Khamis, 4 Jun 2015

Travelog : Oh! Riyadh - Unta


                                                                    Unta

Januari 2014

Tiada cuti atau sambutan tahun baru di sini, malah sambutan tahun baru dilarang dan tidak boleh diraikan secara terbuka. Ada yang meraikannya secara persendirian di rumah masing-masing. Maulidur Rasul juga tidak disambut di Arab Saudi yang jatuh pada 13.1.2014. Awal bulan Januari mencatatkan suhu paling rendah iaitu 4°C. Saffura begitu teruja apabila udara yang dihembusnya menghasilkan asap berwarna putih ketika menunggu masa untuk ke sekolah di waktu pagi. 3 lapis baju kadang-kala tidak mampu memanaskan badan terutama ketika kami berada di luar rumah. Angin yang bertiup menjadikan persekitaran bertambah sejuk, terasa seperti berada di negara yang memiliki 4 musim. Waktu solat juga berubah dengan banyaknya terutama bagi waktu subuh, maghrib dan Isyak.
Arab News sebagai rujukan
Subuh: 5.25 , Zohor :12.05 , Ashar : 3.05, Maghrib : 5.27, Isyak: 7.05

Manakala waktu solat di Mekah dan Madinah berbeza sebanyak 20 minit lebih lewat berbanding Riyadh.

Kami mengambil kesempatan meninjau lebuh raya yang menuju ke Mekah dan Madinah. Keinginan untuk melihat suasana padang pasir, unta, kambing dan sebagainya tidak dapat ditahan lagi.  

Pemandangan sepanjang Lebuh raya
Aku suka tengok pokok ini, mampu hidup subur di padang pasir


Susur keluar dari lebuh raya ke Banban (arah ke Madinah)
 kelihatan unta berwarna hitam
Melalui jalan yang lebih kecil, sepanjang jalan kelihatan unta
menunggu untuk dibeli
Unta dibawa dari kawasan padang pasir dan diletakkan di tempat
sementara untuk dijual
Kambing pelbagai jenis pun ada. Kambing mahal di Arab Saudi.
Masuk ke kampung, kelihatan kanak-kanak sedang bermain
Kambing-kambing pelbagai jenis pulang selepas mencari
makan di padang pasir
Unta-unta juga mula mencari jalan pulang setelah puas merayau


Kambing-kambing ini jinak...teringat Rasulullah saw yang pernah
bekerja sebagai pengembala kambing. Terasa dekat sekali.
Terjumpa kawasan yang cantik untuk berehat,
pasirnya lembut seperti pasir di pantai.
Mudah melihat pemandangan matahari terbenam
kerana tiada gunung-ganang menghalang
Indah suasana menjelang malam
Pemandangan dari Lebuh raya menuju ke Mekah selepas check point.
Ada Grand Canyon di Arab Saudi.
 Benarlah Firman Allah yang bermaksud 
"Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana di diciptakan?
Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?Dan gunung-gunung bagaimana ia 
   ditegakkan?Dan bumibagaimana ia dihamparkan?Maka berilah peringatan
               (wahai Muhammad) dan janganlah berdukacita  kerana sesungguhnya 
kamu hanyalah seorang Rasul pemberi peringatan.
[Al Quran Surah Al-Gashiyyah ayat 17-21]

 Ciri-ciri istimewa yang Allah SWT berikan kepada unta adalah satu kelebihan dan tidak 
 terdapat pada  haiwan-haiwan lain.
 1. Telinga: Telinga unta lebih kecil berbanding haiwan lain seperti keldai,kuda,lembu dan 
     sebagainya. Telinga  unta ditutupi bulu yang banyak untuk melindunginya dari ribut pasir.
     Kedua-dua belah telinga unta boleh membengkok kebelakang dan dilekapkan 
     ke kepalanya untuk melindunginya dari dimasuki pasir ketika  berlaku ribut pasir.
2. Hidung: Hidung unta ada mempunyai penutup seperti kelopak yang boleh dibuka dan
    ditutup untuk  melindungi lubang hidungnya daripada dimasuki pasir ketika ribut pasir.
3. Mata : Mata unta mempunyai dua baris bulu mata.Ianya berfungsi seperti perangkap
    habuk yang boleh digerakkan secara berselangseli dengan cepat supaya menghalang 
    pasir daripada memasuki mata.
4. Ekor : Ekor unta mempunyai banyak bulu untuk melindungi punggung unta. Tanpa 
    perlindungan ini,butiran  pasir yang dibawa angin akan bergerak laju seperti peluru sudah 
    pasti akan memberi iritasi pada bahagian belakang unta.
5. Kaki: Kaki unta adalah panjang supaya berada di kedudukan tinggi. Juga membantu 
    mempercepatkan  perjalanan. Bahagian bawah kaki ada tapak elastik yang boleh melebar 
    apabila unta berjalan di atas pasir yang lembut dimana haiwan lain tidak boleh berjalan 
    diatasnya.Ini membuatkan unta layak digelar sebagai kapal padang pasir.Dalam keadaan 
    yang sukar di padang pasir,kumpulan unta boleh  merentasi padang pasir sehingga 
    50-60 km sehari. Kereta pun tidak mampu menyaingi unta  di permukaan padang pasir 
    yang beralun-alun.
6. Leher: Dengan leher yang panjang,unta boleh makan tumbuh-tumbuhan yang tinggi atau 
    yang ada atas  tanah dengan mudah. Leher panjang unta membantu untuk angkat 
    kepala pada tempat tinggi.Ia juga berfungsi untuk menstabilkan badan apaabila membawa 
    beban berat.
7. Perut: Ada 4 sudut. Sistem penghadaman sangat kuat sehingga dalam suasana kering,
     ianya boleh menghadamkan apa sahaja objek selain makanan seperti getah.

Keistimewaan lain
1. Mampu bertahan sekiranya suhu dalam badan berubah secara mendadak
2. Bonggol yang terdapat pada belakang unta mengandungi lemak yang boleh diproses
    mengeluarkan air  untuk digunakan oleh sistem tubuh badan unta. Apabila unta
    menarik nafas yang mengandungi udara panasdari persekitaran, udara panas ini akan 
    mencairkan lemak yang disimpan pada belakang unta secara  perlahan-lahan. Proses 
    pembakaran lemak (oksidasi) ini akan menghasilkan air dan karbon dioksida yang     
    dikeluarkan semula apabila unta menghembuskan nafas keluar. Seekor unta boleh
    menyimpan sehingga  120 kg lemak  didalam dibonggolnya.Jadi unta mampu hidup tanpa
    air di gurun yang panas dan kering  selama sebulan setengah tanpa meminum air. 
    Bonggol unta yang kehabisan lemak apabila digunakan sepenuhnya akan mengepis 
    dan membengkok ketepi.
3. Unta mampu meminum sejumlah air tawar atau air masin dengan jumlah yang amat 
    banyak jika terlalu haus.Darah unta mengandungi Enzim Albumin melebihi organisma lain, 
    enzim ini mampu memberi  ketahanan kepada tubuh badan unta jika berlaku kekurangan 
    air dalam badan. Organ buah pinggang unta mampu menapis garam dan mengeluarkannya
    melalui air kencing.

    Maha suci Allah yang telah menciptakan unta dengan ciri-ciri istimewa bersesuaian 
    dengan iklim serta bentuk muka bumi yang didiaminya. Dengan itu mudahlah bagi 
    haiwan ini menyesuaikan diri dan hidup dalam suasana persekitaran gurun pasir yang 
    paling ekstrem dan mempunyai udara kering,  ribut pasir dan suhu panas yang boleh 
    mencecah sehingga 50 C.
    (Rujukan : Blog Tajas Media)

                                                                                                                                      zias/riyadh/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...