Selasa, 16 Jun 2015

Dapurku D'Riyadh (26) - Mee Dandan


Mee Dandan merupakan mee yang dipopularkan oleh Kakak sulungku Pn Hjh Aishah dalam keluargaku. Dandan adalah perkataan loghat Utara yang bermaksud segera atau pada masa itu juga. Aku akan menyediakan Mee Dandan jika tidak mempunyai banyak masa untuk masak atau jika ada tetamu yang tiba-tiba datang menjenguk. Di Riyadh aku menggunakan spageti bagi mengantikan mee basah jadi lebih mudah kerana stok memang tersedia. Resepi tidak banyak kerenah, kita boleh menggunakan ayam,udang dan sebagainya sebagai perencah. Jika tidak ada semua itu telur ayam pun cukup untuk mengenakkan rasa. Begitu juga dengan sayur-sayurannya. Semua boleh, sawi, bunga kubis, lobak merah dan sebagainya.

Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2:

1/3 paket spageti/ 1 bungkus mee basah
300 g udang besar
3 biji telur ayam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
(Bawang dikisar baersama)
Lobak merah
Jagung muda
Bunga kubis
Daun bawang
Tomato segar
2 sudu besar cili kisar/serbuk cili
3-4 sudu besar Sos Tomato/Cili
2-3 sudu Kicap
Sos Tiram/Minyak Bijan (Jika ada)
Air, garam dan minyak masak

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam sebuah periuk. Masukkan bawang 
    besar dan goreng sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili dan goreng sehingga garing.
3. Masukkan sos tomato/cili dan kacau 1 minit.
4. Masukkan ayam/udang dan garam dan kacau 1 minit.
5. Masukkan lobak merah dan kacau sekejap.Masukkan
    air sebanyak yang dikehendaki.(Mee ini  berkuah).Biar mendidih.
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji, hati-hati supaya tidak pecah
    (api biar perlahan supaya tidak pecah)
7. Masukkan bunga kubis,jagung,kicap dan sos tiram
    atau minyak bijan dan masak sehingga lembut.
8. Masukkan spageti yang telah direbus bersama garam dan minyak
    jika gunakan spageti. Jika guna mee basah boleh terus masukkan.
9. Akhir sekali masukkan daun bawang dan tomato yang telah 
    dipotong dan dengan penutup periuk dan padamkan api.

Cepat dimasak sedap dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...