Sabtu, 1 Februari 2020

Rasa Dapur kakJee (322) - Kerabu Daun Selom


BismillahirRahmanirRahim




Sudah dua kali kami singgah makan nasi di Kedai Makan Cantik yang terletak di Sungai Ramal, Bangi. Lebih 100 jenis lauk pauk untuk dipilih, memang ramai pelanggan yang datang. Aku tidak tertarik sangat dengan lauk pauk, hanya kerabu menarik minat aku. Kerabu jantung pisang, kerabu pucuk paku dan kerabu kacang botol. Sedapnya.

Kebetulan ada ulam daun selom, buat kerabu pun sedap nih.

Resepi Kerabu Daun Selom
Bahan2:
1 ikat daun selom dihiris 
Sedikit tauge
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris nipis
1 1/2 cawan kelapa parut
1- 2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil udang kering*
1 batang serai*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
bahan2* dikisar
sedikit serbuk lada hitam
garam secukupnya
sedikit gula perang(jika suka)
sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan kisar, cili kering dan lada hitam.
Kacau hingga wangi dan masukkan kelapa.
2.Perisakan dengan garam dan gula. Gaul rata dan tutup api. Sejukkan.



3.Gaul kelapa yang dimasak  bersama daun selom, taugeh, bawang besar dan cili.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...