Khamis, 20 Februari 2020

Rasa Dapur KakJee (323) - Ibu Sambal



BismillahirRahmanirRahim





Aku ingin berkongsi resepi menyediakan Ibu Sambal yang diajar ketika kursus membuat Nasi Lemak Kukus. Ibu Sambal ini sangat memudahkan kerja seharian  terutama ketika menyediakan sarapan dan hidangan makan tengahari. Kuantiti ibu sambal ini biasanya dapat bertahan selama seminggu di dalam peti sejuk (tidak perlu dibekukan sebab akan digunakan hari-hari)

Ibu Sambal ini boleh digunakan untuk menyediakan mi goreng, dan bihun goreng. Tambah air dan perisakan, letakkan bahan-bahan tambahan lain untuk menyedapkan rasa seperti biasa. Tidak perlu tambah minyak lagi. Juga boleh digunakan untuk buat sambal tumis, sambal kacang, tomyam, asam pedas,ikan bakar dan sebagainya bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Minyak yang banyak digunakan supaya cili betul-betul garing, ianya boleh dibuang selepas dimasak.
Atau selepas ianya membeku. Gula pula sebagai pengawet dan penyedap rasa.

Resepi Ibu Sambal
Bahan2:
75 gram cili kering
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
8 gram belacan dibakar (tak letak)
2 cawan  minyak masak
3 sudu besar gula merah

Cara Membuatnya:
1.Cili kering dipotong dan direbus.Kisar.
2.Bawang besar, bawang putih dan belacan dikisar.
3.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang kisar. Kacau hingga garing dan wangi.


4.Masukkan cili kering dan kacau.
5.Masukkan gula merah dan masak hingga betul-betul garing.


 Dah siap.

6.Sejukkan dan simpan dalam bekas.Letak dalam peti sejuk.


Cara Masak Asam Pedas Melaka dengan Ibu Sambal

Ibu sambal yang disimpan dalam peti sejuk..sekejap je habis.

Masukkan 1 senduk ibu sambal, tambah 1 inci kunyit hidup yang dikisar, \
1/2 inci halia yang dikisar, 1/2 inci lengkuas yang dikisar dan 1 sudu kecil
serbuk lada hitam, sedikit biji halba. Kacau hingga mesra. Tambah sedikit air jika perlu.

Tambahkan air asam, 1 sudu kerisik (jika suka untuk pekatkan kuah) dan biar mendidih.



Masukkan ikan, kacang bendi dan garam. Biarkan hingga masak.
Masukkan daun limau purut atau daun kesum sebelum padamkan api.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...