Resepi ini aku ubah suai dari beberapa resepi mee rebus yang pernah aku jumpa. Mee rebus menjadi menu pilihan jika aku mempunyai stok ubi keledek, daging dan tauhu. Ianya mudah disediakan dan sedap untuk dimakan.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
Untuk Kuah
200 g daging dipotong kecil
1 kg keledek (rebus dan dikisar halus)
2 sudu besar serbuk cili(cili kisar)
3 sudu besar serbuk kari
(jika mahu pedas lebihkan)
Taucu(pilihan-dikisar)
2 batang serai- diketuk
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
(halia,lengkuas,bawang dan udang kering dikisar halus)
Minyak
Garam
Gula melaka
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam sebuah periuk yang sesuai. Masukkan serai
kemudian bahan kisar dan kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk cili dan rempah kari. Kacau sehingga pecah minyak,
jika perlu masukkan sedikit air.
3. Masukkan daging dan kacau dalam 2-3 minit. Masukkan air,gula dan
garam. Masak sehingga daging lembut. Masukkan keledek. Masak
sehingga kuah pekat.
Bahan2 lain:
1/2 bungkus Spageti/ 1 bungkus mee kuning( direbus)
Bahan tabur:
Telur rebus
Daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau dihiris nipis
Tauhu goreng
Waktu ini belum jumpa tauhu di Riyadh..Okay jugak. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan