Ahad, 21 Jun 2015

Dapurku D'Riyadh (31) - Ikan Kukus Mudah


Resepi ini sudah lebih dari sepuluh tahun aku gunakan. Aku ambil dari sebuah buku resepi yang sudah aku lupa nama bukunya kerana buku tersebut berada di Malaysia. Cuma ada masanya aku tambah dengan serai untuk menambahkan aromanya. Jika di Malaysia ikan siakap menjadi mangsa namun di Riyadh aku kerap menggunakan ikan kerapu yang sentiasa ada stoknya di Tamimi Market.
Dulu aku begitu bersusah payah menggunakan periuk kukus untuk menyediakan ikan kukus ini. Suatu hari aku ternampak bagaimana chef di salah sebuah kedai makan Thailand menggunakan kaedah merebus. Sejak itu aku tidak lagi mengukus ikan kukus yang biasanya mengambil masa lama untuk masak. Dengan teknik merebus, kuah menjadi lebih mesra dan pekat. Kalau rasa malas aku akan masukkan beberapa jenis sayur supaya hidangan menjadi lengkap. Sayur yang sesuai ialah bunga kubis, jagung baby dan lobak merah.

Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2:
Seekor ikan yang sesuai dibersihkan
(Boleh guna ikan merah atau siakap)
Biji bawang besar(dipotong bulat)
2 inci halia(bergantung kepada saiz ikan)
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji cili merah(hiris)
1-2 biji cili padi(hiris)
1/2 sudu kecil lada hitam
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya
1 mangkuk air
1 batang serai (pilihan)
1 sudu besar mentega.
Bunga kubis dipotong
Jagung baby
Lobak merah(dipotong halus dan
memanjang)
Secekak daun ketumbar.


Cara Membuatnya:
1. Kisar @ tumbuk sehingga halus halia dan garam. Lumur keseluruhan
    ikan dengan halia tersebut. Perap 2-3 jam.
2. Masukkan air ke dalam kuali/periuk yang sesuai. Masukkan semua
    bahan yang disenaraikan di atas. Masak sehingga mendidih.

3. Masukkan ikan bersama semua halia. Masak sehingga kuah menjadi
    agak pekat dan berwarna agak putih.
4. Masukkan daun ketumbar dan tutup periuk dengan penutup periuk
    dan matikan api.

Mudah dan menyihatkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...