Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Aku mahu berkongsi mengenai kembara kami yang tidak jadi angkara pandemik COVIC-19 yang melanda seluruh dunia. Apa pun bersyukur ke hadrat Ilahi yang secara perlahan mengambil balik wabak tersebut dari Malaysia. Sesungguhnya apa juga musibah yang Allah SWT timpakan pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Sama-samalah kita terus menjaga diri masing-masing dan keluarga agar wabak tersebut terus hilang dari muka bumi kita ini.
Kami telah merancang percutian pada tahun 2020 untuk ke negara2 Scandivania iaitu Norway, Sweden dan Finland. Pada bulan Januari tiket telah ditempah melalui Qatar Airways. Pengalaman kembara ke Eropah pada tahun 2019 menggunakan perkhidmatan Qatar Airways begitu memuaskan hati kami. Jadi aku mahu naik kapal terbang dari syarikat terkenal ini. Tertera pada tiket penerbangan bertarikh 23 Mac 2020. Kami begitu teruja lantas membuat persediaan sementara menanti tibanya tarikh tersebut.
Tanpa diduga berlaku serangan penyakit virus corona yang bermula di Wuhan, Hubei negara China. Seterusnya merebak ke seluruh dunia. Kami kian berdebar dan berharap wabak tersebut segera berlalu. Namun tiada tanda-tanda ianya akan berakhir, lalu kami mengambil keputusan untuk menangguhkan penerbangan ke tarikh lain iaitu pada 8 Jun 2020. Terpaksalah kami membayar wang denda atau penalti sebanyak 2K kerana mahu menukarkan tarikh.
Malangnya penyebaran penyakit tersebut terlalu cepat sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengistiharkannya sebagai Pandemic COVIC-19 pada 11 Mac 2020. Malaysia juga turut mengalami pertambahan bilangan pesakit koronavirus lantas memaksa pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020 dalam 4 fasa. Fasa terakhir dijangka pada 31 Ogos 2020.
Alhamdulillah Qatar Airways telah membatalkan penerbangan ke Oslo, Norway pada 8 Jun 2020. Kami dihubungi dan wakil syarikat memberi jaminan bayaran pulangan 100% namun tidak termasuk wang penalti yang telah dikenakan. Pada 14 Julai kami menerima wang tersebut yang bernilai RM1X,XXX.00.
Kami pernah menggunakan khidmat syarikat penerbangan Timur Tengah seperti Emirate, Etihad, Saudia dan Oman Airlines. Bagi kami Qatar Airways adalah yang terbaik dari terutama dari segi ketepatan masa dan urusan ketika mahu terbang. Urusan checkin berjalan sangat lancar kerana banyak kaunter dibuka terutama ketika kami di Frankfurt. Sewaktu mahu masuk ke perut kapal terbang dari bilik menanti juga berjalan dengan teratur kerana mereka ada sistem yang tersendiri. Iaitu setiap penumpang disusun mengikut kedudukan tempat duduk yang tertera di tiket. Sewaktu penerbangan Kuala Lumpur - Doha, kapal terbang berlepas tepat pada masa yang tertera di tiket, sesuatu yang tidak pernah aku alami.
Cuma kekurangannya ialah masih ada menyediakan minuman keras juga tiada ruang khas untuk mendirikan solat.Bahkan ada arahan yang meminta penumpang solat secara duduk di kerusi masing-masing. Hidangan makanan memang mewah dan sedap. Paramugara dan paramugari lebih sopan dan suka membantu.
Saudia Airlines bagus dari segi menyediakan ruang khas untuk solat dan tiada hidangan arak. Pun begitu agak lemah daripada segi pengurusan masa, pernah kami mengalami 4 kali delay,
Brunei Airlines juga tidak menyediakan hidangan arak namun tiada ruang solat ketika kami menaikinya untuk ke London pada tahun 2011.
Sekian didoakan catatan ini membantu mereka yang mengalami masalah yang sama.
Semoga dipermudahkan urusan dan dapat kita terbang semula. Insya-Allah. Aamiin
|
Alhamdulillah selamat menjejak bumi Malaysia kembali. |
Travel, Tulis & Terbit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan