Aku terhidu bau yang sangat harum sebaik saja aku melepasi tembok rumah Pn Tini. Aku mahu menjemput Saffura yang menghadiri kelas Kafa. Pn Tini menjemput aku untuk merasa nasi yang disediakan namun aku menolak kerana masih kekenyangan selepas berbuka puasa. Bau yang harum berkekalan sehingga kami berada di dalam kereta lalu aku bertanya kepada Saffura.
Aku: Nasi apa tu Saffura?Wangi betul baunya.Saffura : Sedap sangat nasi Arab tu, kami asyik tambah aje.
Aku:Apa nama nasi tu?
Saffura: Entah.Mama tanya la dekat Mak Cik Tini.
Aku: Dah dua resepi nak tanya ni. Malam ni ada usrah, nanti mama tanya.
Alhamdulillah akhirnya aku dapat resepi yang sedap ini. Dan Pn Tini juga mengizinkan resepi yang diambil dari buku/majalah ini dikongsikan.
Resepi asal bernama Lamb Parsi dan dibakar di dalam oven, seperti biasa aku ubah supaya lebih mudah. Cara menyediakannya mirip seperti menyediakan nasi biryani.
Udang mahal di Riyadh |
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2
800 g udang besar
4 sudu besar ghee/mentega
2 biji bawang besar dihiris nipis
2 biji kentang besar(pilihan)
Air/ air rebusan ayam
2 cawan beras basmati (dibasuh,direndam 30 minit dan ditoskan)
Sedikit saffron direndam dalam 2 sudu besar susu segar suam.
Bahan perap
2 cawan yogurt segar
3-4 ulas bawang putih dikisar
2 sudu teh serbuk paprika/cili serbuk
4 sudu teh garam masala
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
Campurkan semua bahan perap bersama udang/daging/ayam, gaul
dengan rata dan perap selama 3-4 jam. Semalaman lagi baik(simpan
dalam peti sejuk)
Cara Membuatnya:
1.Panaskan 2 sudu besar minyak/ghee di dalam sebuah periuk. Masak
bawang besar sehingga keperangan.Keluarkan.
2.Tambah lagi 1 1/2sudu besar ghee ke dalam periuk dan goreng udang
sehingga keperangan keseluruhannya.Pindahkan ke dalam pinggan.
Habiskan semuanya. Selepas semua sudah masak masukkan semula
ke dalam periuk tadi bersama bahan perap tadi.Gaul rata.
Jika menggunakan daging/ayam masukkan air rebusan ayam/air dan
masak bersama kentang sehingga lembut.
3.Panaskan oven pada suhu 160 C.
4.Masak beras di dalam 8-9 gelas air dan ditambah garam sehingga
separuh masak. Toskan. Masak jangan terlebih,pastikan masih
keras beras tersebut.
5.Masukkan udang yang dimasak ke dalam sebuah bekas tahan panas.
Masukkan nasi di atasnya.Gunakan senduk dan buatkan lubang
di bahagian tengah nasi. Taburkan bawang goreng dan saffron
bersama susu. Letakkan juga ghee yang selebihnya.
6.Tutup bekas dengan dua lapisan aluminium foil dan ditutup dengan
penutup.Masak selama 30-35 minit atau sehingga masak.
7.Tabur dengan daun ketumbar ketika menghidangkannya.
Nasi Parsi Udang |
Nasi Parsi Ayam |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan