Ahad, 14 Jun 2015

Dapurku D'Riyadh (20) - Roti Berinti Kaya


Resepi roti ini diberi oleh kenalan baruku yang kami panggil Tini. Pn Tini memang pandai menyediakan roti pelbagai jenis yang sedap dan menarik. Yang paling penting resepinya hanya menggunakan tepung gandum biasa tanpa bahan kimia dan dia menguli menggunakan tangan sahaja. Walaupun tanpa bahan kimia roti ini mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari. Aku juga meminta izin Pn Tini untuk berkongsi resepi ini dengan kenalanku yang lain. Cuma aku tambah sedikit susu pekat.

Resepi kaya  ini  pula diberi oleh Pn Hjh Wan Salisa, penyumbang kebanyakan resepiku ketika berada di Riyadh. Banyak betul koleksi resepi miliknya yang dia kongsikan dengan aku. Semuanya resepi yang Wan berikan menjadi belaka.

Aku suka menyediakan roti berinti kaya kerana seisi rumah menyukainya. Ada masanya aku pelbagaikan kerana adunan ini menghasilkan kuantiti roti yang agak banyak. Ada kalanya aku menyimpan separuh dari doh yang disediakan ke dalam peti sejuk dan membakarnya bila aku ada kelapangan masa.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Kaya

Bahan2:
3 biji telur
300 gram pati santan
240 g gula halus
2 helai daun pandan
60 g gula pasir -untuk gula hangus
130 g air panas- untuk gula hangus

Cara Membuatnya:
1. Masak g 60 g gula hingga perang dan masukkan air panas
    Kacau sehingga semua larut.Sejukkan
2. Masukkan telur dan gula halus ke dalam sebuah bekas dan kacau sehingga
    gula larut. Masukkan santan dan karamel, kacau sehingga sebati dan tapis.
3. Masukkan ke dalam periuk yang sesuai bersama daun pandan.
4. Masak di atas api sederhana dan kacau sentiasa sehingga bancuhan
    kelihatan pekat.
5. Kecilkan api dan terus kacau hingga kelihatan kental.
Kena rajin kacau
Hasilnya disimpan dalam botol.

Resepi Roti

Bahan2
2 sudu besar yis kering
4 sudu besar gula
2 cawan air suam
2 cawan tepung gandum + 3 cawan tepung gandum (asingkan)
2 sudu teh garam
1/4 cawan minyak/mentega
1 biji telur (pilihan)
1 susu besar susu pekat (pilihan)
Bijan (jika suka)

Cara Membuatnya:
1. Masukkan yis, gula, air suam dn 2 cawan tepung gandum ke dalam sebuah
    bekas yang sesuai  dan biarkan sehingga terbentuk buih  (10 minit lebih)
Dah ada buih

2. Masukkan 3 cawan tepung gandum, telur, susu pekat, garam dan minyak/mentega.
    Gaulkan sebati dan uli sehingga terbentuk doh yang lembut  kenyal.
    Aku menggunakan mesin penguli selama 20 minit.
Jika diuli mencukupi, doh yang terhasil mudh dibentuk

3. Bahagikan kepada bahagian yang lebih kecil. Aku bahagikan doh kepada 40 - 50 g
    untuk sediakan roti berinti kaya.
4. Leperkan doh  roti  dan isikan dengan kaya dan bentukan bulat. Masukkan
    ke dalam bekas pembakar yang sesuai.
5. Biarkan roti naik menjadi dua kali ganda(45 minit). Sapukan dengan susu segar.
    Taburkan bijan.
6. Bakar pada suhu 180 C selama 10 - 15 minit atau sehingga perang.
7. Keluarkan dan terus sapu dengan mentega supaya berkilat.

Roti berinti kaya
Satu adunan pelbagai jenis hasil
Roti kentang
Ni malas punya kes- roti bantal 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...