Kota Madinah adalah tempat hijrah dan tempat tinggal Rasulullah s.a.w.
Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa ziarah baginda adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Jangan kamu bersusah payah melakukan perjalanan jauh, kecuali ke tiga masjid, iaitu masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram dan Masjid Al Aqsa"
[Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bhukari dan Muslim]
Sabda Rasulullah s.a.w, " Solat di masjidku ini nilainya 1000 kali lebih baik dibandingkan dengan di masjid lain kecuali di Masjidil Haram."
[Hadith direkodkan oleh imam Al-Bhukari]
Di Masjid Nabawi terdapat Makam Rasulullah s.a.w dan Raudhah
Adab-adab Ziarah ke Masjid Nabawi
1.Ketika menuju ke Madinah Munawarah perbanyakkan selawat ke atas Nabi
serta memohon kepada Allah supaya memanafaatkannya dengan ziarahnya itu.
2.Memakai pakaian yang bersih dan sebaik-baiknya dalam keadaan berwudhuk
3.Mendahulukan kaki kanannya ketika melangkah masuk dan menggunakan kaki
kirinya ketika melangkah keluar apabila sampai ke pintu Masjid Nabawi
4.Mendirikan sunat Tahiyyatul Masjid.
5.Masuk ke Raudhah , selepas solat Tahiyyatul Masjid kemudian ke maqam
Nabi dan dalam keadaan beradab memberi salam tanpa menguatkan suara
cukup sekadar didengar oleh dirinya.(Rujuk buku doa) Maksud Doa:
"Selamat sejahtera wahai Rasulullah saw, selamat sejahteralah waha
Habibullah, selamat sejahteralah wahai sebaik-baik makhluk Allah,
aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah,menunaikan
amanah tanggung jawab,memberi nasihat kepada umat dan engkau telah
berjihad kerana meninggikan agama Allah sehingga keyakinan datang
kepada engkau."
6. Jika seseorang memesankannya supaya menyampaikan salam kepada
Rasulullah saw, dia hendaklah memberi salam tersebut.
7. Kemudian dia memberi salam kepada Sayidina Abu Bakar r.a.
"Salam sejahtera kepadamu wahai Amirul Mukminin, salam sejahtera
wahai sahabat yang bersama Rasulullah saw di dalam gua Thur,
salam sejahtera kepadamu wahai Khalifah Rasulullah saw."
8. Kemudian dia memberi salam kepada Sayidina Umar Al Khattab r.a.
"Salam sejahtera kepadamu wahai Amirul Mukminin, salam sejahtera
wahai Abu Hafsin, salam sejahtera wahai pengunci segala fitnah."
9. Kembali ke Raudhah dan banyak mendirikan solat dan berdoa.
10.Ziarah Wida' sebelum meninggalkan Kota Madinah
Sebaiknya dilakukan di Raudhah, jika tidak mampu boleh dilakukan di kawasan
lapang berhampiran dengan Kubah Hijau. Biasanya pengawal melarang kita
duduk lama di situ.
Doa yang boleh dibaca,
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini
sebagai kali terakhir, Kurniakan bagiku kepadanya ziarah
untuk kesekelian kalinya dalam kebajikan,kesejahteraan,
kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, In shaa Allah
aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah(kesaksianku,amanahku,perjanjianku,timbanganku)
padahari itu untuk kiamat. Dengan kesaksian bahawa tiada Tuhan
melainkan AllahYang Maha Esa Tiada sekutu bagiNya.
Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaMu lagi utusanNya.
Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan.
Salam untuk sekalian utusan(Rasul-rasul) dan segala pujian
bagi Allah, Tuhan sekalian alam."
Masjid Nabawi |
Gambar replika rumah Rasulullah s.a.w yang merupakan sebahagian dari Masjid Nabawi |
Pelan kedudukan Raudhah di dalam Masjid Nabawi |
Gambar dari bahagian dalam Masjid Nabawi
Ruang solat wanita dalam Masjid Nabawi |
Kawasan solat wanita di perkarangan Masjid Nabawi |
Gambar sekitar Masjid Nabawi
Kubah Hijau - Terdapat 3 makam iaitu makam Rasulullah s.a.w, Sayyidina Abu Bakar As Shiddiq ra dan Sayyidina Umar Al-Khattab ra |
Kawasan yang sesuai untuk Ziarah Wida' |
Bangunan Masjid Nabawi |
Sebahagian dari pintu masuk Masjid Nabawi |
Pintu utama - Babus Salam |
Pintu Babus Salam - hanya untuk lelaki sahaja |
Ruang solat lelaki di sekitar Masjid Nabawi |
Ruang solat lelaki |
Bahagian sempadan Masjid Nabawi dengan Perkuburan Baqi' |
Satu dari pintu besar untuk masuk ke dalam kawasan sekitar Masjid Nabawi |
Payung gergasi melindungi kepanasan mentari tetamu di Masjid Nabawi |
Sekitar kawasan luar perkarangan Masjid Nabawi
Kawasan food court paling hampir dengan Masjid Nabawi Terletak di bahagian belakang Hotel Dar At Taqwa |
Pelbagai barangan di jual sekitar bahagian hadapan Perkuburan Baqi |
Hotel-hotel berhampiran Masjid Nabawi |
Satu dari mercu tanda untuk ke Masjid Nabawi |
Raudhah
Raudhah adalah suatu tempat di dalam Masjid Nabawi, berada di antara rumah Nabi
(Makam Nabi)sampai mimbar.Taudhah adalah tempat maqbul untuk berdoa. Sabda
Rasulullah s.a.w "Antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah(taman) diantara
taman-taman syurga dan mimbarku di atas telagaku". [Riwayat Bhukari dan Muslim]
Raudhah merupakan tempat tumpuan untuk ke Masjid Nabawi.
Berikut beberapa panduan untuk memudahkan urusan ke Raudhah bagi wanita.
1. Hanya ada dua pintu untuk ke laluanRaudhah iaitu Pintu Uthman Bin Affan dan
Pintu Ali Bin Abi Talib. Disebabkan kawasan Masjid Nabawi sangat luas dan
banyak pintu, sebagai panduan pintu tersebut berada berhadapan dengan
Hotel Dar Al Taqwa atau Hotel Hilton.
Bangunan Hotel Darul Al Taqwa |
Ada Paparan di bahagian pintu masuk |
Pintu Uthman Bin Affan (Bahagian Luar) |
Pintu Ali Bin Abu Talib(Bahagian Dalam) |
2. Pastikan masa yang dikhaskan untuk golongan wanita iaitu
-Selepas Subuh (Pukul 7.30 pagi)
-Selepas Zohor (Pukul 1.30 tengahari)
-Selepas Isyak
Untuk kepastian boleh bertanya pekerja di situ
Ada ditulis waktu untuk masuk ke Raudhah |
3. Tunggu sehingga ada pengumuman di mana para jemaah akan dikumpulkan
mengikut negara masing-masing seperti Pakistan/India, Turki, Negara Arab,
Malaysia/Indonesia.
Ikut arahan petugas yang biasanya boleh berbahasa Melayu. Ada papan tanda
misalnya Malaysia.
Berkumpul dan duduk untuk tunggu giliran masuk bersama-sama biasanya hampir 1 jam |
Pintu sudah dibuka |
Masuk ke sebelah kanan laluan |
Ikut laluan ini yang merupakan kawasan solat lelaki tetapi sudah ditutup sekelilingnya |
Terus berjalan sehingga jumpa pintu ini di sebelah kanan |
Akan menjumpai kawasan lapang berhadapan bangunan asal Masjid Nabawi |
Ini geng jemaah Malaysia dan Indonesia berkumpul di depan- masa menunggu agak lama. Boleh diisi dengan membaca al Quran. Kubah Hijau begitu dekat di sini. |
Tunggu lagi kebiasaannya jemaah Malaysia/Indonesia antara yang terakhir dapat masuk. Sabar aje la. |
Stesen Menunggu 2 - tunggu giliran masuk. |
Sudah berada di dalam Masjid Nabawi yang asal di mana terletaknya Raudhah |
Jika orang ramai tunggu dulu |
Sementara menunggu ,carilah tempat untuk baca al Quran atau berzikir |
Jika keadaan sudah reda, bergerak ke sebelah kiri, cari binaan berwarna hijau terang |
Jika terjumpa karpet berwarna hijau, solat dan berdoalah. Ianya sebahagian dari kawasan Raudhah |
Tempat Ziarah sekitar Madinah
1. Perkuburan Baqi'
Baqi' adalah tanah perkuburan untuk penduduk Madinah, terletak di sebelah
Timur Masjid Nabawi.
Tempat dimakamkan Khalifah Uthman bin Affan, para isteri Nabi s.a.w seperti
Siti 'Aisyah, Ummu Salamah, Juwairiah,Hafshah binti Umar dan Mariyah
Al Qibthiyyah, juga putera-puteri Rasulullah s.a.w , Ibrahim,Siti Fatimah,
Zainab dan Ummu Kalthum.
2. Masjid Quba
Masjid pertama di Madinah Munawarah.
Dari Sahl bin Hunaif ra berkata : Rasulullah s.a.w bersabda," Siapa saja yang
bersuci di rumahnya, kemudian datang ke Masjid Quba dan shalat di dalamnya,
maka ia mendapatkan seperti pahala umrah."
[HR Ahmad,An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim]
3. Jabal Uhud
Nama sebuah bukit terpanjang di Madinah. Terletak lebih kurang 5 km dari
pusat Kota Madinah.Di lembah ini pernah terjadi peperangan antara kaum
muslimin dengan pasukan 700 orang melawan
kaum musyrikin Mekah dengan pasukan 3000 orang. Perang ini terjadi pada
tahun ke 3H. Pada awalnya kaum muslimin mendapat kemenangan yang gemilang
sehingga kaum musyrikin lari kocar- kacir. Mengira perang sudah selesai,
pasukan memanah yang ditempatkan di atas bukit yang dikenali sebagai
'Jabal Rumaat' meninggalkan pos pertahanan tersebut untuk mengambil barang-
barang yang ditinggalkan oleh kaum musyrikin tersebut walaupun pernah
dilarang berbuat demikian.
Khalid bin Walid ra (sebelum masuk Islam) sebagai komandan pasukan berkuda
kaum musyrikin menggerakkan pasukannya kembali menyerang kaum muslimin.
70 orang gugur sebagai syuhada termasuk bapa saudara Rasulullah s.a.w Sayyidina
Hamzah bin Abdul Muthalib ra. Nabi Muhammad s.a.w sendiri turut mengalami luka
yang agak parah. Para syuhada dimakamkan di tempat tersebut. Kuburan Uhud
sekarang dikelilingi tembok. Kita dianjurkan menziarahi Uhud serta memberi salam
kepada Sayyidina Hamzah bin Abdul Muthalib dan para syuhada yang lain.
Jabal Rumaat |
4. Masjid Qiblatain
Masjid ini mulanya dikenali sebagai Masjid Bani Salamah kerana dibina di atas
tanah bekas rumah Bani Salamah. Terletak di tepi jalan menuju kampus
Universiti Madinah. Disinilah turunnya wahyu surah Al Baqarah ayat 144 iaitu
perintah Allah untuk mengalihkan arah kiblat dari Masjid Al Aqsa di Palestin
ke Masjidil Haram di Mekah. Ayat ini turun ketika Rasulullah s.a.w sedang
mengerjakan solat Zohor di masjid ini pada bulan Rejab tahun ke 2 hijrah.
5. Masjid Khandaq
Tempat terjadinya pengepungan kota Madinah oleh kafirQuraisy bersama
sekutu-sekutunya dari Yahudi. Sayyidina Salman Al Farisi mencadangkan
pertahanan berupa parit dan Rasulullah s.a.w menerimanya. Dinamakan Perang
Khandak atau Perang Parit. Berlaku pada bulan Syawal tahun ke 5 hijrah.
Dalam peristiwa ini ada tujuh pos penjagaan yang kemudian dilestarikan dalam
bentuk masjid-masjid kecil, dan kerana itu maka daerah ini dikenali dengan
nama Masjid Sab'ah. Kemudian kerana untuk pelebaran jalan, dua buah dari
masjid-masjid dirobohkan, sehingga namanya menjadi Masjid Khamsah.
Dan sekarang masjid-masjid kecil tersebut telah dirobohkan dan dibangunkan
sebuah masjid besar bernama Masjid Khandaq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan