BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah berpeluang menambah skil memasak di Kolej Komuniti Hulu Langat pada 13 Januari 2020. Kelas pertama yang aku ikuti bagi tahun 2020. Seramai 15 orang peserta mengikuti kursus ini. Disebabkan terlalu teruja, aku terlupa mengambil gambar kesemua rakan-rakan baharu.
Ada 4 resepi yang diajar iaitu nasi lemak kukus, sambal sotong kering, sambal ikan bilis dan ayam goreng berempah. MasyaAllah semuanya sedap belaka. Mengambil masa kira-kira 5 jam untuk siap kesemuanya.
|
Peserta membantu cikgu menyiapkan bahan-bahan |
|
Cikgu Hazlilawati binti Zainal menunjukkan cara memasak nasi lemak kukus |
|
Selepas direndam, dikukus kali pertama, digaul santan,
tiba masanya untuk dikukus semula. |
|
Menggoreng ayam berempah. |
|
Dah siap. Tengok gambar pun tahu pasti sedap |
|
Sekali masak 2 sambal terus. |
|
Sambal ikan bilis. Memang banyak minyak..tak suka buang selepas dimasak. |
|
Sambal sotong. |
|
Dapat sijil lagi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan