Khamis, 18 Jun 2015

Nota Ramadhan (1) - Definasi Ramadan

Maksud Puasa

Puasa di dalam bahasa Arab  ‘Asy-Syiyaan’ atau ‘Asy –syaum’.

Firman Allah

“ Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kami mengerjakan puasa,
Sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari
kamu supaya kamu bertaqwa(terpelihara dari kejahatan)”
[ Al Quran Surah  Al Baqarah Ayat 183]

Puasa juga disebut al-imsak yang bererti menahan diri daripada melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu. Iaitu menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari. Berpuasa bererti menahan keinginan nafsu untuk makan,minum dan nafsu syahwat. Ianya boleh mendidik manusia menjadi seorang yang sabar dan redha. Manusia boleh menahan kemahuan-kemahuan nafsunya daripada melakukan tegahan-tegahan Allah.

Maksud Ramadhan

Ramadan ertinya bulan imtihan atau bulan ujian. Disebut juga sebagai bulan puasa kerana pada bulan itu diwajibkan berpuasa sebulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah, bulan yang disebut dalam Al Quran.

 Firman Allah

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah ) bulan Ramadhan, bulan yang
di dalamnya diturunkan(permulaan) Al Quran sebagai petunjuk
bagi manusia dan bermacam-macam keterangan yang merupakan
petunjuk, antara yang benar dengan yang batil”
[Al Quran Surah Al Baqarah ayat 185]

Istimewanya Bulan Ramadan

  1. Bulan yang dipilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmatNya.
Firman Allah yang bermaksud

  “Wahai orang-orang yang beriman,telah difardhukan puasa atas
   kamu sebagaimana telah difardukan atas umat-umat yang sebelum
   kamu,mudah-mudahan kamu (dengan perantaraan puasa itu)
   memperoleh taqwa” 
[Al Quran Surah Al Baqarah  Ayat 183]

  1. Terdapat suatu malam yang sangat tinggi nilainya iaitu malam lailatul qadar.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan 
yang penuh berkat,Allah telah memfardhukan atas kamu
berpuasa di dalamnya.Dibuka di dalamnya segala pintu syurga,
dikunci di dalamnyaSegala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya
segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 
seribu malam(malam lailatul qadar).Barangsiapa tiada diberikan 
kebajikan malam itu, makaSesungguhnya tidak diberikan
 kebajikan kepadanya.”
[Riwayat Ahmad, An-Nasa’I dan Al Baihaqi dan Abu Hurairah]

  1. Solat Tarawih adalah solat sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan.
  2. Bulan untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti membaca Al Quran, memperbanyakkan sedekah ,solat sunat dan sebagainya. Doa-doa dimakbulkan.
  1. Dipelihara dari dosa. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
“Sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan 
ke Ramadhanmenutupi dosa-dosa yang dilakukan 
di antaranya, asal sahaja dijauhi segala dosa besar.
[Riwayat Muslim dariAbu Hurairah]

  1. Dibuka pintu Syurga , ditutup pintu Neraka. Syaitan dibelenggu
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

Pada suatu hari aku berada di sisi Utbah bin Farqad sedang 
dia menceritakan tentang hal Ramadan,maka datangkah kepad
oleh Utbah, diapun merasa tahut lalu berdiam diri. Maka orang
 itu menceritakan tentang hal Ramadan, katanya:” Saya mendengar
Rasulullah s.a.w berkata,” Di dalam bulan Ramadan dikunci segala 
pintu Neraka, Dibuka pintu Syurga dan dibelenggu segala syaitan.
”Berkata Nabi lagi”Seorang Malaikat berseru: “Wahai segala orang
 yang mengkehendaki kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang
yang menghentikan kejahatan tahanlah dirimu.”Malaikat terus
 menerus berseru, sehingga habis bulan Ramadhan.”
[Riwayat Ahmad dan An-Nasai]

  1.  Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah Taala.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

Rasulullah s.a.w bersabda: “Telah diberikan kepada umatku di bulan
Ramadhan lima perkara, yang belum pernah diberikan kepada Nabi
Sebelumku.
a-    Di permulaan bulan Ramadhan Allah melihat kepada para umatku.
Barangsiapa Allah melihat kepadanya,nescaya tidak diazabNya
Selamanya.
b-    Bau mulut mereka di waktu petang hari lebih wangi di sisi
Allah dari bau kasturi.
c-     Para Malaikat memohon ampun untuk mereka di setiap hari
dan malam.
d-    Allah menyuruh kepada SyurgaNya serta berkata kepadaanya
“Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba –Ku
 Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia , menuju
 ke negeri Ku dan kemuliaanKu."
e-     Pada akhir bulan Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka.
Seorang lelaki dari Sahabat bertanya:”Apakah itu Lailatul qadar
ya Rasulullah?” Nabi menjawab:” Apakah engkau tidak melihat 
kepada pekerja-pekerja yang bekerja.Apabila mereka telah selesai dari
Pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah upah-upah mereka.”
[Riwayat Ahmad. Al-Bazzar, Al Baihaqi dari Jabir]

  1. Berlakunya Nuzul Al Quran pada 17 Ramadhan.
  2. Berlakunya Perang Badar Al-Kubra.
  3. Berlakunya penaklukan Kota Mekah oleh Rasulullah s.a.w. 

Syarat Wajib Puasa

1.Orang Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Tahan berpuasa(bukan orang yang terlampau sakit atau
  Terlampau tua yang tidak tahan berpuasa)
5.Menetap(tidak musafir) 

Syarat Sah Puasa

1.Islam
2.Suci daripada haid dan nifas
3.Mumaiyiz- berakal(dapat membezakan mana yang baik dan buruk)
4.Berpuasa pada masanya.

Rukun Puasa

1.Niat untuk berpuasa di waktu malam antara maghrib sampai sebelum subuh
Lafaz niat untuk sebulan pada malam pertama
Sahaja aku puasa esok hari sebulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala

Lafaz niat setiap malam
Sahaja aku puasa esok hari, pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala

2. Menahan diri dari makan,minum,bersetubuh dan muntah serta menjauhi segala perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam .







Ramadhan Al Mubarak

Kepada Semua Yang Sudi Membaca 
Blog Memory ZiaSaf
Maafkan Segala Kesalahan & Kesilapanku
Yang Tersurat Atau Pun Tersirat
Indah Mengenalimu
Indah Jua Merinduimu
Semua Sahabatku dan Saudaraku







                                                                                                       zias/riyadh/15


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...