Isnin, 1 Jun 2015

Dapurku D'Riyadh (12) - Roti Canai & Roti Telur


Restoran D’Saji anak syarikat milik Felda Berhad terletak di Tingkat tiga Safwah Tower menjadi tumpuan jemaah haji bukan sahaja dari Malaysia bahkan Negara-negara lain. Pernah aku melihat para remaja Arab sibuk melihat pekerja di situ yang sedang menyediakan roti jala dan roti canai, hidangan yang begitu sinonim dengan Malaysia. Kekadang kami juga melepaskan keinginan terhadap roti canai di situ. 
Restoran Milik Felda

Pada kunjungan kami ke Mekah pada bulan Januari 2015, Restoran D’Saji masih ditutup. Dalam proses baik pulih menurut notis yang tertera di situ. Namun aku tidak kecewa apabila di kedai bersebelahan dengan Restoran D’Saji ada menawarkan murtabak. Memang aku amat berpuas hati dengan rasanya.
10 sr sebiji,  makan begitu saja pun sedap
Di Riyadh terdapat juga roti canai versi India yang dijual dengan pelbagai pilihan kuah namun kami belum pernah mencubanya.  Roti canai sejuk beku pun ada tetapi hanya boleh didapati di Lulu Hypermarket namun kerap kali kehabisan bekalan. Hasrat untuk membuat roti canai sudah begitu lama aku simpan sehinggalah aku membeli dua alat pembantu iaitu Kenwood dan talam bersaiz besar. Resepi yang diberi Pn Azzah melalui laman WhatsApp Group DNA TIKL aku cuba, ternyata berjaya menambat selera.
Malaysia Mari
Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2 :
350 g tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar mentega
Sedikit garam
200-220 ml air
1 biji telur kecil (jika suka)

Mentega/minyak untuk salut doh

Cara Membuatnya:
      1.Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam mesin
         pengadun/bekas yang sesuai. Masukkan air sedikit demi 
         sedikit dan uli sehingga terbentuk doh yang lembut  dan
         elastik(20 minit)
      2.Keluarkan dan bahagikan kepada beberapa bahagian 
         seberat 90 g. 
      3.Bulat-bulatkan doh dan salutkan setiap doh dengan 
         mentega atau rendam dalam minyak sehingga tenggelam
         Simpan semalaman(5 jam)
      4.Dengan menggunakan dulang, canaikan doh di bahagian 
        tengah dulang menggunakan tapak tangan. Dengan 
        perlahan tarik seluruh bahagian doh yang dicanai tadi 
        ke penjuru dulang. Jika mahu bentuk empat segi
        bolehlah ditarik doh yang dicanai tadi dari empat penjuru.
      5.Jika mahu bentuk bulat,gulungkan bahagian tepi roti 
        canai kebahagian tepi yang satu lagi.
      6. Bulatkan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi
        secara memanjang,
      7.Goreng roti canai dengan menggunakan sedikit 
       minyak/butter/minyak sapi. 
       Hidangkan bersama kuah kari, dal atau sambal tumis.

      Untuk menyediakan roti telur: Pukul sebiji telur bersama 
      ½ biji bawang besar,cili merah/hijau yang dihiris kecil dan
      garam. Masukkan ke dalam roti canai yang sudah dicanai 
      di dalam dulang, lipat empat bahagian, hati-hati supaya
      tidak bocor. Masak atas kuali.



Dah siap, boleh dimakan dengan kari semalam

Selebihnya boleh dimakan atau disejukbekukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...