidangan arak. Pun begitu agak lemah daripada segi pengurusan masa, pernah kami mengalami 4 kali delay,

Brunei Airlines juga tidak menyediakan hidangan arak namun tiada ruang solat ketika kami menaikinya untuk ke London pada tahun 2011.

Sekian didoakan catatan ini membantu mereka yang mengalami masalah yang sama.
Semoga dipermudahkan urusan dan dapat kita terbang semula. Insya-Allah. Aamiin 



Jom layan gambar. Maklumlah dah lama tak terbang dan tak tahu bila pula boleh terbang semula.

Kuala Lumpur - Doha, Qatar.

Kapal terbang Qatar Airways

Ruang duduk yang selesa, dapat tidur nyenyak walaupun kelas ekonomi, Alhamdulillah

Dapat toiletries 
Seronoknya nak terbang.
Makanan ringan sebaik berlepas.

Menu diberi...pilih2 mahu makan apa.

Macam2 ada ...selalunya tak habis. Lepas makan boleh tidur.
Ehhh... makan lagi. Ambik jelah.
Di Doha Airport, Qatar.

Terbang balik. Laluan Doha- Frankfurt.

Sarapan

Nak sampai Frankfurt dah
Di Frankfurt Airport sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. 30 hari dah jalan Eropah.

Hidangan kali ini.

Perasan set hidangan special sikit. 


Lepas makan kita minum kopi. Ada coklat Godiva, yang best tu boleh minta lagi coklat.


Hidangan dalam penerbangan Doha - Kuala Lumpur

Buat sarapan nanti

Muffin dan pie.

Canggih, boleh tengok luar melalui skrin individu.

Alhamdulillah selamat menjejak bumi Malaysia kembali.

 Travel, Tulis & Terbit.







Rabu, 15 Julai 2020

PROMOSI BUKU TRAVELOG ARAB SAUDI WINTER D'RIYADH


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Didoakan agar semua pembaca sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

Alhamdulillah saya ingin memperkenalkan buku travelog kedua saya.


Berikut adalah komen2 yang diberi pembaca.











    Kos Penghantaran RM8 untuk Semenanjung/ RM12 untuk Sabah & Sarawak.


Alhamdulillah buku ini telah menerima Anugerah Dana Penulis dari Perpustakaan Negara Malaysia. Di mana kesemua perpustakaan desa seluruh negara akan memiliki buku ini di rak buku masing-masing. 


Siap tersusun 507 naskah termasuk 10 tambahan


Buku Winter D'Riyadh ini juga boleh dibeli di Shopee dan Lazada.

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...