Resepi ini berasal dari Chef Ammar. Aku pernah makan ikan bakar di kedai makan Arab di Johor Bahru. Kami yang begitu minat dengan makanan Arab dibawa oleh anak saudaraku , Wan Suhana yang ketika itu menetap di Johor Bahru. Oleh kerana makanan yang dipesan oleh Azhari, suami Wan Suhana terlalu banyak sehingga tidak mampu dihabiskan. Ada yang terpaksa dibawa balik ke Kuala Lumpur antaranya ialah ikan bakar.
Ikan yang sesuai untuk resepi ini ialah ikan siakap atau ikan merah atau ikan kerapu. Ikan-ikan ini memang mahal dan banyak dijual di pasar ikan Riyadh. Aku mencuba ikan Sherry yang banyak dijual di Tamimi Market. Saiznya sesuai untuk sekali makan. Ikan bakar ini enak dimakan begitu sahaja. Tidak perlu sediakan pencicah seperti air asam atau kicap yang dicampur dengan cili padi,bawang dan asam limau.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
1 ekor ikan yang bersaiz sederhana
(Siakap/kerapu/merah/sherry)
1 biji bawang besar(didadu)
1 biji tomato(didadu)
1 biji lemon(buang kulit dan didadu)
2-3 biji cili padi/cili hidup(dihiris)
2-3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dikisar)
1/2 sudu kecil tomato puree
1-2 sudu jus lemon
Daun ketumbar dan daun pudina(dihiris)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 susu kecil serbuk cili/paprika
1 sudu teh minyak zaitun
Garam secukupnya.
Aluminium foil
Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan di dalam sebuah bekas yang sesuai dan gaul
2. Sapu minyak di atas sekeping aluminium foil yang sesuai saiznya
3. Lumur ikan keseluruhannya dengan bahan yang disediakan dalam(1)
4. Balutkan dengan kemas ikan dengan aluminium foil dan letakkan atas
dulang pembakar.
5. Bakar ikan pada suhu 180 C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga
ikan masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan