Ziarah ke Kota Madinah
Kali terakhir kami menziarahi Kota Rasulullah s.a.w ini adalah pada tahun 2009 di bulan Ramadhan. Sebelumnya adalah pada tahun 1998. Keadaannya begitu berbeza sekali. Pada tahun 2009 payung besar masih di dalam pembinaan dan kini semuanya sudah siap. Ianya menjadi tumpuan ramai, hanya di kawasan Masjid Nabawi. Kami menginap di hotel yang agak jauh dari Masjid Nabawi dan memerlukan masa yang agak lama untuk tiba di Masjid Nabawi. Ianya terpisah terus dari kawasan hotel-hotel yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Kebanyakan bilik hotel sekitar Masjid Nabawi habis ditempah, yang tinggal hanya bilik yang mahal harganya.
Bangunan yang sudah usang namun
masih digunakan. Suasana yang
tidak kelihatan jika menginap
di hotel mewah berdekatan
Masjid Nabawi
Laluan Masjid Nabawi dari hotel
kami tempat kami menginap.Masuk
melalui Pintu No 5, yang bagusnya
kami akan terpandang Kubah Hijau
setiap kami melangkah masuk
ke kawasan Masjid Nabawi.
Di sebelah kiri Pintu No. 5
terdapat bangunan khas yang
dijadikan tempat mempamerkan
Sejarah Rasulullah s.a.w. Kami
sempat masuk ke dalamnya namun
90% informasi dalam Bahasa Arab.
Orang memang ramai kerana
waktu cuti sekolah dan cuaca
yang sangat selesa.Suasana
begitu meriah sekali, ramai yang
membawa keluarga dan duduk
bersantai di kawasan sekitar
Masjid Nabawi terutama
pada waktu malam.
Masuk ke Raudhah selepas
waktu Asar setelah terlepas
pada waktu pagi. Orang terlalu
ramai sehingga kami tersepit
di celah-celah wanita berketurunan
Arab, Turki, Pakistan dan India.
Ini bangunan asal Masjid Nabawi,
terdapat Raudhah di dalamnya. Kita
perlu menunggu giliran masuk di sini.
Ini kumpulan jemaah dari negara
Asia seperti Malaysia dan Indonesia.
Mereka dikumpulkan bersama-
sama. Semasa menunggu, ustazah
akan memberi penerangan berkaitan
amalan yang perlu dilakukan ketika
berada di dalam Raudhah. Untuk
pertama kali elok ikut rombongan begini.
Suasana kawasan
Raudhah jika tidak
dibuka kepada
kaum wanita.
Kawasan Raudhah
ketika dibuka kepada
kaum wanita.
Hasrat untuk ke Yanbu ditangguhkan
bagi meraikan cucu-cucu saudara
yang juga menziarahi Kota
Madinah. Mereka membawa pelbagai
barangan keperluan untuk kami dari
Malaysia.
Menjamu selera di kedai Turki.
Ziarah ke Bukit
Uhud dan masjid-
masjid utama
di Kota Madinah.
Selepas tiga malam, kami
meneruskan perjalanan ke Mekah
selepas berniat untuk mengerjakan
umrah dan berihram di Bir Ali.
Jarak Madinah ke Mekah lebih
kurang 400 km. Di awal perjalanan
kelihatan gunung-gunung berbatu
pejal, berwarna perang dan
berlapis-lapis di kiri kanan lebuh raya.
Bentuk bumi berubah dengan timbunan
batu-batu berwarna hitam yang
begitu luas. Arab Saudi bukan sahaja
kaya dengan minyak tetapi juga
dianugerah Allah dengan hasil bumi
yang melimpah ruah seperti pasir, simen
dan batu marmar. Kawasan rehat tidak
sebanyak seperti laluan Riyadh- Madinah.
Kami sampai ke Mekah lebih kurang
4 jam perjalanan.
Masjidil Haram sedang giat
diperbesarkan. Mataf tingkat bawah
belum siap lagi ketika ini. Orang
ramai seperti di Madinah.
Kami tinggal di Mekah selama
dua malam.
Sempat ziarah ke Padang
Arafah,
sekitar Jabal Rahmah.
Mina - sewaktu di luar musim haji. |
Kunjungan kami ke Mekah kali ini bertepatan dengan musim cuti sekolah di Malaysia. Aku sempat berjumpa rakan sejawat dari SMTKL, Ustaz Jusoh bin Ali yang datang mengerjakan umrah bersama anak lelakinya.Kami berjumpa di Restoran D'Saji.
zias/riyadh/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan